ADSENSE

Ahad, 17 Februari 2019

Oleh-Oleh dari Pasar Inpres Kebun Sayur

Setelah melayan perut, kami jalan-jalan lagi untuk cuci-cuci mata di sekitar Pasar Inpres Kebun Sayur. Memang sangat teruja melihat pelbagai hasil kraftangan, batik, tenunan sutera dan sebagainya dengan pelbagai motif Dayak yang pelbagai! Warna-warna yang digunakan juga sangat menarik sehingga mampu menimbulkan pesona  mata yang memandang!
Memandangkan hari menjelang petang, tidak banyaklah kedai yang dapat kami singgah. Di sini, premis perniagaan ditutup menjelang pukul 6 petang.

 Songkok yang cantik sarat dengan ukiran manik berwarna-warni!

Ukiran manik yang cantik dengan pelbagai warna juga terdapat pada kopiah! Sungguh unik dan memang sesuai dijadikan oleh-oleh ketika bertandang ke sini.

 Rambang mata melihat pelbagai perhiasan diri yang bergantungan!

Pernah dengar Kalimantan memang mempunyai sumber asli pelbagai jenis batu permata seperti mata kucing biru, batu kecubung Kalimantan, baiduri hijau, mustika kelabang dan sebagainya. Bila sampai di sini, mata pun jadi kelabu!


Batu atau buah?



Kedai demi kedai disinggahi.
Kalau dapat harga yang memuaskan setelah tawar-menawar, kami beli. Tak dapat kurang harga, kami tinggalkan.
Apa pun kami saling mengingatkan akan lebihan bagasi. Memang seronok membeli tetapi had berat bagasi yang dibeli untuk setiap seorang hanyalah 8 kg sahaja!
Dan satu lagi, katanya sekiranya kami beli batik Kalimantan, akan dikenakan cukai di pelabuhan! Adedeeehhhhhh!
Kalau begitu pandang-pandang sajalah! Sudahlah corak batik di sini cantik-cantik belaka!



 Ubat-ubatan tradisional pun ada.





Akhirnya kami hentikan langkah di Toko Permata & Kerajinan Halim 2.

 Tokonya bersebelahan dengan surau.

 Nampak bersih sungguh surau di sini.




Masing-masing sibuk memilih corak batik, kain songket, kain pelikat dan macam-macam lagi untuk diri sendiri dan sebagai oleh-oleh buat yang tersayang. Amie sendiri beli kain songket, beberapa pasang kain ela dan juga kain pelikat buat Encik Suami dan anak-anak.




 Cantik!
Tapi agak berat kerana sarat dengan susunan manik!





Barangkali banyak barangan yang kami borong, Bu Halim menghadiahkan kami key chain bentuk buaya yang diperbuat dari susunan manik warna-warni.

 Terima kasih banyak Bu Halim!


 Amie dapat key chain buaya warna merah. Terus sangkut pada zip di beg sangkut.

 Jom...kita balik.
Hari semakin senja!

 Kami meninggalkan Toko Bu Halim, tetapi langkah terhenti lagi di hadapan kedai lain pula!



Hurrrmmm... kalau jalan-jalan memang tak lengkap kalau tak beli t-shirt lambang tempat yang dijejaki! Beli lagi. Bukan sehelai tapi untuk seisi keluarga mengikut saiz masing-masing! Ingat Amie... berat bagasi hanya 8 kg!


 Hehehee... nampaknya rakan yang lain pun memborong lagi di sini!
Tak apalah, asalkan kalian berbahgia!



Di kiri dan kanan kedai mula ditutup. Para peniaga menuju ke motosikal masing-masing dan beredar dari situ. Bu Halim bersama suaminya juga melewati kami dengan senyum riang. Kami sepakat bersuara : Mesti Bu Halim gembira sebab banyak hasil jualannya hari ini. Siapa yang memborong di kedai Bu Halim...hihihiii!

Wanita di kedai sebelah kami sudah menutup pintu kedai, dan mengambil motosikalnya lalu meninggalkan kedainya.
Hei... jam 6 kedai ditutup.
Sudah menghampiri Maghrib ye kawan-kawan.
Ingat : Balikpapan Kota BERIMAN!
Kita contohi perkara-perkara baik di sini.

Entri berkaitan:
Ada Apa di Kalimantan Timur?
Galaxy Hotel Kalimantan Utara
Makan Durian Lai di Kota Tarakan
Bertemu Pak Jokowi di Bandar Udara Internasional Juwata
Balikpapan Kota BERIMAN
Puas Hati Menginap 3 Malam di Fave Hotel Balikpapan
Makan Bakso & Sate di Kebun Sayur
Oleh-Oleh dari Pasar Inpres Kebun Sayur
Makan Malam di Rumah Makan Torani
Rumah Makan Tahu Sumedang (Balikpapan - Samarinda)
Oleh-Oleh dari Kota Samarinda
Sepetang di Tenggarong
Soto Ayam Lamongan
Kerak Telor Bang Deri
Jom Berkenalan dengan Kue Ape
Balikpapan Fest 2019 (25 Januari - 3 Mac 2019)
Rumah Makan Cabe Merah
Dari The Caribbean Island Water Park ke E-Walk Mall Balikpapan
Makan Mantau dengan Sapi Cabe Kering
Bandar Udara Internasional Sultan Aji Muhammad Sulaiman Sepinggan
Sore di Pantai Kemala

Jalan-Jalan Cari Makan di Pantai Amal



2 ulasan:

notie berkata...

Beg manik-maniknya cantik-cantik.

Amie berkata...

Notie,
cantik2 tapi agak berat.