Bismillahirrahmanirrahim.
Dalam perjalanan dari Pasir Puteh menuju ke Kuala Terengganu, kami sempat singgah di salah sebuah gerai buah. Sudah tentulah longgokan buah tembikai yang menjadi perhatian. Encik suami pula memang sangat teruja melihat buah tembikai, apalagi apabila teringat Abang Farid sangat sukakan tembikai. Katanya tidak rugi beli sebab harganya sangat murah. Nanti sampai kampung, anak cucu cicit semua boleh makan. Aduhai...nasib baiklah bonet kereta masih ada ruang! Sumbat sahajalah buah-buahan yang dibeli.
Dalam perjalanan dari Pasir Puteh menuju ke Kuala Terengganu, kami sempat singgah di salah sebuah gerai buah. Sudah tentulah longgokan buah tembikai yang menjadi perhatian. Encik suami pula memang sangat teruja melihat buah tembikai, apalagi apabila teringat Abang Farid sangat sukakan tembikai. Katanya tidak rugi beli sebab harganya sangat murah. Nanti sampai kampung, anak cucu cicit semua boleh makan. Aduhai...nasib baiklah bonet kereta masih ada ruang! Sumbat sahajalah buah-buahan yang dibeli.
Kami borong buah tembikai dan golden melon di Pasir Puteh. Buah limau dan mangga pula kami borong di Kampung Tok Landok, Ajil, Terengganu.
Timun Betik |
Golden Melon |
Sekilogram tembikai harga RM2.00 sahaja. |
Tiga biji tembikai dijual dengan harga RM10.00.
Sudah beli tembikai dan golden melon, kami dibekalkan pula dengan seplastik timun. Terima kasih tuan gerai buah.
Selepas sarapan di Nasi dagang Atas Tol, kereta terus meluncur laju hendak meninggalkan Terengganu. Tetapi setelah melewati banyak gerai buah mangga akhirnya kami berhenti juga untuk membeli. Bukan tidak ada buah-buah di gerai kampung sendiri, tapi aura gerai buah di sini sangat menggoda!
Teringat buah limau yang dibeli di Pasar Siti Khadijah, rasanya manis leting! Tanya peniaga di sini, katanya limau ini ada rasa masam-masam sedikit.
Kami beli mangga, tapi tak ingat berapa jenis yang dibeli.
Limau ini pun kami beli juga.
Agak-agaknya selepas ini kami berhenti membeli lagi tak? Kami anggarkan petang nanti sampai ke kampung di Selangor.
Buah buahan yg segar.. timun betik tu cane isi dia.. mcm betik atau mcm timun hahaha..
BalasPadamRasanya manis macam tembikai susu, baunya harum. Selalunya orang buat dessert, korek isi tambah sagu, air gula merah dan santan.
PadamMurahnya tembikai tu... sekilo RM2
BalasPadamItulah yang geramnya, tak beli menyesal. Akhirnya beli yang sebungkus 3 biji. Itulah entah berapa kg beratnya. Saiznya besar dan isinya elok sempurna manisnya.
PadamWaduh kalau saya pun memang suka bila tenguk gerai buah melambak tepi jalan. Murah-murah pulak tu.
BalasPadamMahu tak mahu memang kena berhentilah membeli. Nanti tak menyinggah terkenang-kenang pula.
PadamBila compare harga dengan tempat sendiri itu yang seronok membeli di tempat lain. Puas hati dengan harganya.
BalasPadamBetul Faizah. Memang tak rugi beli lebih. Boleh kongsi dengan keluarga.
PadamKalau SA pun akan beli jugak buah2 ni kak...murah betul tu
BalasPadamKan SA. Beli jugalah supaya tak terkenang-kenang sangat sebab harganya sangat murah.
PadamSebelah² sana buah murah² kan, geram nak memborong tapi selalu kereta dah penuh dgn beg baju.
BalasPadamHahaha... SK, segala buah dll tu Encik Suami masukkan dalam kereta. Tidurlah Firdaus di belakang dikelilingi buah.
PadamSaya liat semangkanya, ada banyak tompok2 coklat, menandakan maniiis ❤️😍😍😍. Sukaaa sangat semangka juga. Ada beberapa orng LBH suka dijuice. Tp saya sendiri lebih suka makan langsung kalo buah
BalasPadam