Menjamu Selera Set Kambing Bumbu Padang di Rumah Makan Nasi Talam, Changkat Jering, Taiping

9:48 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.

Sambung cerita 28 Februari 2024 lalu. Selepas melawat Kellie's Castle di Batu Gajah, Perak kami meneruskan perjalanan menghala ke utara. Encik Suami memandu santai-santai saja. Katanya kalau Amie hendak tidur, tidur sajalah. Kita pula memang rasa mengantuk tetapi pada masa yang sama perut rasa lapar mula. Rupanya jam sudah menunjukkan angka 1:30 tengah hari.

Hendak berhenti makan di mana?

Kata Encik Suami, kalau nampak banyak kereta di mana-mana tempat makan, bolehlah berhenti di situ. Banyak kereta menandakan makanan di situ sedap, katanya lagi. Oh, benarkah begitu?

Tidak lama kemudian kami terpandang kedai makan di sebelah kiri jalan. Banyak juga kereta di hadapan tempat makan tersebut. Oleh kerana kereta kami sudah terlajak, jadi Encik Suami letakkan kereta agak jauh sedikit dari tempat makan tadi.

Set Kambing


Inilah tempat makan yang kami hendak singgah. 


Encik Suami letak kereta di tempat makan bersebelahannya. Panas sungguh tengah hari itu.


Kedai makan ini namanya Rumah Makan Nasi Talam. Wah, rezeki hari ini dapat makan set talam. Tuan rumah makan tunjukkan pelbagai pilihan lauk dengan harganya sekali. Jom kita tengok lauk-pauk yang ada di sini. Antaranya termasuklah ikan bakar petai yang nampak sedap belaka.

Ikan Siakap

Ikan Bawal

Ikan Pari

Kambing Bakar

Set Talam Kepala Ikan

Set Talam Sotong

Set Talam Ayam

Set Kambing Bumbu Padang

Setiap set talam boleh dinikmati antara empat hingga lima orang. Firdaus hendak makan kambing bakar. Jadi kami minta satu set kambing nasi talam. Harga satu Set Kambing RM139.90 tetapi kerana kami hanya bertiga, harga yang diberikan RM95.00 sahaja.


Set Kambing mengandungi:
  • Nasi Putih
  • Kambing Bakar Bumbu Padang
  • Ayam Masak Sambal
  • Kerabu Taugeh
  • Asam Pedas Ikan Merah
  • Baby Crab Goreng Tepung
  • Sambal Belacan
  • Ulaman
  • Satu Jug Air Sirap

Kambing Bakar Bumbu Padang

Asam Pedas Ikan Merah

Kerabu Taugeh

Baby Crab Goreng Tepung

Sambal Belacan & Ulaman



Nasi putih

Nasi & Asam Pedas Ikan Merah

Firdaus tidak sabar hendak makan kambing bakar. Kita pula tidak sabar hendak makan nasi dengan asam pedas ikan merah.


Walaupun ada air sirap, kita hendak rasa cendol!


Memang sejuklah tekak apabila bersudu-sudu cendol melintasinya.
Nyaman bah!


Kami mencari tempat duduk di bahagian belakang. 
Tak sabar hendak menjamah hidangan. Maklumlah banyak tenaga dikeluarkan sewaktu mendaki naik turun bangunan Kellie's Castle tiga tingkat itu!
Bismillah.


Sewaktu Encik Suami sedang membayar harga makanan di kaunter, barulah tersedar kami sebenarnya masuk kedai masakan Padang! Padahal ada jew tulisan 'Rumah Makan' dan 'Bumbu Padang' di depan mata! Lapar punya pasal, semuanya tidak nampak! Yang dipandang hanyalah makanan yang terhidang.

Apa pun memang puas hati makan di sini. Firdaus menambah-nambah nasi. Kambing bakar pun habis licin sampai ke minyak-minyaknya Firdaus kerjakan. Daging kambingnya lembut, bumbunya memang meresap dan cukup rasa! Sampai sekarang pun masih terasa-rasa keenakannya!


Setelah perut kenyang, kami pun meneruskan perjalanan.


Encik Suami meneruskan pemanduan ke destinasi yang dituju dan berhenti seketika di R&R Alor Pongsu.







25 comments

  1. Pernah lalu tapi tak singgah. Bila balik Taiping, selalu nya ziarah saudara mara, tak sempat nak JJCM sangat. Nak cari la nanti kedai ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Singgah nanti ye.
      Kami main terjah saja ni. Alhamdulillah ok.

      Padam
  2. banyak pilihan set menu tu sure rambang mana 1 nk mkn kan

    BalasPadam
  3. Sedap menu dalam set talam tu.
    Kena pulak tiba waktu makan dan perut tengah lapar.

    BalasPadam
  4. Dah lama tak makan makanan dihidang dalam talam. Mesti rambang mata masa pilih lauk tu kan Kak Amie. Kalau saya mesti nak try ikan bakarnya sebab nampak menarik.

    BalasPadam
  5. penat jalan jauh singgah makan hidang dlm talam lagi sedap nmpk menu

    BalasPadam
  6. Ana ada juga beberapa kali lalu lintas di kwsn tmpt mkn ni tp blm berkesempatan nak singgah.. nti kena try hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti boleh singgah sini. Macam-macam pilihan lauknya.

      Padam
  7. Sedap nampaknya 👍
    Baca pula post Akk tengahari² ni, lapar !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Memang sedap makan di sini.

      Padam
  8. Terjojol mata tengok yang set sotong tu kak, besar sungguh.

    BalasPadam
  9. Terliur SA tengok entry ni kak...set talam sotong tu..ya allah besar betul sotongnya...tapi memang berbaloi la dengan harga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun terkejut tengok sotong besar gedabaq duduk atas talam tu.

      Padam
  10. Rasanya ni la Rumah Talam yang pernah diceritakan Blogger Nur Kait & Lari. Dua kali sy merancang ke sini tapi tak jadi sebab setiap kali harinya ialah hari Rumah Talam bercuti.

    BalasPadam
  11. Rumah makan nasi talam... Uishh menarik nya sungguh lauk pauk kampung tu... Tak pernah sampai lagi ni.. insyallah kita simpan dal bucket list siap2 :D

    BalasPadam
  12. Benar bagai dikata, kalau kedai tu ramai mesti sedap. Menu dia buat kita telan air liur, lagi lagi bila tengah lapar kan. Banyak pilihan lauk, siap ada diskaun lagi tu. Okay sangat kalau singgah makan kat sini.

    BalasPadam
  13. Walaupun kampung suami di Taiping, linda belum pernah berkesempatan ke rumah talam lagi...

    BalasPadam
  14. Astagaaaaa, banyaaak sangat porsi dia ya kak 😍😍😍. Saya pikir tadi hanya kambing tuh saja, ternyata semua lauk dalam dalam itu yaaa 😅. Memang hrs ramai yg makan 🤣.

    Tapi terlihat sedaap memang. Beuugh, terliur pula saya. Cuma kalo di daerah begini, saya agak susah nak datangi. Krn hrs sewa mobil. Tak mungkin pesan grab hanya nak kesana 🤣🤣

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe