Makan Goreng-Gorengan di Sri Penarik Celop Tepong
3:01 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hujan turun ketika kami dalam perjalanan dari Pasir Putih menuju ke Terengganu. Tujuan kami untuk sampai ke Kuala Terengganu dan daftar masuk Hotel Seri Malaysia. Dalam perjalanan tersebut terpandang banyak gerai di tepi pantai di Daerah Setiu. Apabila diamat-amati rupa-rupanya kebanyak gerai menjual goreng-goreng makanan laut celup tepung!
Udang & Ketam Celup Tepung |
Suasana selepas hujan apabila tiba di sempadan Terengganu.
Pantai Penarik, Setiu.
Ku Celup Tepung |
Satu demi satu gerai celup tepung kami tinggalkan.
Keropok Lekor Banyok Ikan |
Keropok Lekor & Keropok Keping |
Celup Tepung Cikgu |
Celup Tepung & Keropok Wan Su |
Oleh kerana ini merupakan kali pertama kami sampai di sini, Amie beritahu Encik Suami eloklah singgah di mana-mana gerai. Takut nanti, makin jalan ke depan tidak ada lagi gerai celup tepung.... ahaks!
Maka kami pun singgah di gerai Sri Penarik Celop Tepong. Ketika ini jam menunjukkan angka 1:15 petang. Perut pun tidaklah rasa lapar lagi sebab sudah makan tengah hari di Pasir Puteh. Kalau hendak makan pun bolehlah pilih yang ringan-ringan sahaja.
Ikan Selayang Celup Tepung |
Nampaknya tidak putus-putus pekerja di situ menggoreng pelbagai jenis makanan laut seperti ikan, udang, sotong, ketam dan keropok lekor. Goreng-gorengan ditambah dari semasa ke semasa ke dalam dulang.
Ikan Kembung Celup Tepung |
Sotong Goreng Celup Tepung - RM28.00 |
Kami beli goreng-gorengan celup tepung:
- 10 ekor udang
- 2 ekor ketam
- 1 ekor sotong
- 1 piring keropok lekor
Minuman:
- ABC Pelanagi
- Coconut Shake
- Teh Ais
- Cendol
Beli air lebih sebab rasa sangat panas. Angin laut yang bertiup tidak dapat mengurangkan rasa panas di tepi Pantai Penarik! Perut penuh dengan minuman, bukannya gorengan.
Udang & Ketam |
Yeaayy... dapat ketam betina! Ada telur di dalamnya.
Keropok Lekor - Sepiring RM5.00. Hendak beli, barulah digoreng.
Keropok Lekor |
Kami memilih meja makan berhampiran pantai.
Firdaus tidak sabar hendak makan goreng-gorengan.
Katanya hendak makan sotong. Sotongnya tidaklah besar. Banyak serdaknya saja. Dengan harga RM28.00 Firdaus saja yang makan .... ahaks!
Kita memang sudah nampak telur ketam jadi awal-awal lagi bahagian itu tak boleh orang lain kacau!
Jadinya, meratah sajalah kerja kami di sini sambil minum sepuas-puasnya.
ABC Pelangi penuh warna-warni ini manis sangat. Terpaksalah kami minta air kosong untuk bagi cair dan kurangkan manisnya yang teramat sangat itu.
coconut Shake |
Cendol |
Cuaca yang panas terik menyebabkan tekak hendak merasa yang sejuk-sejuk saja. Selera pula rasa tamak, kalau boleh hendak minum macam-macam jenis minuman.
Alhamdulillah. Puaslah meratah gorengan celup tepung di Sri Penarik Celop Tepong. Pukul 02:06 petang kami tinggalkan Pantai Penarik dan teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Sebelum mata terlelap di sebelah pemandu, sempatlah rakam beberapa gambar pemandangan di kiri dan depan jalan.
19 comments
entah bila nak sampai ke terengganu lagi
BalasPadamIn syaa Allah ada kesempatan boleh sampai sini lagi.
PadamAlaa Daus... cukupkan lah 30 ringgit!
BalasPadamHahahaaa... cukupkan RM30 dapat serdak tambahan sajalah Uncle.
Padamwah sedapnya
BalasPadamdiakhiri dengan es yang seger sekali
Benar.
PadamEsnya manis sekali.
Udang dgn sotong celup tepung .. dua ni wajib pekena kalau lalu sini .. byk nyer tmpt makan ..rambang mata tak tau nak berhenti yg mana kan hahaha
BalasPadamBetul tu. Sudah banyak sangat gerai yang dilewati, takut hendak terus ke depan, tak ada gerai lagi. Eloklah singgah saja di sini.
PadamWalau baru lepas lunch tapi kena rasa juga goreng-gorengan celup tepung tu.
BalasPadamNanti teringat-ingat pula.
Kudap-kudaplah kononnya di sini kan Faizah.
PadamKe Terengganu wajib la cuba segala celup tepungnya kak, mahal jugak sotongnya tu saiznya tak la besar sangat. Tapi ikut jugak kadang saiz besar lagi sotongnya tu. Cuma bila semua makanan segar kita pun rasa sedap je walaupun harga sedikit mahal
BalasPadamSotong jew yang paling mahal. Memang nampak kecil kan Dana, tapi ditambah dengan serdaknya yang banyak tu.
PadamBest makan ICT kat Setiu sebab kebanyakannya dibina di tepi laut.
BalasPadamGerai ICT sepanjang pantai, memang meriah sangat.
PadamKalo celup tepung ini totalnya habis berapa kak? 😍😍😍. Ini pun dah lama msh dalam bucket list saya. Krn saya nak puas2kan makan keropok Lekor kalo ke Terengganu ❤️❤️❤️
BalasPadamEntah di mana resitnya, hanya ditulis tangan. Kak Amie tulis berpandukan nota dalam HP. Yang tertulis hanya:
PadamKetam 1 ekor RM7.00
Sotong 1 ekor RM28.00
Udang 10 ekor RM10.00
Keropok Lekor RM5.00
Total - RM50.00 tidak termasuk minuman. Harga minuman Kak Amie tidak ingat. Tapi Encik Suami kata semua sekali gorengan dan minuman dalam RM96.00./
Ooppps... ketam itu 2 ekor RM14.00.
Padamok jugak harganya tu Kak Amie...x sabar la SA ni nak teroka area sana plak...JB pun x habis teroka lagi...
BalasPadamlast ammi ke ganu 2018 kalau tak silap. masa tu arwah ayah mentua pun ada sekali.
BalasPadam