ADSENSE

Sabtu, 23 Februari 2019

Jom Berkenalan dengan Kue Ape

Ketika membelek-belek majalah LIONMAG dalam penerbangan dari Tarakan ke Balikpapan pada 3 Februari 2019 lepas, terpandanglah beberapa  jenis kuih cemilan tradisional Indonesia. Antaranya termasuklah kue cucur, (barangkali di tempat kita dipanggil cucur Jawa / topi Mexico / penjaram), kue bugis (biasanya di Sabah memang dipanggil kuih bugis, dan di Malaya pula kita biasa dengar kuih koci), dan kuih-kuih lain yang terdapat di tempat kita seperti wajik dan kuih talam.

Tertarik pula melihat keunikan kuih nan satu ini, kelilingnya nampak crispy, dan tengah-tengahnya meninggi dengan warna hijau yang lebih terang.

Ketika menyiapkan entri ini, bertanyalah pula kepada Pak Google untuk memastikan nama kuih hijau yang comel ini. Menurut Pak Google, kuih ini dipanggil kue ape yang berasal dari Betawi. Ada pula yang mengatakan kue ape ini sama bentuknya seperti kue serabi dari Solo.

3 hari kemudian, sewaktu jalan-jalan di Balikpapan Fest 2019, terpandang kuih yang seakan-akan sama seperti yang Amie lihat dalam LIONMAG. Ada pun bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakan adunan kue ape ini termasuklah tepung beras, tepung terigu, baking powder, garam, gula dan pes pandan.

 Gunakan kuali melengkung untuk mendapatkan bentuk kue ape yang cantik.

Setelah adunan kue ape siap (biarkan lebih kurang 1 jam), bolehlah tuangkan sedikit ke dalam kuali yang sudah dioles dengan minyak.


Tutup kue ape dengan penutup kuali, dan kecilkan api dapur.
Biarkan beberapa ketika sehingga kue ape masak, kelilingnya akan kelihatan garing.


 Bolehlah keluarkan kue ape dari kuali.

Nampak mudah bukan?


Hasilnya pun cantik, nampak garing dan sedap dinikmati ketika masih panas!

Entri berkaitan:

5 ulasan:

FHA Selemak Santan berkata...

nampak menarik kueh ni...kena cuba

asli erguven berkata...

good post 😊 would you like to follow each other? if the answer is yes, please follow me on my blog & i'll follow you back. https://camdandusler.blogspot.com

notie berkata...

Macam kueh apom yang orang india selalu masak. Tapi dia guna santan dan rasa manis

norhidana miswan berkata...

cantik bentuknya, mmg kene pakai kuali yg kecik comei gitu baru jd ye kak

Amie berkata...

FHA,
memang nampak menarik, senang2 nanti saya pun nak tanya pak google, cari resepi dan cuba juga.

Asli,
tq.

Notie,
rasanya kue ape ni tanpa santan kan.

Norhidana,
ye, pakai kuali besi yang kecil melengkung.