Singgah Makan Nasi Ulam Abah di Pasir Puteh
10:08 PGBismillahirrahmanirrahim.
Masih lagi cerita tentang Kelantan yang suatu ketika dahulu digelar Tanah Serendah Sekebun Bunga. Kelantan juga pernah dikenali sebagai Tanjung Pura dan Negeri Cik Siti Wan Kembang. Paling istimewa Kelantan memdapat gelaran dengan nama Serambi Mekah.
Masih lagi cerita tentang Kelantan yang suatu ketika dahulu digelar Tanah Serendah Sekebun Bunga. Kelantan juga pernah dikenali sebagai Tanjung Pura dan Negeri Cik Siti Wan Kembang. Paling istimewa Kelantan memdapat gelaran dengan nama Serambi Mekah.
Unik dan istimewa sekali negeri di pantai timur Malaysia ini. Sudah tentulah banyak yang tidak dapat diterokai kerana hanya datang untuk seketika sahaja. In syaa Allah, ada rezeki nanti boleh datang santai-santai dan berlama-lama untuk menjelajah setiap daerahnya.
Selepas memborong serba sedikit oleh-oleh di Pasar Siti Khadijah, kami meninggalkan Kota Bharu untuk ke negeri jirannya pula, Terengganu. Dalam perjalanan ke Terengganu, kami singgah makan di Pasir Putih. Walaupun ketika itu jam baru menungjukkan angka 11:22 pagi, tetapi apabila terlihat Gerai Nasi Ulam Abah yang sudah sedia menerima pelanggan, eloklah makan di sini sahaja.
Nasi Ulam Abah |
Sebelum itu, jamu mata dahulu dengan pemandangan di kiri kanan jalan dari Kota Bharu ke Pasir Putih.
Besar sungguh godaan di Pasir Puteh ini. Banyak gerai buah tembikai di sepanjang jalan.
Di saat cuaca yang panas terik ini, kalaulah peniaga tembikai sediakan juga jualan jus tembikai... aduhai! Rasanya hendak singgah layan tekak... ahaks!
Apabila terpandang papan tanda Nasi Ulam Abah, Encik Suami berhentikan kereta di situ. Gerai ini terletak bersebelahan dengan masjid.
Mungkin kami orang pertama yang datang untuk menjamu selera pada hari ini. Semua tempat duduk masih kosong dan lauk-pauk pun masih panas belaka.
Ada pelbagai jenis lauk yang boleh dipilih. Kelantan memang sinonim dengan lauk tradisionalnya iaitu singgang ikan aya. Jadi, marilah kita cuba nikmati air tangan original orang Kelantan.
Singgang Ikan Aya @ Tongkol |
Sudah pilih singgang ikan aya, jangan lupa ambil budunya sekali.
Sambal Ayam Daun Limau Purut
Asam Pedas Ikan Patin
Sambal Belacan dan Ulaman |
Sambal Belacan dan Ulam-Ulaman - Pucuk Gajus, Kacang Kelisa, Daun Sambung Nyawa Ungu & Daun Selom.
Hidangan Nasi Ulam Abah:
- 3 pinggan nasi putih
- Singgang Ikan Aya
- Asam Pedas Ikan Patin
- Ayam Sambal Daun Limau Purut
- Budu
- Sambal Belacan dan Ulaman
- Minuman - Tak ingat minum apa....
Harga keseluruhan : RM25.00.
Allahu Akbar! Rezeki sungguh datang ke negeri cek mek molek ini! Sudahlah hidangannya sedap belaka, perut sangat kenyang, harganya pula sangat murah. Semoga murah rezeki empunya Nasi Ulam Abah!
Allahu Akbar! Rezeki sungguh datang ke negeri cek mek molek ini! Sudahlah hidangannya sedap belaka, perut sangat kenyang, harganya pula sangat murah. Semoga murah rezeki empunya Nasi Ulam Abah!
Tepat pukul 11:58 pagi, dua minit lagi ke pukul 12 tengah hari, kami tinggalkan Pasir Putih.
Jumpa lagi Kelantan.
13 comments
Negeri Kelantan ni memang terkenal dengan harga makanan yang murah2. Lama tak pergi Kelantan.
BalasPadamBetul Cie. Rasanya tak puas hanya satu malam di sini.
PadamLama tak pergi kelantan. Kali pertama dan terakhir pergi kelanatan masa umur 10 tahun. sekarang dah 43
BalasPadamLamanya.... tentu banyak perubahan dapat dilihat kalau berkunjung ke Kelantan lagi.
PadamNasi Ulam Abah.. total harag RM25.00 .. Ya Allah murah tu.. beruntung rakyat Kelantan.. Tembikai tu kalau buat jus mmg ramai lagi la org berhenti beli kan..
BalasPadamItulah, saya pun terkejut dengan harga begitu.
PadamYa, dari Kedah sampai Kelantan, saya hanya melihat longgokan tembikai sahaja. Hanya jumpa satu tempat di Kedah yang jual jus tembikai bersama longgokan buahnya.
Seronok jalan-jalan begini, tidak terikat dengan jadual.
BalasPadamRasa lapar berhenti makan. Dapat pula gerai2 makanan sedap dan harga yang berpatutan apatah lagi yang murah.
Ya, memang tak mahu terikat dengan jadual. Santai-santai saja.
PadamMurahnya harga makanan. Nak tumpang sepinggan tapi Kak Amie dah sampai Ganu pulak, hihi.
BalasPadamHahahaa... touch and go saja SK.
PadamSaya haruuuuus lah datang ke kota iniiii 😍😍😍😍. Kenapa dari tadi semua harga makanannya muraaah sangaaaat 😍😍😍🤣. Ya Allah, sukaaa dengan kota seperti ini
BalasPadamJemput datang ke Pantai Timur Malaysia Fanny.
PadamMemang harganya lumayan murah terutama makanan tradisional di gerai-gerai.
Murah betul la makan kat situ kak Amie...berganda- ganda murahnya kalau nak di bandingkan dengan KL dan Seremban
BalasPadam