Cuci Mata di Arked Niaga Padang Besar
9:14 PGBismillahirrahmanirrahim.
Walaupun jam sudah menunjukkan angka 5:50 petang tetapi bahang panas masih terasa. Akhirnya kami turun juga dari tingkat atas dan berjalan menapak arah Arked Niaga Padang Besar. Tiadalah tujuan untuk berbelanja melainkan hanya cuci mata sahaja dan kalau ada yang berkenan bolehlah dibeli sebagai oleh-oleh dibawa pulang. Banyak jenis kekacang terutama kacang gajus dijual di sini.
Bangunan Arked Niaga Padang Besar. |
Selain makanan ringan dan makanan tempatan, di sini juga terdapat pelbagai jenis pakaian, beg tangan, kasut, mainan, perhiasan dan cendera hati.
Suasana di luar bangunan Arked Niaga Padang Besar.
Berkaitan harga memang kita tak tahu samada murah atau mahal.
Penat jalan-jalan cuci mata, kami singgah beli air kelapa.
Meriahlah aiskrim kelapa yang dibeli dengan harga RM10.00. Kami bawa pulang ke MyBed Homestay.
Aiskrim Kelapa Special |
Firdaus dan Encik Suami pula hendak makan mi segera yang dibekalkan dalam bilik.
Mi Segera |
Setelah penat jalan-jalan cuci mata di Arked Niaga Padang Besar, dapatlah merasa mi segera perencah tomyam.
11 comments
Seronok tengok.. Lapang ja padang besaq... Linda p tahun lepas bulan 12,musim hujan pulak tu
BalasPadamMusim hujan, sejuklah pula ye Linda.
PadamMasa tu musim angin timur, cuaca kering kemarau. Memang panas. Kalau datang sekarang cuaca sedap - tak panas sangat dan taklah sentiasa hujan.
BalasPadamSekarang bangunan baru arked dah buka. Tak pasti masa kak Amie pergi dah buka atau belum. Saya yang duduk tak jauh ni pun baru sekali ke sana. Pergi tapi tak tau nak beli apa 😄
Rasanya kami masuk bangunan lama.
PadamSaya pun sama, tak tahu nak beli apa. Tengok-tengok saja.
Sedap tu ais krim kelapa.
BalasPadamSeronok gak tu kalau dapat shopping kekacang 😁
Ais krim kelapa tu memang sedap.
PadamKacang gajusnya gemuk-gemuk macam di Thailand.
banyak ke kak amie memborong kat sini?
BalasPadamTak Anies. Beli makanan saja.
PadamLangsung segar membayangkan makan ice cream kelapa di saat panas begitu 😄.
BalasPadamSedap sangat ais krimnya, lemak manis.
PadamSA kalau pi sini beli pes tomyam dan kekacang je..aiskrim kelapa tu memang sedap...
BalasPadam