ADSENSE

Sabtu, 16 Februari 2019

Bertemu Pak Jokowi di Bandar Udara Internasional Juwata

Tak sangkakan!
Ketika berjalan ke pintu masuk untuk menaiki pesawat Lion Air, kami berpapasan dengan Pak Jokowi, Presiden Indonesia ketujuh!
Apalagi!
Kami pun abadikan pertemuan tak terduga itu seperti dalam gambar di bawah ini.

Selamat ya Pak!

Pagi 3 Februari 2018, bersamaan hari Ahad yang cerah, kami bertolak ke Bandara Juwata pada pukul 9:45 pagi dari Galaxy Hotel.


Terima kasih atas khidmat Pak Anas mengambil dan menghantar kami ke lapangan terbang. Moga ketemu lagi tiga hari akan datang sekembalinya kami dari Balikpapan ke Tarakan.

Kami tiba lebih awal, dan perlu menunggu beberapa jam sebelum daftar masuk dan terbang pada pukul 12:55 tengahari.

Sementara menunggu untuk daftar masuk, kami meninjau-ninjau kawasan sekitar untuk mencari sesuatu yang boleh dimakan....hiks! Sue sedari awal terus menuju ke kedai Roti 'O' yang memang menjadi kegemarannya! Sue memang pernah datang ke Tarakan, dan sudah biasa dengan suasana dan selok-belok di sini dan memang sesuai sangatlah Sue kami lantik sebagai ketua rombongan!

 
Mari kita lepak di Resto Ibu Dewe. Kita lihat apa yang ada, yang boleh kita jamah.

Amie nak cuba Sup Rawon. Harganya tetap sama, ada nasi atau sup rawon begitu sahaja tetap 40,000 rupiah. Dah banyak kali mencuba sup rawon di Surabaya dan Malang, kali ini nak cuba di Tarakan pula!

Kami cuba mencicipi lemper dan arem-arem.

 Lemper, diperbuat dari pulut dan berintikan serunding.
Biasa jumpa lemper di majlis kahwin atau kenduri-kendara masyarakat Jawa di Malaya. 

 Ini pula arem-arem. Diperbuat dari nasi, di dalamnya berisi sambal dan daging.

 Gee berminat dengan kerupuk tempe.

 Bolehlah cari kerupuk tempe buat oleh-oleh.

 Tidak ketinggalan kek lapis legit!

Banyak kek lapis dijual di sini.

 Nano berminat pula nak merasa mee maggie goreng.

 Macam sedap pula tengok Nano makan!

 Mee maggie goreng siap bubuh bakso lagi tuh!


Selesai urusan daftar masuk , kami bergegas menuju ke kaunter penjualan tiket untuk menempah berat bagasi dari Balikpapan ke Tarakan pula. Ini disebabkan mulai 22 Januari 2019, bagasi percuma Lion Air dan Wings Air telah dimansuhkan seperti yang tertera di bawah.

 
Bagasi boleh dibeli selewat-lewatnya 6 jam sebelum penerbangan, dan kami mempunyai banyak waktu untuk melakukannya kerana akan berada di Balikpapan selama 4 hari 3 malam. Apa pun, adalah lebih baik beli lebih awal.

Berat bagasi 20kg berharga 300,000IDR.
Kami sepakat membeli 40kg kongsi 5 orang dengan bayaran 600,000IDR.
Susah juga untuk membeli banyak barang memandangkan suasana yang kurang selesa ketika tiba di jeti nanti. Kami bercadang untuk tidak membeli lebih dari berat yang dihadkan.



Setelah urusan selesai kami bergerak masuk untuk menaiki pesawat Lion Air JT 0675. Apa yang menarik perhatian kami ketika ini ialah suara petugas yang mengumumkan pelepasan dan ketibaan penerbangan sangat jelas! Butir bicaranya mudah difahami, dan disebut dengan tertib satu persatu. Dan rasa kagum dengan kesopanan layanan terhadap penumpang, apabila diumumkan agar didahulukan penumpang yang terdiri daripada penumpang yang sakit, ibu hamil, diikuti dengan kanak-kanak.



Adeeehhhh!
Terpaksa berpisah dengan Pak Jokowi pulak.
Ayok.... udah dipanggil masuk pesawat dong!


 Doa-doa perjalanan pelbagai anutan dan kepercayaan.


Makan minum tidak sediakan sepanjang 50 minit penerbangan.
Kalau dah mula tayang gambar-gambar dari majalah dalam kapal terbang, maknanya waktu itu sedang rasa bosan, kawan kiri kanan pula sudah belayar ke alam lain! Sudahlah duduk di tengah-tengah, tak pula mata tu nak mengantuk!
Jom buka majalah LIONMAG.









Pesawat terbang setinggi 26,000 kaki dari aras laut. Langit membiru, dan cuaca cerah. Awan putih bertompok di sana sini. 


Di kesempatan ini, dapat menambah kosa kata dengan mempelajari beberapa perkataan seperti sabuk pengaman yang bermaksuk tali pinggang keselamatan.

 Telepon genggam : Telefon bimbit.

 Pelampung : Jaket keselamatan.

Masa selama 50 minit di dalam pesawat akhirnya berakhir setelah pesawat Lion Air mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Sultan Aji Muhamad Sulaiman Sepinggan.

Alhamdulillah, dari Kalimantan Utara kami sudah boleh menjejakkan kaki di Kalimantan Timur pula!

Entri berkaitan:
Ada Apa di Kalimantan Timur?
Galaxy Hotel Kalimantan Utara
Makan Durian Lai di Kota Tarakan
Bertemu Pak Jokowi di Bandar Udara Internasional Juwata
Balikpapan Kota BERIMAN
Puas Hati Menginap 3 Malam di Fave Hotel Balikpapan
Makan Bakso & Sate di Kebun Sayur
Oleh-Oleh dari Pasar Inpres Kebun Sayur
Makan Malam di Rumah Makan Torani
Rumah Makan Tahu Sumedang (Balikpapan - Samarinda)
Oleh-Oleh dari Kota Samarinda
Sepetang di Tenggarong
Soto Ayam Lamongan
Kerak Telor Bang Deri
Jom Berkenalan dengan Kue Ape
Balikpapan Fest 2019 (25 Januari - 3 Mac 2019)
Rumah Makan Cabe Merah
Dari The Caribbean Island Water Park ke E-Walk Mall Balikpapan
Makan Mantau dengan Sapi Cabe Kering
Bandar Udara Internasional Sultan Aji Muhammad Sulaiman Sepinggan
Sore di Pantai Kemala

Jalan-Jalan Cari Makan di Pantai Amal

Tiada ulasan: