Hiasan Dalaman Menarik di Spices Hotel, George Town
10:01 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sambung lagi cerita yang belum selesai.
Kalau sudah menziarahi Abang Farid di Perak, haruslah juga melawat anakanda Fuad di Pulau Pinang. Selepas makan di sini : Menjamu Selera Set Kambing Bumbu Padang di Rumah Makan Nasi Talam, Changkat Jering, Taiping dan singgah sebentar di R&R Alor Pongsu, Encik Suami terus memandu ke George Town. Lebih kurang pukul empat petang kami sampai ke destinasi iaitu Spices Hotel yang terletak di 5, Lorong Lumut, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang. Penginapan bertaraf tiga bintang ini menawarkan harga RM178.49 untuk deluxe room selama untuk dua hari satu malam.
Lokasi Spice Hotel ini agak tersorok, jadi berpusinglah beberapa kali untuk sampai ke sini. Maklumlah tidak biasa dengan jalan di sekitar, dan mata pun tidak dapat melihat dengan jelas papan tanda Spices Hotel. Apabila sudah jumpa, rasa lega yang teramat sangat!
Spices Hotel |
Spices Hotel bukanlah terdiri dari sebuah bangunan besar di tengah-tengah bandar. Papan tandanya pun bersaiz kecil sahaja dan kalau tidak diperhatikan betul-betul memang akan terlepas pandanglah. Itu sebabnya walaupun WAZE sudah kata destinasi sudah sampai, tapi tetap juga tidak nampak lokasinya!
Encik Suami letak kereta di hadapan pintu Spices Hotel.
Ini dia pintu masuk ke Spices Hotel.
Kita bayangkan sebaik sahaja tolak pintu masuk, maka akan terbaulah aroma rempah sebagaimana namanya ... ahaks! Nampaknya kehadiran kami tidak disambut dengan bau rempah-rempahan, tetapi dengan senyuman manis seorang wanita yang bertugas di kaunter.
Hilang rasa letih mengharung perjalanan dari Perak ke Pulau Pinang setelah menjengah masuk ke sini. Kasut kena buka dan tinggalkan di sini. Tak boleh bawa masuk ke bilik. Walaupun ruangannya agak terhad, tetapi hiasan dalamannya nampak sangat menarik, tenang, sejuk dan nyaman.
Sebagai tetamu, sudah tentulah kita berasa kedatangan kita dialu-alukan apabila melihat keadaan seperti gambar di atas dan di bawah ini.
Talam kecil berisi lapan cengkerang ini kelihatan sangat unik. Di tengah-tengahnya pula ada bekas berisi sedikit rempah dan kulit kayu manis. Terfikir pula mengapa cengkerang yang lapan itu tidak diisi apa-apa. Rupanya apabila kita tanya Pak Google, ditunjukkanlah rempah-rempah yang pernah diisi dalam bekas tersebut seperti di bawah.
Makwe dan Pakwe ambil kesempatan bergambar kenangan di sini.
Firdaus pula tak segan silu terus baring atas buaian!
Mari kita seret beg bawa masuk bilik.
Ini lorong menuju ke bilik kami. Di hujung sana ada tangga untuk naik ke tingkat atas. Kami dapat bilik di tingkat bawah.
Ada buku dan majalah tersusun di tepi lorong ini.
Inilah bilik kami.
Ruang untuk solat pun luas.
Rasa hendak tidur saja ketika ini!
Tandasnya kemas dan bersih.
Encik Suami pula tidak lepaskan peluang bancuh secawan kopi.
Tangga ke loteng. |
Selepas solat jamak takhir, berehat dan minum kopi kami keluar dari bilik untuk melihat suasana sekitar.
Suasana di luar Spices Hotel.
Kami berjalan kaki sahaja untuk jalan-jalan ambil angin petang. Jarak perjalanan ke tempat-tempat menarik dari Spices Hotel sangatlah dekat:
- George Town World Heritage - 40 meter
- Masjid Lebuh Acheh - 50 meter
- Masjid Acheh St - 50 meter
- Armenian Park - 70 meter
- Muzium Islam Pulau Pinang - 90 meter
- Muzium Kamera Asia - 130 meter
- Ghost Museum - 160 meter
- Rumah Agam Syed Al-Attas - 170 meter
- Museum Sun Yat Sen - 110 meter
- Teochew Puppet and Opera House
Sebenarnya kami belum puas jelajah Pulau Pinang. Sayangnya penghujung bulan Ogos ini Fuad akan berpindah tempat tugas di Selangor pula. Entah bila lagi boleh ronda-ronda di Pulau Mutiara ini lagi. Kalau Fuad masih di sini, tentulah jadi alasan kami untuk selalu melawatnya! Itulah yang dinamakan perjalanan hidup. Tak semua yang dirancang akan berjalan seperti yang diharapkan. Apa pun, Alhamdulillah dapat jugalah kami jejak Pulau Pinang sebanyak tiga kali sepanjang Fuad bekerja di Jelutong.
25 comments
Best la suasana hotel ni, macam kat obersea plak.
BalasPadamComel je si kecik Firdaus tu berposing2.
Memang best sebab dapat melihat suasana yang berbeza berbanding hotel biasa.
Padammenarik betul hotel ni kak amie, cantik interior dia..ootd bergambar kat sini best ni
BalasPadamKalau pandai ambil gambar memang banyaklah sudut yang boleh disasarkan.
PadamMenarik
BalasPadamBetul Wak.
Padamnice
BalasPadamYuuppp!
PadamCantik hotelnya, hiasan hotel banyak menggunakan perabot kayu belian. Saya perasan di Pulau Pinang hotel2 butik cantik2 dan harga pun berpatutan.
BalasPadamNampak klasik kan. Harganya memang berpatutan.
PadamSuasananya macam menginap di rumah. Santai dan seronok gini.
BalasPadamSaya menetap di Penang lebih 3 tahun, pun masih belum sempat jelajah seluruh Penang. Sempat jalan-jalan di George Town semasa musim pandemik. Lepas tu rasa malas nak pergi sebab sesak 😅
Setuju Ujie. Memang sesak. Nak sampai ke tempat makan pun memakan masa.
PadamKadang teringin jugak nak menginap di hotel klasik begini tapi Pak Inche kita mesti risaukan tempat meletak kereta, hihi.
BalasPadamPakwe kita pun selalu bising pasal tempat letak kereta. Bab pilih penginapan ni memang kita punya kerja dan Abang Farid pula tukang booking. Sabaar sajalah Encik Suami ye hihihiii.
PadamMenarik deko2 dia
BalasPadamKan. Nampak klasik dan tenang.
Padamcantik interiornya amie, esthetic sangat kan :)
BalasPadamBetul tu AJ.
Padammenariknya ID hotel spice ni... saya suka hotel konsep macam ni.
BalasPadamSedap mata memandang kan MY.
PadamSpicy tu bukan sekadar nama tapi betul ada spicy nya.. apa pun menarik sungguh hotel ini.. :D
BalasPadamMemang nampak tersorok sikit. Tapi hotelnya boleh tahan juga menarik. Suka buaian tu. Kemain syok Daus baring di situ ye. Jarang ada hotel kena buka kasut di lobby. Kalau jenis orang luar yang tak biasa buka kasut tu mesti kurang senang. Lepas ni Fuad dekat dengan kampung lah pula di Selangor.
BalasPadamSeronoknya hotel nie... Boleh masuk dalam list juga... Sebab linda selalu berangan nak bercuti di penang.. Dn boleh berjalan2 kaki ke sekitar2 nya...
BalasPadamCantiknya spices hotel . Unik betul reka bentuk dan decorations yang ada dalam hotel ni .. nanti turun penang boleh cuba laa tidur di sini
BalasPadamYa Allah tak jauh dari hotel yg saya inapi July kemarin ternyataaa. Tp saya tak nampak juga hotel ini. Memang plang nama nya pun kecil ya kak 😅.
BalasPadamTapi cantiiiik saya suka. Unik juga hrs lepas sepatu saat masuk 😄👍.bagi saya Penang memang second home. Jadi selalu saya usahakan untuk balik ke sana setiap tahun. Sampai dah buat plan, anak2 akan saya sekolahkan di sana kalo kuliah 😄