Bismillahirrahmanirrahim.
Sewaktu bermalam di Spices Hotel, kami dapat mendengar azan subuh dilaungkan sebanyak dua kali. Kali pertama pada pukul 5:01 minit pagi dan kali kedua pada pukul 6:22 minit pagi. Kami tidaklah tergesa-gesa untuk bergerak pada pagi itu. Destinasi waktu pagi hanyalah untuk ke Astaka Taman Tun Sardon di Gelugor untuk bersarapan sebagaimana cadangan Fuad.
Kami daftar keluar hotel pada pukul 8:50 minit pagi dan tiba di Astaka Taman Tun Sardon pada pukul 9:22 minit pagi. Tempat letak kereta berhampiran astaka sudah penuh. Encik Suami berpusing beberapa kali kalau-kalau ada kereta yang keluar. Akhirnya Encik Suami keluar ke jalan besar dan letak kereta agak jauh dari astaka. Kami berjalan kaki menyeberang jalan menuju ke Astaka Taman Tun Sardon.
Amie pernah dengar di sini ada syurga makanan. Marilah kita masuk syurganya. Memang banyak gerai makanan yang menawarkan pelbagai jenis menu. Amie berminat untuk makan Serabai Istimewa Taman Tun Sardon. Walaupun terpaksa berbaris, akhirnya dapatlah juga sepiring serabai air tangan orang Penang.
|
Serabai Mix : RM7.50 2 Serabai 2 Serabai Telur 2 Apom Bakar |
|
Serabai Istimewa Taman Tun Sardon |
Pelanggan sabar beratur untuk membeli Serabai Istimewa Taman Tun Sardon.
Serabai Istimewa Taman Tun Sardon terbahagi kepada beberapa set dari Set A sehinggalah Set G dan akhir sekali set mix. Sebiji serabai biasa berharga RM1.00 manakala Serabai Telur berharga RM1.20 sen. Apom Bakar pula sebiji harga RM1.00. Apa beza serabai dengan apom bakar? Ada juga yang panggil serabai dengan nama apam serabai.
|
Serabai & Apom Bakar dengan kuah gula melaka bersantan yang memberi rasa lemak manis. |
Mulut yang hendak disuap cuma tiga, tetapi susah sangat hendak buat pilihan sebab banyak jenis makanan dan sedap-sedap belaka. Firdaus memilih murtabak daging.
|
Murtabak Daging lengkap dengan hirisan bawang dan kuah kari - RM6.00. |
|
Encik Suami - Bihun Sup RM6.00 |
Amie & Encik Suami - Air Kopi RM1 X 2 = RM2.00
Firdaus - Teh Ais RM1.50 X1 =RM1.50
Astaka Taman Tun Sardon terletak di sebelah kiri terlindung oleh Balai Rakyat Taman Tun Sardon.
Kami menyeberangi jalan besar ke tempat letak kereta.
|
Firdaus bersama Encik Suami sedang menyeberang jalan. |
Lebih kurang pukul 10 pagi kami meninggalkan Taman Tun Sardon. Cadangannya kami hendak meneruskan perjalanan ke Negeri Perlis Indera Kayangan. Perkara yang masih segar dalam ingatan dan menjadi bahan tawa kami sudah tentulah apabila Encik Suami tersesat jalan! Paling melucukan kerana Encik Suami tawaf sebanyak tiga kali keluar masuk Jambatan Pulau Pinang! Sebenarnya bukan tersesat jalan tapi terlajak memandu! Kali ketiga baharulah dapat jalan yang benar. Aduhai....!
Kata Encik Suami : Baguslah kalau sesat jalan sebab boleh belajar cari jalan! Jadinya kami ini sesat di hujung jambatan, balik ke pangkal jambatan sampai tiga kali pusingan! Berapa kilometer ulang-alik?
|
Jalan raya di Bedong, Kedah. |
Kita terlelap beberapa kali. Apabila terjaga terlihat pula longgokan tembikai di tepi jalan. Ada sekali, terpandang jus tembikai dalam balang di gerai bersebelahan dengan longgokan tembikai. Sudahlah cuaca sangat terik ketika itu, jadinya jus tembikai seakan-akan melambai supaya kita berhenti seketika. Sayangnya Encik Suami tidak mahu berhentikan kereta. Katanya nanti kalau banyak minum air tembikai yang sejuk susah pula hendak mencari tempat untuk qada' hajat. Isshh...issshhhh!
|
Di atas jalan raya di Gurun, Kedah. |
Video kenangan ketika berada di atas jalan raya di Gurun, Kedah.
|
Ketika ini kami sedang berada di Kangar, Negeri Perlis Indera Kayangan. Jam menunjukkan pukul 14:13 petang. |
Berbaloy minum air kopi seringgit.
BalasPadamSama aje rasanya dengan air kopi 15 hinggit
Betul Wak.
Padamkak amie masih di penang ke?
BalasPadamCerita lama ni Lina, akhir Februari 2024.
PadamBoleh cuba kalau ke P. Pinang nanti ni 🤭
BalasPadamBanyak pilihan untuk sarapan.
PadamAlaaa... Kecik nau gambar daus kali ni....
BalasPadamNampak juga gambar halus Uncle ya.
Padamhihi.. pernah lalui waktu awal2 dlu stay di penang.. :P
BalasPadamMesti banyak kenangan Lady di sini kan.
Padamsedapnya nampak serabai tu kak.. selamat menjamu selera
BalasPadamTerima kasih. Memang sedap, masih panas cecah kuah lemak manis.
Padamwaahh nampak sedap serabai & bihun sup tu aduh lapar pulak ha
BalasPadamCepat kenyang pula makan serabai dua keping.
Padamwah jalan2 ke utara ya makanan di sini sedap semua harga pun ok
BalasPadamIya Kak PI. Jalan-jalan lawat anak-anak terus sambung ke utara.
PadamJenuh jugak ulang alik smpai 3x jambatan pulau pinang tu.. Hihihi...
BalasPadamKak amie lalu jln lama je ke dari penang ke perlis tu?
Tak tahulah jalan lama atau jalan baharu hihihii. Main redah jew.
PadamHappy holiday !! .. hahhh alang² kat Penang terus ke Perlis ..tak jauh mana kan ..
BalasPadamBetul CCL. Tak lama memandu sudah sampai ke Perlis.
PadamKalau boleh semua nak rasa kan tapi tu lah bila tak ramai terpaksa pilih yang mana ter"famous" 😁
BalasPadamKalau beberapa hari di sini mungkin boleh datang beberapa kali. Jadi memang terpaksa pilihlah mana yang terfamous hihihii.
PadamDi sana sebut serabai, di sini pula serabi 😄. Biasa di makan dengan saus gula merah campur durian. Paling terkenal serabi Bandung. Saya paling suka serabi di sana.
BalasPadamOooo serabai dan serabi kuih yang sama rupanya. Makan dua tiga keping pun sudah mengenyangkan. Memang sedap cecah sos gula merah campur durian. Lemak manis dan wangi
Padam