Sarapan Nasi Dagang Atas Tol (NDAT)

3:00 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.

Seawal pukul lapan pagi kami sudah meninggalkan Hotel Seri Malaysia untuk mencari sarapan. Sewaktu meninjau-ninjau tempat sarapan, Pak Google tunjukkan Nasi Dagang Atas Tol. Rupanya banyak cawangan Nasi Dagang Atas Tol. Pak Google berikan kami alamat Nasi Dagang Atas Tol di Jalan Masjid Abidin.

Pertama kali makan nasi dagang Terengganu kira-kira 30 tahun lalu ketika ikut rombongan sekolah jelajah Pahang, Terengganu dan Kelantan. Ketika itu harga sebungkus nasi dagang hanya 50 sen sehaja! Itu pun sudah cukup mengenyangkan seolah-olah makan tengah hari! Padahal nasi dagang itu dijual waktu pagi untuk sarapan.

Nasi Dagang Atas Tol

Ketika kami sampai, kelihatan pelanggan sedang beratur panjang. Alamak! Kalau kena beratur begini, rasanya tak sanggup untuk menunggu. Sedangkan selama ini hanya baca cerita rakan-rakan blogger tentang Nasi Dagang Atas Tol, dan sekarang apabila sudah ada di depan mata, rupanya kena berbaris pula!

Kita tengoklah dulu, lama atau tidak dalam barisan. Kalau rasanya tak sanggup berdiri lama, cari sahajalah tempat sarapan lain. Ketika ini jam menunjukkan pukul 8:13 minit pagi.


Pelanggan sedang beratur dalam dua barisan. Entah barisan mana kami hendak masuk. Baiklah berbaris dalam barisan pendek supaya tidak terlalu lama menunggu.


Dalam perjalanan mencari Nasi Dagang Atas Tol, sempat tangkap gambar pemandangan Kuala Terengganu dari dalam kereta.


Selepas letak kereta, kami berjalan kaki menuju ke Nasi Dagang Atas Tol.


Identiti Negeri Terengganu Darul Iman dapat dilihat menerusi pelbagai paparan gambar mural terutamanya penyu!


Kedai makan bersebelahan dengan Nasi dagang Atas Tol.


Maka berbarislah kami di sini.



Tempat makan di dalam sudah dipenuhi pelanggan sehingga ada yang makan di luar.


Video suasana di Nasi Dagang Atas Tol.


Setelah lapan minit beratur, barulah dapat sampai ke pintu masuk.


Rupanya dua barisan tadi, satu barisan untuk yang beli bungkus, dan satu barisan lagi untuk yang makan di sini. Kebetulannya kami berbaris di barisan untuk makan! Tak dapat bayangkan kalau masuk barisan yang panjang, sudah tentu terpaksa beratur dari belakang semula di barisan lagi satu.


Sampai di bahagian makanan baru terbaca kenyataan :
PERHATIAN - SEBELUM ANDA MENGAMBIL MAKANAN DAN MINUMAN SILA PASTIKAN ANDA MENDAPAT MEJA TERLEBIH DAHULU.

Laaaa.... begitu pulak ke?
Cepat-cepat kita suruh Encik Suami cari meja kosong. Firdaus temankan kita di kaunter pembelian. Dalam keadaan begini, macam kelam-kabut pula hendak memilih menu makanan. Pelayan bahagian minuman pula bergerak dari meja ke meja untuk mengambil pesanan. Tak tahulah apa yang Encik Suami pesan dari mejanya.



Para pekerja kelihatan sibuk mengisi makanan di dalam pinggan. 


Yang panjang-panjang putih itu mungkin laksa. Ada macam pulut kuning. Ada seperti nasi minyak. Kita hanya fokus nasi dagang sahaja.


Nampak keropok lekor panas-panas, belilah satu piring buat teman nasi dagang.



Sambil menunggu pelayan menyiapkan nasi dagang yang kita beli, sempat tangkap gambar para pelanggan yang setia beratur di luar.


Kaunter makanan sedang dikelilingi para pelanggan.


Minuman warna coklat berbuih itu ialah Tea Peng Ombak Rindu dan yang berbuih warna hijau itu Tea Peng Hulk. Kita hendak beli, tapi nampak sudah ada pelayan bawa minuman ke meja tempat Encik Suami duduk. Jadi, tak jadilah memesan Tea Peng Ombak Rindu.


Ini dia Nasi Dagang Atas Tol yang kita beli. Dalam sepinggan nasi dagang, dibubuh isi ikan tongkol tanpa kuah dan acar. Kuahnya diletak berasingan dalam mangkuk lain. 



Firdaus memilih Nasi Dagang Ayam Berempah.


Ada  perbezaan nasi dagang yang pernah Amie makan dahulu dengan Nasi Dagang Atas Tol. Salah satunya, Nasi Dagang Atas Tol kelihatan lebih panjang, mungkin beras bashmati. Keduanya, dari segi rasa, lemaknya kurang menyerlah berbanding nasi dagang beras biasa yang dicampur dengan pulut atau juga nasi dagang yang menggunakan beras wangi.



Keropok Lekor RM5.00.


Bismillah.

Nasi Dagang Atas Tol

Kopi untuk yang kena bersengkang mata memandu di jalan raya!

Sarapan di Nasi Dagang Atas Tol:
  • 2  Nasi Dagang Ikan & Telur Rebus
  • 1 Nasi Dagang Ayam Goreng Berempah
  • 1 Keropok Lekor
  • 2 Kopi O
  • 1 Teh Ais
Jumlah : RM30.50.


Sebelum meninggalkan Nasi Dagang Atas Tol, sempat rakam suasana dalam restoran. Nampaknya pelanggan NDAT ini bukan setakat orang Melayu sahaja tetapi orang Cina pun menjamu selera di sini juga.


Pelanggan datang bertali arus, tidak putus-putus.


Encik Suami kata, eloklah segera keluar dari sini. Kesian pula melihat ramai pelanggan menunggu meja dikosongkan.


Kami sampai di sini pada pukul 8:13 pagi.
Dapat beli makanan pada pukul 8: 25 pagi.
Kami tinggalkan NDAT pada pukul 8:59 pagi.
Okey jugalah kan. 
Tidaklah terlalu lama beratur.
Dan, pelayan di NDAT sangat pantas buat kerja. 

21 comments

  1. Alhamdulillah tak lama beratur walaupun ramai.

    Antara yang saya rindu nak mkn di Terengganu...NDAT dan Fauzi Nasi Kerabu.

    BalasPadam
  2. Kak Amie, ikannya banyak tu aje ke..nampak sikit aje portionnya kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, semuanya saiz begitu. Tapi cukup kenyang juga tu untuk sarapan.

      Padam
  3. Saya pun sarapan di sini pagi tadi. Tapi saya makan laksam!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sempat makan nasi dagang saja. In syaa Allah pada masa yang lain boleh cuba menu yang lain pula.

      Padam
  4. Alhamdulillah macam macam makanan ada. Sedap bettul

    BalasPadam
  5. tengok entry kak amie baru teringat saya belum masukkan entry NDAT 3bulan lepas...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masih boleh dibuat entri tu Afzan. NDAT Kak Amie ni lagi lama, 04 Mac 2024 punya cerita hihihii.

      Padam
  6. Alhamdulillah tak tunggu lama. Kami tak pernah ke NDAT walaupun duduk Terengganu 13 tahun. Moga dapat merasa nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah, moga ada rezeki merasa NDAT.

      Padam
  7. Uishhh beratuq org ramai.. power nasi daging dia ni.. insyallah boleh terjah sini kalau ke Terengganu nanti.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak mahu beratur panjang, katanya kena datang awal.

      Padam
  8. Beratur nampak panjang tapi tak ambil masa lama. Kira okay lah tuuuu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, penyediaannya pun cepat dan pantas. Cuma kena cari meja sendirilah.

      Padam
  9. Alaaa sedapnya NDAT, teringin nak pergi lagi.
    Mujur tak lama beraturnya tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mula-mula macam tak yakin jew boleh cepat sampai ke kaunter, tapi kira okey sangatlah. Pelanggan ramai tapi taklah lama menunggu.

      Padam
  10. Sy surrender awal NDAT ni, Kak Amie. Kalau nak makan nasi dagang, kena makan kat Johor jer la, hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul SK. Saya pun bukan jenis yang suka menunggu. Tapi dah tersampai sini, beratur sajalah. Mujur tak lama sangat.

      Padam
  11. Jadi sebenarnya nasi dagang ini tidak benar2 terletak di atas jalan tol ya kak?saya pikir posisi dia memang di atas jalan tol, makanya disebut begitu 🤭😄.

    Aahhhh nampak sedap. Tp Krn tak suka tongkol, saya pun akan memilih ayam seperti firdaus 🤭.

    Cuma kalo keropok Lekor, dan pasti pesan 2 porsi rasanyaaaa hahahaha. Suka sangaaat

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe