Dari The Caribbean Island Water Park ke E-Walk Mall Balikpapan
3:26 PTG
Semasa di Balikpapan kami sempat mengunjungi Caribbean Island Water Park. Kami menggunakan khidmat grab dari Fave Hotel. Lupa pula harga bayaran masuk he he heee... entah di mana hilang tiket tu.
Walaupun kami tiba sebelum pukul 11 pagi, tetapi suhu sangatlah tinggi! Panas terik!
Kami ambil gambar sahaja.
Gee dan Sue mencari tempat yang sesuai untuk merendamkan diri, tetapi nampak gayanya tidak ditemui tempat yang sesuai di hati.
Wokey!
Kami keluar dari sini dan terus menuju ke E-Walk Mall Balikpapan.
Kami singgah seketika di Balikpapan Fest 2019 dan kemudian masuk ke mall.
Dan jalan-jalan melihat-lihat sekitar.
Jika suka, boleh beli oleh-oleh Lapis Legit Prune!
Masuk body shop, sekadar ambil aroma ...hiks!
Jom masuk sini... macam cantiklah pula batik di sini.
Nampak halus berseni buatannya. Harganya pun cukup hebat!
Jom masuk kedai keperluan dapur pulak.
Singgah sini seketika. Kami beli buah-buahan segar yang sudah dipotong-potong. Isi sendiri dalam bekas sehingga penuh buah yang disukai, tak perlu timbang dan kemudian tambahkan kicap lada. Kalau tak mahu campur kicap lada, boleh bubuh asing. Lepas itu bayar di kaunter. Tak silap satu bekas penuh harganya 3,000IDR. Istimewanya di sini, boleh cuba rasa sebelum beli. Memang sangat pedas kicap lada tu, tapi sebab sedap dan buah-buah segar yang menggoda itu, kami semua pakat beli!
Kalau nak beli yang di atas ini, kena timbang.
Sempat jenguk di bahagian bahan basah.
Sambung makan buah-buah segar potong di Cabe Merah.
Sebelum keluar dari E-Walk Mall, terjumpa Tahu Gila pula!
Wokey!
Cerita dan gambar di sini dirakam sekadar untuk kenang-kenangan sahaja.
Entri berkaitan:
0 comments