Makan Tengah Hari di Restoran Naina Tomyam Padang Besar

5:55 PTG

Bismillahirrahmanirrahaim.

Beberapa minit ke pukul tiga petang kami sampai di Padang Besar. Perut pun bukan kepalang keroncongnya. Jadi, sebelum kami daftar masuk tempat penginapan kami cadang untuk cari tempat makan dulu. Setelah dua tiga kali tawaf akhirnya jumpalah tempat penginapan kami dan Encik Suami letak kereta di situ. Kemudian kami jalan kaki ke belakang sedikit dan terjumpalah Naina Tomyam yang terletak di 12, Lorong 4 Gapura Square, Padang Besar, Perlis. Tidak toleh kiri kanan atau tempat makan lain, kami redah masuk saja ke sini.

Ada pelbagai makanan pilihan termasuk makanan yang dihidang dalam bentuk set. Kami memilih Set B:
  • Nasi Putih
  • Siakap Stim
  • Tomyam Campur
  • Ayam Daun Limau
  • Telur Dadar
  • Udang Goreng Tepung
Minuman harga lain:
  • Teh Ais
  • Sirap Limau
  • Limau Kasturi Ais

Set B : RM90.00


Kami minta tiga pinggan nasi sahaja tetapi tetap juga diberi empat mengikut set asal.


Tak sabar nak terkam Ikan Siakap Stim! 


Inilah Restoran Naina Tomyam.
Walaupun main terjah masuk tetapi syukur Alhamdulillah semuanya cukup rasa!


Dalam keadaan cuaca panas, tiga empat kali sedut habis segelas sirap limau!


Tepat pukul tiga petang kami duduk di meja dan terus memesan makanan. Pukul 3:03 petang minuman dihantar ke meja. Pukul 3:07 hidangan Set B satu persatu disajikan. Wah, memang cukup bagus layanan di sini. Sangat pantas!


Pertama sekali, tomyam sampai di meja pada pukul 3:07 minit.


Kedua, telur dadar datang pada pukul 3:09 minit.


Telur dadar datang serentak dengan Sayur Campur dan Ayam Daun Limau.
Baru perasan rupanya Sayur Campur tidak tersenarai dalam Set B, tapi ada pula dalam hidangan!

Ayam Daun Limau

Udang Goreng Tepung datang panas-panas pada 3:10 petang.


Dan setelah lengkap semua, kami pun menjamah hidangan lebih kurang pukul 3:13 petang. 


Tidak sampai 15 minit menunggu, nasi dan lauk-pauk lengkap terhidang.
Bismillah.


Sebenarnya terlupa harga Set B. Tidak buat catatan dan resitnya entah di mana. Ketika menulis entri ini, terselit gambar anak dengan bapa sedang menunggu makanan dan di belakangnya jelas terpapar Set B dengan harga RM90.00.


13 comments

  1. Meriah atas meja.. Lauk semua sedap-sedap belaka..
    Menu Thai memang tak pernah mengecewakan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.
      Tak tahan dengan godaan ikan siakap kukus.

      Padam
  2. Sedapnya semua menu tu. bagusnya service cepat sampai makanan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Barangkali memang sudah biasa menerima dan melayan pelanggan yang ramai. Itu sebabnya nampak sangat cekap.

      Padam
  3. Seronok firdaus berjalan cuti sekolah hari tu... Hihihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronok sangat dia terutama sekali dapat jumpa abang-abangnya.

      Padam
  4. Selamat datang ke Perlis yer .. CCL kalau ke padang besar memang selalu makan kat Naina tomyam ni .. semua makanan sedap² ..memang rasa ori thailand

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih CCL.
      Memang sedap masakannya, tapi sayang tak dapat hendak berlama-lama di sini.

      Padam
  5. Ni yang seronok makan... menu yang dipesan sampai cepat dan sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, pilihan tetap. Kenyang sangat.

      Padam
  6. Nama agak mirip dengan Nana Tomyam di Penang yaa 😄. Memang kalo Thai foods ini saya tak pernah bosen. Sedaaap 😍😍. Porsi banyak dan biasanya harga masih reasonable

    BalasPadam
    Balasan
    1. Paling sedap sudah tentulah ikan stim dan tomyam.

      Padam
  7. Kat sana makanan memang murah sangat kak amie...aduhai rasa nak pergi lagi la

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe