Bismillahirrahmanirrahaim.
Beberapa minit ke pukul tiga petang kami sampai di Padang Besar. Perut pun bukan kepalang keroncongnya. Jadi, sebelum kami daftar masuk tempat penginapan kami cadang untuk cari tempat makan dulu. Setelah dua tiga kali tawaf akhirnya jumpalah tempat penginapan kami dan Encik Suami letak kereta di situ. Kemudian kami jalan kaki ke belakang sedikit dan terjumpalah Naina Tomyam yang terletak di 12, Lorong 4 Gapura Square, Padang Besar, Perlis. Tidak toleh kiri kanan atau tempat makan lain, kami redah masuk saja ke sini.
Ada pelbagai makanan pilihan termasuk makanan yang dihidang dalam bentuk set. Kami memilih Set B:
- Nasi Putih
- Siakap Stim
- Tomyam Campur
- Ayam Daun Limau
- Telur Dadar
- Udang Goreng Tepung
Minuman harga lain:
- Teh Ais
- Sirap Limau
- Limau Kasturi Ais
Set B : RM90.00 Kami minta tiga pinggan nasi sahaja tetapi tetap juga diberi empat mengikut set asal. |
Inilah Restoran Naina Tomyam.
Walaupun main terjah masuk tetapi syukur Alhamdulillah semuanya cukup rasa!
Dalam keadaan cuaca panas, tiga empat kali sedut habis segelas sirap limau!
Tepat pukul tiga petang kami duduk di meja dan terus memesan makanan. Pukul 3:03 petang minuman dihantar ke meja. Pukul 3:07 hidangan Set B satu persatu disajikan. Wah, memang cukup bagus layanan di sini. Sangat pantas!
Pertama sekali, tomyam sampai di meja pada pukul 3:07 minit.
Telur dadar datang serentak dengan Sayur Campur dan Ayam Daun Limau.
Baru perasan rupanya Sayur Campur tidak tersenarai dalam Set B, tapi ada pula dalam hidangan!
Ayam Daun Limau |
Udang Goreng Tepung datang panas-panas pada 3:10 petang.
Dan setelah lengkap semua, kami pun menjamah hidangan lebih kurang pukul 3:13 petang.
Tidak sampai 15 minit menunggu, nasi dan lauk-pauk lengkap terhidang.
Bismillah.
Sebenarnya terlupa harga Set B. Tidak buat catatan dan resitnya entah di mana. Ketika menulis entri ini, terselit gambar anak dengan bapa sedang menunggu makanan dan di belakangnya jelas terpapar Set B dengan harga RM90.00.
Meriah atas meja.. Lauk semua sedap-sedap belaka..
BalasPadamMenu Thai memang tak pernah mengecewakan..
Betul tu.
PadamTak tahan dengan godaan ikan siakap kukus.
Sedapnya semua menu tu. bagusnya service cepat sampai makanan.
BalasPadamBarangkali memang sudah biasa menerima dan melayan pelanggan yang ramai. Itu sebabnya nampak sangat cekap.
PadamSeronok firdaus berjalan cuti sekolah hari tu... Hihihi...
BalasPadamMemang seronok sangat dia terutama sekali dapat jumpa abang-abangnya.
PadamSelamat datang ke Perlis yer .. CCL kalau ke padang besar memang selalu makan kat Naina tomyam ni .. semua makanan sedap² ..memang rasa ori thailand
BalasPadamTerima kasih CCL.
PadamMemang sedap masakannya, tapi sayang tak dapat hendak berlama-lama di sini.
Ni yang seronok makan... menu yang dipesan sampai cepat dan sedap.
BalasPadamAlhamdulillah, pilihan tetap. Kenyang sangat.
PadamNama agak mirip dengan Nana Tomyam di Penang yaa 😄. Memang kalo Thai foods ini saya tak pernah bosen. Sedaaap 😍😍. Porsi banyak dan biasanya harga masih reasonable
BalasPadamPaling sedap sudah tentulah ikan stim dan tomyam.
PadamKat sana makanan memang murah sangat kak amie...aduhai rasa nak pergi lagi la
BalasPadam