Sarapan Serabai di Astaka Taman Tun Sardon, Gelugor

10:10 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sewaktu bermalam di Spices Hotel, kami dapat mendengar azan subuh dilaungkan sebanyak dua kali. Kali pertama pada pukul 5:01 minit pagi dan kali kedua pada pukul 6:22 minit pagi. Kami tidaklah tergesa-gesa untuk bergerak pada pagi itu. Destinasi waktu pagi hanyalah untuk ke Astaka Taman Tun Sardon di Gelugor untuk  bersarapan sebagaimana cadangan Fuad. 

Kami daftar keluar hotel pada pukul 8:50 minit pagi dan tiba di Astaka Taman Tun Sardon pada pukul 9:22 minit pagi. Tempat letak kereta berhampiran astaka sudah penuh. Encik Suami berpusing beberapa kali kalau-kalau ada kereta yang keluar. Akhirnya Encik Suami keluar ke jalan besar dan letak kereta agak jauh dari astaka. Kami berjalan kaki menyeberang jalan menuju ke Astaka Taman Tun Sardon.

Amie pernah dengar di sini ada syurga makanan. Marilah kita masuk syurganya. Memang banyak gerai makanan yang menawarkan pelbagai jenis menu. Amie berminat untuk makan Serabai Istimewa Taman Tun Sardon. Walaupun terpaksa berbaris, akhirnya dapatlah juga sepiring serabai air tangan orang Penang.

Serabai Mix : RM7.50
2 Serabai
2 Serabai Telur
2 Apom Bakar


Serabai Istimewa Taman Tun Sardon


Pelanggan sabar beratur untuk membeli Serabai Istimewa Taman Tun Sardon.


Serabai Istimewa Taman Tun Sardon terbahagi kepada beberapa set dari Set A sehinggalah Set G dan akhir sekali set mix. Sebiji serabai biasa berharga RM1.00 manakala Serabai Telur berharga RM1.20 sen. Apom Bakar pula sebiji harga RM1.00. Apa beza serabai dengan apom bakar? Ada juga yang panggil serabai dengan nama apam serabai. 

Serabai & Apom Bakar dengan kuah gula melaka bersantan yang memberi rasa lemak manis.


Mulut yang hendak disuap cuma tiga, tetapi susah sangat hendak buat pilihan sebab banyak jenis makanan dan sedap-sedap belaka. Firdaus memilih murtabak daging.

Murtabak Daging lengkap dengan hirisan bawang dan kuah kari - RM6.00.



Encik Suami - Bihun Sup RM6.00

Amie & Encik Suami - Air Kopi RM1 X 2 = RM2.00
Firdaus - Teh Ais RM1.50 X1 =RM1.50


Astaka Taman Tun Sardon terletak di sebelah kiri terlindung oleh Balai Rakyat Taman Tun Sardon.


Kami menyeberangi jalan besar ke tempat letak kereta.

Firdaus bersama Encik Suami sedang menyeberang jalan.

Lebih kurang pukul 10 pagi kami meninggalkan Taman Tun Sardon. Cadangannya kami hendak meneruskan perjalanan ke Negeri Perlis Indera Kayangan. Perkara yang masih segar dalam ingatan dan menjadi bahan tawa kami sudah tentulah apabila Encik Suami tersesat jalan! Paling melucukan kerana Encik Suami tawaf sebanyak tiga kali keluar masuk Jambatan Pulau Pinang! Sebenarnya bukan tersesat jalan tapi terlajak memandu! Kali ketiga baharulah dapat jalan yang benar. Aduhai....!
Kata Encik Suami : Baguslah kalau sesat jalan sebab boleh belajar cari jalan! Jadinya kami ini sesat di hujung jambatan, balik ke pangkal jambatan sampai tiga kali pusingan! Berapa kilometer ulang-alik? 

Jalan raya di Bedong, Kedah.

Kita terlelap beberapa kali. Apabila terjaga terlihat pula longgokan tembikai di tepi jalan. Ada sekali, terpandang jus tembikai dalam balang di gerai bersebelahan dengan longgokan tembikai. Sudahlah cuaca sangat terik ketika itu, jadinya jus tembikai seakan-akan melambai supaya kita berhenti seketika. Sayangnya Encik Suami tidak mahu berhentikan kereta. Katanya nanti kalau banyak minum air tembikai yang sejuk susah pula hendak mencari tempat untuk qada' hajat. Isshh...issshhhh!

Di atas jalan raya di Gurun, Kedah.

Video kenangan ketika berada di atas jalan raya di Gurun, Kedah.

Ketika ini kami sedang berada di Kangar, Negeri Perlis Indera Kayangan.
Jam menunjukkan pukul 14:13 petang.

24 comments

  1. Berbaloy minum air kopi seringgit.
    Sama aje rasanya dengan air kopi 15 hinggit

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Cerita lama ni Lina, akhir Februari 2024.

      Padam
  3. Boleh cuba kalau ke P. Pinang nanti ni 🤭

    BalasPadam
  4. Alaaa... Kecik nau gambar daus kali ni....

    BalasPadam
  5. hihi.. pernah lalui waktu awal2 dlu stay di penang.. :P

    BalasPadam
  6. sedapnya nampak serabai tu kak.. selamat menjamu selera

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Memang sedap, masih panas cecah kuah lemak manis.

      Padam
  7. waahh nampak sedap serabai & bihun sup tu aduh lapar pulak ha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cepat kenyang pula makan serabai dua keping.

      Padam
  8. wah jalan2 ke utara ya makanan di sini sedap semua harga pun ok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya Kak PI. Jalan-jalan lawat anak-anak terus sambung ke utara.

      Padam
  9. Jenuh jugak ulang alik smpai 3x jambatan pulau pinang tu.. Hihihi...
    Kak amie lalu jln lama je ke dari penang ke perlis tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tahulah jalan lama atau jalan baharu hihihii. Main redah jew.

      Padam
  10. Happy holiday !! .. hahhh alang² kat Penang terus ke Perlis ..tak jauh mana kan ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul CCL. Tak lama memandu sudah sampai ke Perlis.

      Padam
  11. Kalau boleh semua nak rasa kan tapi tu lah bila tak ramai terpaksa pilih yang mana ter"famous" 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau beberapa hari di sini mungkin boleh datang beberapa kali. Jadi memang terpaksa pilihlah mana yang terfamous hihihii.

      Padam
  12. Di sana sebut serabai, di sini pula serabi 😄. Biasa di makan dengan saus gula merah campur durian. Paling terkenal serabi Bandung. Saya paling suka serabi di sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo serabai dan serabi kuih yang sama rupanya. Makan dua tiga keping pun sudah mengenyangkan. Memang sedap cecah sos gula merah campur durian. Lemak manis dan wangi

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe