Borong Buah di Pasir Puteh Kelantan dan di Kampung Tok Landok, Ajil, Terengganu

5:38 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Dalam perjalanan dari Pasir Puteh menuju ke Kuala Terengganu, kami sempat singgah di salah sebuah gerai buah. Sudah tentulah longgokan buah tembikai yang menjadi perhatian. Encik suami pula memang sangat teruja melihat buah tembikai, apalagi apabila teringat Abang Farid sangat sukakan tembikai. Katanya tidak rugi beli sebab harganya sangat murah. Nanti sampai kampung, anak cucu cicit semua boleh makan. Aduhai...nasib baiklah bonet kereta masih ada ruang! Sumbat sahajalah buah-buahan yang dibeli.

 
Kami borong buah tembikai dan golden melon di Pasir Puteh. Buah limau dan mangga pula kami borong di Kampung Tok Landok, Ajil, Terengganu.

Timun Betik

Golden Melon


Sekilogram tembikai harga RM2.00 sahaja.


Tiga biji tembikai dijual dengan harga RM10.00.


Sudah beli tembikai dan golden melon, kami dibekalkan pula dengan seplastik timun. Terima kasih tuan gerai buah.


Selepas sarapan di Nasi dagang Atas Tol, kereta terus meluncur laju hendak meninggalkan  Terengganu. Tetapi setelah melewati banyak gerai buah mangga akhirnya kami berhenti juga untuk membeli. Bukan tidak ada buah-buah di gerai kampung sendiri, tapi aura gerai buah di sini sangat menggoda!



Teringat buah limau yang dibeli di Pasar Siti Khadijah, rasanya manis leting! Tanya peniaga di sini, katanya limau ini ada rasa masam-masam sedikit.



Kami beli mangga, tapi tak ingat berapa jenis yang dibeli.




Limau ini pun kami beli juga.


Agak-agaknya selepas ini kami berhenti membeli lagi tak? Kami anggarkan petang nanti sampai ke kampung di Selangor.

13 comments

  1. Buah buahan yg segar.. timun betik tu cane isi dia.. mcm betik atau mcm timun hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya manis macam tembikai susu, baunya harum. Selalunya orang buat dessert, korek isi tambah sagu, air gula merah dan santan.

      Padam
  2. Murahnya tembikai tu... sekilo RM2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah yang geramnya, tak beli menyesal. Akhirnya beli yang sebungkus 3 biji. Itulah entah berapa kg beratnya. Saiznya besar dan isinya elok sempurna manisnya.

      Padam
  3. Waduh kalau saya pun memang suka bila tenguk gerai buah melambak tepi jalan. Murah-murah pulak tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mahu tak mahu memang kena berhentilah membeli. Nanti tak menyinggah terkenang-kenang pula.

      Padam
  4. Bila compare harga dengan tempat sendiri itu yang seronok membeli di tempat lain. Puas hati dengan harganya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Faizah. Memang tak rugi beli lebih. Boleh kongsi dengan keluarga.

      Padam
  5. Kalau SA pun akan beli jugak buah2 ni kak...murah betul tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan SA. Beli jugalah supaya tak terkenang-kenang sangat sebab harganya sangat murah.

      Padam
  6. Sebelah² sana buah murah² kan, geram nak memborong tapi selalu kereta dah penuh dgn beg baju.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... SK, segala buah dll tu Encik Suami masukkan dalam kereta. Tidurlah Firdaus di belakang dikelilingi buah.

      Padam
  7. Saya liat semangkanya, ada banyak tompok2 coklat, menandakan maniiis ❤️😍😍😍. Sukaaa sangat semangka juga. Ada beberapa orng LBH suka dijuice. Tp saya sendiri lebih suka makan langsung kalo buah

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe