Rasulullah S.A.W. tidak pernah mencela pada sesuatu makanan. Jikalau baginda berselera pada makanan itu baginda akan memakannya dan jikalau tidak menyukainya, maka baginda tinggalkan tanpa berkata apa-apa.”
Naik Beca Roda Tiga Hingga ke Senja
8:36 PTG
Bismillahirrahmanirrahim.
George Town merupakan bandar raya ketiga terbesar di negara kita selepas Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Tentulah banyak tempat menarik dan bersejarah terdapat di sini. kalau hendak meronda banyak tempat, kenalah beberapa hari berada di sini. Kami hanya singgah sebentar sahaja, menginap satu malam dan esoknya akan bergerak ke tempat lain pula.
Untuk menghabiskan waktu petang, kami jalan-jalan di sekitar tetapi dengan menaiki beca roda tiga. kami dikenakan bayaran sebanyak RM30.00 untuk perkhidmatan selama 20 minit bersiar-siar di sekitar bandar.
Beca Roda Tiga
Sebelum naik beca roda tiga, kami jalan kaki sahaja menyusuri lorong-lorong, melihat pelbagai gerai jualan dan bangunan lama.
Inilah model cilik yang jadi mangsa untuk diambil gambar... ahaks!
Sibuk ambil gambar di sana sini, akhirnya ternampak barisan beca roda tiga. Encik Suami ajak naik. Jadi, tak perlulah berjalan kaki lagi. Ambil gambar saja dari tempat duduk beca roda tiga.
Ambil gambar sahajalah apa yang ada di depan mata. Namanya pun bersiar-siar di waktu petang, dan bukannya membuat lawatan untuk memasuki mana-mana tempat atau pameran.
Bagi peminat sejarah sudah tentu tidak sabar-sabar untuk menyingkap cerita silam berkaitan dengan warisan kolonial yang kaya dengan budaya dan seni bina yang unik.
Pulau Pinang sekali lagi memperoleh pengiktirafan antarabangsa apabila media berpengaruh di India, Times of India menamakan bandar raya ini sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) terbaik di Asia.
Pengayuh beca roda tiga membawa kami memasuki lorong-lorong yang dipenuhi dengan bangunan lama di kiri kanan jalan.
Setelah hampir 20 minit menaiki beca roda tiga, kami bergegas pulang ke Spices Hotel. Senja sudah menjelma. Mungkin Fuad juga sedang bersiap-siap di Summer Place kerana janjinya selepas solat maghrib akan datang ambil kami di hotel.
ehh.. lorong antara binaan tu macam di Melaka juga. Bersih dan terjaga. Belum berkesempatan untuk berjalan-jalan di sekitar Georgetown. Datang untuk cari nasi kandar je.
Seronoknya JJCM Penang. Umur Firdaus memang umur kena jadi model. Besar sikit, macam anak2 ni, tak dilayan nya kita haha. Tapi kena paksa jugak kadang tu.
Kalau jenjalan Penang kita kene santai je kak, tak boleh nak kalut kalau tak kurang nikmat. Kena jln slow-slow layan pemandangan cantik n mural yang pelbagai
12 comments
dah macam Melaka pula tengok Georgetown nih, lama kak ana tak ke Penang ..
BalasPadamSeronok nampak nya bersiar2 sambil menaiki beca
BalasPadamehh.. lorong antara binaan tu macam di Melaka juga.
BalasPadamBersih dan terjaga.
Belum berkesempatan untuk berjalan-jalan di sekitar Georgetown.
Datang untuk cari nasi kandar je.
Ingatkan di Melaka, rupa2nya di Georgetown 😅
BalasPadamSeronoknya JJCM Penang. Umur Firdaus memang umur kena jadi model. Besar sikit, macam anak2 ni, tak dilayan nya kita haha. Tapi kena paksa jugak kadang tu.
BalasPadamKalau jenjalan Penang kita kene santai je kak, tak boleh nak kalut kalau tak kurang nikmat. Kena jln slow-slow layan pemandangan cantik n mural yang pelbagai
BalasPadamMenarik juga berjalan-jalan macam ni. Santai ajer. Cantik pula bila banyak bergantungan je tanglung tu.
BalasPadamMeriah bandar Georgetown ni tak kira siang malam ..vibes² dia tu CCL suka .lagi-lagi tengok reka bentuk di setiap bangunan tu . Unik !!
BalasPadamCantik pemandangan dengan tanglung bergantungan tu...
BalasPadamSA x pernah explore Penang lagi so far, pergi pun certain2 place je...nanti nak pi jugak la...Anniversary awal bulan depan nak pi Kuantan...
BalasPadamSaya menginap di Armenian street heritage hotel itu kak 😄. Jadi melihat foto2 ini macam Dejavu, ingat trip dengan family July lalu 😍
BalasPadamSaya menginap di Armenian street heritage hotel itu kak 😄. Jadi melihat foto2 ini macam Dejavu, ingat trip dengan family July lalu 😍
BalasPadam