Bismillahirrahmanirrahim.
Sambung cerita 28 Februari 2024 lalu. Selepas melawat Kellie's Castle di Batu Gajah, Perak kami meneruskan perjalanan menghala ke utara. Encik Suami memandu santai-santai saja. Katanya kalau Amie hendak tidur, tidur sajalah. Kita pula memang rasa mengantuk tetapi pada masa yang sama perut rasa lapar mula. Rupanya jam sudah menunjukkan angka 1:30 tengah hari.
Hendak berhenti makan di mana?
Kata Encik Suami, kalau nampak banyak kereta di mana-mana tempat makan, bolehlah berhenti di situ. Banyak kereta menandakan makanan di situ sedap, katanya lagi. Oh, benarkah begitu?
Tidak lama kemudian kami terpandang kedai makan di sebelah kiri jalan. Banyak juga kereta di hadapan tempat makan tersebut. Oleh kerana kereta kami sudah terlajak, jadi Encik Suami letakkan kereta agak jauh sedikit dari tempat makan tadi.
Set Kambing |
Inilah tempat makan yang kami hendak singgah.
Encik Suami letak kereta di tempat makan bersebelahannya. Panas sungguh tengah hari itu.
Kedai makan ini namanya Rumah Makan Nasi Talam. Wah, rezeki hari ini dapat makan set talam. Tuan rumah makan tunjukkan pelbagai pilihan lauk dengan harganya sekali. Jom kita tengok lauk-pauk yang ada di sini. Antaranya termasuklah ikan bakar petai yang nampak sedap belaka.
Ikan Siakap |
Ikan Bawal |
Kambing Bakar |
Set Talam Kepala Ikan |
Set Talam Sotong |
Set Talam Ayam |
Set Kambing Bumbu Padang |
Setiap set talam boleh dinikmati antara empat hingga lima orang. Firdaus hendak makan kambing bakar. Jadi kami minta satu set kambing nasi talam. Harga satu Set Kambing RM139.90 tetapi kerana kami hanya bertiga, harga yang diberikan RM95.00 sahaja.
Set Kambing mengandungi:
- Nasi Putih
- Kambing Bakar Bumbu Padang
- Ayam Masak Sambal
- Kerabu Taugeh
- Asam Pedas Ikan Merah
- Baby Crab Goreng Tepung
- Sambal Belacan
- Ulaman
- Satu Jug Air Sirap
Kambing Bakar Bumbu Padang |
Asam Pedas Ikan Merah |
Kerabu Taugeh |
Baby Crab Goreng Tepung |
Sambal Belacan & Ulaman |
Nasi putih |
Nasi & Asam Pedas Ikan Merah |
Firdaus tidak sabar hendak makan kambing bakar. Kita pula tidak sabar hendak makan nasi dengan asam pedas ikan merah.
Walaupun ada air sirap, kita hendak rasa cendol!
Memang sejuklah tekak apabila bersudu-sudu cendol melintasinya.
Nyaman bah!
Kami mencari tempat duduk di bahagian belakang.
Tak sabar hendak menjamah hidangan. Maklumlah banyak tenaga dikeluarkan sewaktu mendaki naik turun bangunan Kellie's Castle tiga tingkat itu!
Bismillah.
Sewaktu Encik Suami sedang membayar harga makanan di kaunter, barulah tersedar kami sebenarnya masuk kedai masakan Padang! Padahal ada jew tulisan 'Rumah Makan' dan 'Bumbu Padang' di depan mata! Lapar punya pasal, semuanya tidak nampak! Yang dipandang hanyalah makanan yang terhidang.
Apa pun memang puas hati makan di sini. Firdaus menambah-nambah nasi. Kambing bakar pun habis licin sampai ke minyak-minyaknya Firdaus kerjakan. Daging kambingnya lembut, bumbunya memang meresap dan cukup rasa! Sampai sekarang pun masih terasa-rasa keenakannya!
Setelah perut kenyang, kami pun meneruskan perjalanan.
Encik Suami meneruskan pemanduan ke destinasi yang dituju dan berhenti seketika di R&R Alor Pongsu.
Pernah lalu tapi tak singgah. Bila balik Taiping, selalu nya ziarah saudara mara, tak sempat nak JJCM sangat. Nak cari la nanti kedai ni.
BalasPadamSinggah nanti ye.
PadamKami main terjah saja ni. Alhamdulillah ok.
banyak pilihan set menu tu sure rambang mana 1 nk mkn kan
BalasPadamBetul. Tapi set kambing memang best!
PadamSedap menu dalam set talam tu.
BalasPadamKena pulak tiba waktu makan dan perut tengah lapar.
Banyak pula lauk-pauknya kan.
PadamDah lama tak makan makanan dihidang dalam talam. Mesti rambang mata masa pilih lauk tu kan Kak Amie. Kalau saya mesti nak try ikan bakarnya sebab nampak menarik.
BalasPadamYa, ikan bakarnya pun nampak sedap.
Padampenat jalan jauh singgah makan hidang dlm talam lagi sedap nmpk menu
BalasPadamBetul Kak PI. Puas hati.
PadamAna ada juga beberapa kali lalu lintas di kwsn tmpt mkn ni tp blm berkesempatan nak singgah.. nti kena try hehe
BalasPadamNanti boleh singgah sini. Macam-macam pilihan lauknya.
PadamSedap nampaknya 👍
BalasPadamBaca pula post Akk tengahari² ni, lapar !
Alhamdulillah. Memang sedap makan di sini.
PadamTerjojol mata tengok yang set sotong tu kak, besar sungguh.
BalasPadamBesar betul kan sotong tu.
PadamTerliur SA tengok entry ni kak...set talam sotong tu..ya allah besar betul sotongnya...tapi memang berbaloi la dengan harga...
BalasPadamSaya pun terkejut tengok sotong besar gedabaq duduk atas talam tu.
PadamRasanya ni la Rumah Talam yang pernah diceritakan Blogger Nur Kait & Lari. Dua kali sy merancang ke sini tapi tak jadi sebab setiap kali harinya ialah hari Rumah Talam bercuti.
BalasPadamYa, betul tu. Nur pernah makan di sini.
PadamRumah makan nasi talam... Uishh menarik nya sungguh lauk pauk kampung tu... Tak pernah sampai lagi ni.. insyallah kita simpan dal bucket list siap2 :D
BalasPadamBenar bagai dikata, kalau kedai tu ramai mesti sedap. Menu dia buat kita telan air liur, lagi lagi bila tengah lapar kan. Banyak pilihan lauk, siap ada diskaun lagi tu. Okay sangat kalau singgah makan kat sini.
BalasPadamWalaupun kampung suami di Taiping, linda belum pernah berkesempatan ke rumah talam lagi...
BalasPadamSemua menyelerkan ..
BalasPadamAstagaaaaa, banyaaak sangat porsi dia ya kak 😍😍😍. Saya pikir tadi hanya kambing tuh saja, ternyata semua lauk dalam dalam itu yaaa 😅. Memang hrs ramai yg makan 🤣.
BalasPadamTapi terlihat sedaap memang. Beuugh, terliur pula saya. Cuma kalo di daerah begini, saya agak susah nak datangi. Krn hrs sewa mobil. Tak mungkin pesan grab hanya nak kesana 🤣🤣