Sore di Pantai Kemala
8:47 PTG
Entri terlepas pandang...
Heheheee... nak tulis entri sekembaliknya dari Balikpapa, tiba-tiba terpandang gamar-gambar sehari sebelum berangkat pulang ketika kami mengunjungi Pantai Kemala yang terletak di Jalan Sudirman, Balikpapan.
Memandangkan hari telah menjelang petang, kami hanya berjalan-jalan di sekitar pintu masuk ke pantai sahaja. Dan lagi pula, maklum sahaja sudah seharian berjalan sudah tentunya ingin santai-santai sahaja sebelum kembali berehat di hotel.
Kami terus sahaja singgah di Kemala Beach Resto, mencari tempat duduk dan menikmati angin petang dari pantai sambil melihat-lihat orang ramai yang datang beramai-ramai ke sini.
Sebenarnya perut memang sudah sarat, tapi tetap juga ingin mencicipi sesuatu di sini memandangkan sudah menumpang duduk di atas kerusi...hiks!
Bila kita berada di negara sendiri tak pula terjumpa menu Mee Goreng Malaysia. Bila kita ke Bandung tak pula terjumpa Mee Bandung .... ahaks! Kami hanya memesan cemilan ringan dan minuman sahaja.
Pisang Goreng Keju.
Es Jeruk!
Terakhir kali minum es jeruk di Balikpapan sebelum berangkat keesokan pagi ke Tarakan.
Nano dengan aiskrim oreo.
Gee dengan "ABC"nya.
Dan gue punya pesanan : Jus Sirsak @ Jus Durian Belanda.
Tidak ada apa yang hendak diceritakan di sini sebab kami hanya duduk setempat. Kaki pun berat untuk melangkah ke mana-mana. Jom sedut perlahan-lahan Jus Sirsak yang sangat sedap ini! Sambil menyedut, mata memandang ke arah pantai...nyamannya! Nampaknya Jus Sirsak masih berbaki sedikit, dan ingin menyedut sehingga habis, tapi.....
Sang serangga terlebih dahulu nyemplong ke dalam gelas!
Owwwhhh! Pandang ke atas!
Tak sedar kami duduk di bawah rimbunan pokok berdaun lebat! Barangkali sang serangga terjatuh dari atas pokok ini.
Hai serangga!.
Mari gue keluarin kamu supaya kamu bisa terbang kembali.
Wokey, sudah sore banget.
Mari kita beransur tinggalkan pantai ini.
Dan sebelum meninggalkan Pantai Kemala, hati terpaut dengan ungkapan penuh bermakna di bawah ini. Ayuh kita kongsi buat peringatan diri.
BETAPA SUSAHNYA MERUBAH DIRI SENDIRI.
BISA KITA BAYANGKAN... BAGAIMANA MERUBAH ORANG LAIN...
MARI KITA BERUBAH MULAI DARI DIRI SENDIRI.
Direktorat Sabhara Polda Kaltim
Entri berkaitan:
1 comments
bestnyaaa jalan2..
BalasPadamair frieght
borong china
beli barang dari china
air freight malaysia
shipping company in malaysia