ADSENSE

Ahad, 17 Februari 2019

Makan Bakso & Sate di Kebun Sayur

Menyangkakan Kebun Sayur ialah pasar sayur!
Tekaan itu meleset sama sekali dong!
Ternyata Kebun Sayur yang dimaksudkan ialah tempat para peniaga menjual pelbagai barangan yang mengancam mata ketika memandangnya terutama kaum hawa! Ada pakaian, kain ela, kain songket motif Dayak, rantai leher, cincin, gelang,  kain pelikat, kopiah, batu-batu permata, pelbagai anyaman, beg tangan, kraftangan dan seribu satu macam yang tak terfikir sebelum ini. 
Kami menaiki grab dari Hotel Fave, dipandu oleh Siti, pemandu grab wanita yang peramah dan baik hati memberikan kami banyak informasi terutama tempat-tempat makan di Balikpapan.
Kebun Sayur letaknya di Jl.letjen Suprapto. Pasar Inpres Kebun Sayur, Marga Sari, Balikpapan Bar., Kota Balikpapan, Kalimantan Timur 76132, Indonesia.

Tempat pertama yang kami tuju sudah tentulah tempat makan!
Perut lapar wei!
Dari Tarakan menaiki pesawat, belum lagi isi perut di Balikpapan nih!

 Inilah di antara deretan kedai jualan di Kebun Sayur.

 Kita singgah gerai bakso!
Huurrmmmm...aroma sup bakso menyucuk hidung, membuatkan perut tambah keroncong!

 Boleh pilih nak bakso saiz kecil atau saiz besar. Yang besar tu berisi telur.

 Nak lada, kicap dan sebagainya, beritahu sahaja penjual bakso.

 Seperti biasa, kalau jalan-jalan memang Amie suka elakkan pedas...hihiiiii!

 Beza bakso pedas dengan bakso tanpa rasa pedas ( gambar atas dan bawah).


 Kalau tak cukup, boleh tambah lagi sama ada mee, bakso atau kuah!

 Jom, kita jalan-jalan lagi.

 Jumpa sate pulak!
Kata tuan gerai sate, ini sate Jawa.
Jawa pun, Jawalah!
10 cucuk sate berharga 25,000 rupiah.

Tak rugi cuba sate di sini. Lontong sedap sangat! Lembut dan sudah tentu sangat lazat bila dicecah dengan sambal kacang!





Kalau di Tarakan, pinggan sate disertakan dengan cili padi hidup, di sini ditambah sambal cili padi pula!

 Habis licin sate Jawa. Jom jalan lagi.

 Tu diaaaa....!
Kam sedang menikmati minuman dingin, Gee dan Nano mengunyah duku madu!


Mengenang gusi yang membengkak baru sahaja surut sehari, tak jadilah nak minum jus buah yang manis dan sejuk! kalau sakit gusi lagi, alamat hilanglah mood nak jalan-jalan!


Jumpa nanas pula!
Di Balikpapan memang terkenal dengan nanasnya yang manis!
Gee beli sebiji, tak silap harga 10,000 rupiah siap dikupas dan dipotong-potong! Kalau tak mengenangkan gusi yang tak berapa sihat memang teringin nak borong sama nanas nih!



Tak perlu cecah dengan garam cili atau kicap, makan begitu saja pun dah cukup sedap! Gee kata, manisnya dari pangkal sampai ke hujung!


Jenuhlah nak menghabiskan nanas harga 10,000 rupiah tu!
Sementara menunggu Sue memanggil grab, sempat makan nanas lagi setelah selesai membeli-belah kain dan lain-lain di Pasar Sayur.

Grab yang ditunggu belum lagi tiba!
Nampak penjual putu bambu sedang menjaja, kami pun memanggilnya dan memesan 5 batang putu bambu yang dimasak di hadapan kami.

Dan petang itu, kami menaiki mobil (grab tak dapat dihubungi kerana masalah talian) sambil menikmati putu bambu!

Entri berkaitan:

2 ulasan:

notie berkata...

wah sate jawa sedapnya dengan lontong yang nampak lembut je. Apa beza satay jawa dengan satay lain ya.

Nenas nampak manis bersari je. Sedapnya nenas kalau dapat yang manis.

Amie berkata...

Notie,
tak tahulah apa bezanya sate jawa dengan sate lain, agaknya yang berbeza tang cili padi denga sambal cili padi tu kot hihihiii.