ADSENSE

Sabtu, 16 Februari 2019

Galaxy Hotel Kalimantan Utara

Dari jeti Tarakan, kami menaiki mobil Pak Anas menuju ke Galaxy Hotel, tempat penginapan kami pada malam pertama berada di Kalimantan. Galaxy Hotel terletak di Karang Rejo, Tarakan Barat, Kota Tarakan, Kalimantan Utara, Indonesia, dan bertaraf 2 bintang sahaja. Kami menyewa dua bilik.










 Urusan pembayaran hotel di bawah tanggungjawab Nano.

 Senarai harga sewa bilik hotel di sini. Sue telah menempah bilik secara online.


 Ruang makan.






Selepas melepas lelah semalaman di Galaxy Hotel, kami bersiap lebih awal pada keesokan paginya untuk bertolak ke lapangan terbang bagi meneruskan perjalanan ke Balikpapan.

Sarapan pagi d hotel. Sesuai dengan tahap hotel 2 bintang jadi tidaklah banyak pilihan menu yang disediakan. Kami bersarapan untuk sekadar alas perut sahaja.


 Selain menu sarapan yang ringan, makanan berat seperti nasi dan beberapa jenis lauk serta sayuran disediakan pada pagi itu.

Alhamdulillah.
Kami mulakan pagi itu dengan senyum ceria.
Harap hari ini perjalanan udara akan lancar dan tidak begitu meletihkan seperti laluan laut yang kami tempuh kelmarin.


 Pemandangan sekitar Galaxy Hotel yang diambil dari tingkap hotel.


Rupanya Pak Anas sangat menepati janji!
Pak Anas menunggu kami lebih awal  dari waktu yang dijadualkan untuk bertolak ke lapangan terbang. Terima kasih banyak Pak Anas.
Bapak telah banyak membantu memberi pelbagai info dan mempermudahkan urusan perjalanan kami.

 Bergambar dahulu di hadapan mobil Pak Anas.

Kelmarin petangnya, sempat melihat kantor Pak Anas.
Kami berjanji akan meminta khidmat bantuan Pak Anas sekembalinya kami dari Balikpapan selepas 3 hari berikutnya.

Selamat tinggal Galaxy Hotel.
Jumpa lagi 3 hari kemudian setelah kami jalan-jalan ke Balikpapan.

Entri berkaitan:

Tiada ulasan: