Bismillahirrahmanirrahim.
Seawal pukul lapan pagi kami sudah meninggalkan Hotel Seri Malaysia untuk mencari sarapan. Sewaktu meninjau-ninjau tempat sarapan, Pak Google tunjukkan Nasi Dagang Atas Tol. Rupanya banyak cawangan Nasi Dagang Atas Tol. Pak Google berikan kami alamat Nasi Dagang Atas Tol di Jalan Masjid Abidin.
Pertama kali makan nasi dagang Terengganu kira-kira 30 tahun lalu ketika ikut rombongan sekolah jelajah Pahang, Terengganu dan Kelantan. Ketika itu harga sebungkus nasi dagang hanya 50 sen sehaja! Itu pun sudah cukup mengenyangkan seolah-olah makan tengah hari! Padahal nasi dagang itu dijual waktu pagi untuk sarapan.
Ketika kami sampai, kelihatan pelanggan sedang beratur panjang. Alamak! Kalau kena beratur begini, rasanya tak sanggup untuk menunggu. Sedangkan selama ini hanya baca cerita rakan-rakan blogger tentang Nasi Dagang Atas Tol, dan sekarang apabila sudah ada di depan mata, rupanya kena berbaris pula!
Kita tengoklah dulu, lama atau tidak dalam barisan. Kalau rasanya tak sanggup berdiri lama, cari sahajalah tempat sarapan lain. Ketika ini jam menunjukkan pukul 8:13 minit pagi.
Pelanggan sedang beratur dalam dua barisan. Entah barisan mana kami hendak masuk. Baiklah berbaris dalam barisan pendek supaya tidak terlalu lama menunggu.
Dalam perjalanan mencari Nasi Dagang Atas Tol, sempat tangkap gambar pemandangan Kuala Terengganu dari dalam kereta.
Selepas letak kereta, kami berjalan kaki menuju ke Nasi Dagang Atas Tol.
Identiti Negeri Terengganu Darul Iman dapat dilihat menerusi pelbagai paparan gambar mural terutamanya penyu!
Kedai makan bersebelahan dengan Nasi dagang Atas Tol.
Maka berbarislah kami di sini.
Tempat makan di dalam sudah dipenuhi pelanggan sehingga ada yang makan di luar.
Video suasana di Nasi Dagang Atas Tol.
Setelah lapan minit beratur, barulah dapat sampai ke pintu masuk.
Rupanya dua barisan tadi, satu barisan untuk yang beli bungkus, dan satu barisan lagi untuk yang makan di sini. Kebetulannya kami berbaris di barisan untuk makan! Tak dapat bayangkan kalau masuk barisan yang panjang, sudah tentu terpaksa beratur dari belakang semula di barisan lagi satu.
PERHATIAN - SEBELUM ANDA MENGAMBIL MAKANAN DAN MINUMAN SILA PASTIKAN ANDA MENDAPAT MEJA TERLEBIH DAHULU.
Laaaa.... begitu pulak ke?
Cepat-cepat kita suruh Encik Suami cari meja kosong. Firdaus temankan kita di kaunter pembelian. Dalam keadaan begini, macam kelam-kabut pula hendak memilih menu makanan. Pelayan bahagian minuman pula bergerak dari meja ke meja untuk mengambil pesanan. Tak tahulah apa yang Encik Suami pesan dari mejanya.
Para pekerja kelihatan sibuk mengisi makanan di dalam pinggan.
Yang panjang-panjang putih itu mungkin laksa. Ada macam pulut kuning. Ada seperti nasi minyak. Kita hanya fokus nasi dagang sahaja.
Nampak keropok lekor panas-panas, belilah satu piring buat teman nasi dagang.
Sambil menunggu pelayan menyiapkan nasi dagang yang kita beli, sempat tangkap gambar para pelanggan yang setia beratur di luar.
Minuman warna coklat berbuih itu ialah Tea Peng Ombak Rindu dan yang berbuih warna hijau itu Tea Peng Hulk. Kita hendak beli, tapi nampak sudah ada pelayan bawa minuman ke meja tempat Encik Suami duduk. Jadi, tak jadilah memesan Tea Peng Ombak Rindu.
Ini dia Nasi Dagang Atas Tol yang kita beli. Dalam sepinggan nasi dagang, dibubuh isi ikan tongkol tanpa kuah dan acar. Kuahnya diletak berasingan dalam mangkuk lain.
Firdaus memilih Nasi Dagang Ayam Berempah.
Ada perbezaan nasi dagang yang pernah Amie makan dahulu dengan Nasi Dagang Atas Tol. Salah satunya, Nasi Dagang Atas Tol kelihatan lebih panjang, mungkin beras bashmati. Keduanya, dari segi rasa, lemaknya kurang menyerlah berbanding nasi dagang beras biasa yang dicampur dengan pulut atau juga nasi dagang yang menggunakan beras wangi.
Keropok Lekor RM5.00.
Bismillah.
Nasi Dagang Atas Tol |
Kopi untuk yang kena bersengkang mata memandu di jalan raya!
Sarapan di Nasi Dagang Atas Tol:
- 2 Nasi Dagang Ikan & Telur Rebus
- 1 Nasi Dagang Ayam Goreng Berempah
- 1 Keropok Lekor
- 2 Kopi O
- 1 Teh Ais
Jumlah : RM30.50.
Sebelum meninggalkan Nasi Dagang Atas Tol, sempat rakam suasana dalam restoran. Nampaknya pelanggan NDAT ini bukan setakat orang Melayu sahaja tetapi orang Cina pun menjamu selera di sini juga.
Pelanggan datang bertali arus, tidak putus-putus.
Encik Suami kata, eloklah segera keluar dari sini. Kesian pula melihat ramai pelanggan menunggu meja dikosongkan.
Kami sampai di sini pada pukul 8:13 pagi.
Dapat beli makanan pada pukul 8: 25 pagi.
Kami tinggalkan NDAT pada pukul 8:59 pagi.
Okey jugalah kan.
Tidaklah terlalu lama beratur.
Dan, pelayan di NDAT sangat pantas buat kerja.
Alhamdulillah tak lama beratur walaupun ramai.
BalasPadamAntara yang saya rindu nak mkn di Terengganu...NDAT dan Fauzi Nasi Kerabu.
Memang nak kena JJCM sokmo ni Ujie.
PadamKak Amie, ikannya banyak tu aje ke..nampak sikit aje portionnya kak
BalasPadamYa, semuanya saiz begitu. Tapi cukup kenyang juga tu untuk sarapan.
PadamSaya pun sarapan di sini pagi tadi. Tapi saya makan laksam!
BalasPadamSaya sempat makan nasi dagang saja. In syaa Allah pada masa yang lain boleh cuba menu yang lain pula.
PadamAlhamdulillah macam macam makanan ada. Sedap bettul
BalasPadamAlhamdulillah. Banyak juga pilihannya.
Padamtengok entry kak amie baru teringat saya belum masukkan entry NDAT 3bulan lepas...
BalasPadamMasih boleh dibuat entri tu Afzan. NDAT Kak Amie ni lagi lama, 04 Mac 2024 punya cerita hihihii.
PadamAlhamdulillah tak tunggu lama. Kami tak pernah ke NDAT walaupun duduk Terengganu 13 tahun. Moga dapat merasa nanti.
BalasPadamIn syaa Allah, moga ada rezeki merasa NDAT.
PadamUishhh beratuq org ramai.. power nasi daging dia ni.. insyallah boleh terjah sini kalau ke Terengganu nanti.. :D
BalasPadamKalau tak mahu beratur panjang, katanya kena datang awal.
PadamBeratur nampak panjang tapi tak ambil masa lama. Kira okay lah tuuuu.
BalasPadamAlhamdulillah, penyediaannya pun cepat dan pantas. Cuma kena cari meja sendirilah.
PadamAlaaa sedapnya NDAT, teringin nak pergi lagi.
BalasPadamMujur tak lama beraturnya tu.
Mula-mula macam tak yakin jew boleh cepat sampai ke kaunter, tapi kira okey sangatlah. Pelanggan ramai tapi taklah lama menunggu.
PadamSy surrender awal NDAT ni, Kak Amie. Kalau nak makan nasi dagang, kena makan kat Johor jer la, hihi.
BalasPadamBetul SK. Saya pun bukan jenis yang suka menunggu. Tapi dah tersampai sini, beratur sajalah. Mujur tak lama sangat.
PadamJadi sebenarnya nasi dagang ini tidak benar2 terletak di atas jalan tol ya kak?saya pikir posisi dia memang di atas jalan tol, makanya disebut begitu ðŸ¤ðŸ˜„.
BalasPadamAahhhh nampak sedap. Tp Krn tak suka tongkol, saya pun akan memilih ayam seperti firdaus ðŸ¤.
Cuma kalo keropok Lekor, dan pasti pesan 2 porsi rasanyaaaa hahahaha. Suka sangaaat