Resipi Ikan Jenahak Goreng Berempah Kegemaran Firdaus

8:55 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini sempat masuk dapur dan masak untuk hidangan tengah hari merangkap malam kami sekeluarga. Firdaus sudah tentulah sangat gembira sebab dapat makan nasi lauk Ikan Jenahak Goreng Berempah. Habis tak tinggal sisa!

Kebetulan pula sebelum ini ada rakan-rakan meminta kongsikan resipi ikan goreng berempah. Jadi, kali ini Amie kongsikan sekali lagi. Sebenarnya terdapat pelbagai resipi untuk goReng ikan berempah. Antaranya Amie pernah kongsikan di sini : IKAN GORENG BEREMPAH. Namun begitu, kita boleh pelbagaikan resipinya. Misalnya, Amie ubah suai resipi asal menjadi ikan goreng berempah mengikut cita rasa Firdaus. Firdaus sukakan kulit ikan yang garing. Jadi Amie tambahkan tepung beras. Firdaus juga sukakan cili hijau dan cili padi. Selepas ikan digoreng, Amie gorengkan pula cili hijau, cili padi dan bawang besar. Kemudian hidangkan bersama ikan goreng dalam pinggan yang sama. 

Ikan Jenahak Goreng Berempah

Hidangan Tengah Hari / Malam

Sup Ceker


Pada mulanya Amie hendak goreng sekeping ikan jenahak sahaja, dan sekeping lagi Amie hendak masak singgang. Tiba-tiba teringat labu air dan ceker. Jadi Sup Ceker ini Amie renih bersama labu air dan lobak. Apabila dihidang dengan taburan daun sup, hirisan daun bawang serta bawang goreng, maka habislah semangkuk kuah sup dihirup!

Terung Goreng Sambal Ijo

Tambah lagi satu lauk iaitu Terung  Goreng Sambal Ijo.

Hirisan buah tembikai yang rangup dan manis!

Ikan Jenahak & Ikan Merah

Kalau rajin boleh kisar rempah sendiri ikut resipi yang Amie kongsikan link di atas. Kalau hendak segera, bolehlah ikut gaya masakan Amie. Amie banyak kali gunakan bahan yang berbeza. Misalnya Amie pernah gunakan serbuk rempah kari, serbuk rempah kurma dan serbuk rempah sup. Penggunaannya pula tidaklah dalam jumlah yang banyak. Cukup setakat satu sudu kecil sahaja. Paling sedap Amie rasa kalau gunakan serbuk rempah sup. Jika suka boleh tambahkan jintan manis dan jintan putih kasar tapi ambil secubit sahaja. 

Jika inginkan kulit ikan jadi rangup, tambahkan tepung beras. Amie sangat menjaga resipi Ikan Goreng Berempah supaya Firdaus terus suka makan ikan... ahaks! Boleh tambahkan sedikit asam jawa tetapi secubit saja, nanti kalau terlebih hasil gorengan ikan jadi hitam pula.


Resipi Ikan Jenahak Goreng Berempah
Bahan-bahan:
  • 2 keping ikan jenahak seberat 500 gram - cuci bersih - toskan
  • 1 sudu kecil bawang merah kisar
  • 1 sudu kecil bawang putih kisar
  • 1/2 sudu kecil pati asam jawa
  • 1 sudu kecil halia kisar
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 1 pelepah daun kari - lurutkan
  • 2 sudu kecil rempah - boleh pilih jenis rempah yang disukai - Amie gunakan serbuk rempah sup
  • 1 sudu kecil campuran jintan putih dan jintan manis kasar
  • garam / perasa pilihan secukupnya
  • tepung beras - pilihan - jika sukakan hasil gorengan ikan menjadi garing
  • minyak untuk menggoreng tenggelam
Cara memasak:
  1. Lumur ikan jenahak dengan bawang merah, bawang putih, halia, asam jawa, serbuk cili, serbuk kunyit, rempah sup, campuran jintan putih dan dan jintan manis, garam / perasa pilihan. 
  2. Jika suka, tambahkaan tepung beras.
  3. Perap seketika bersama daun kari.
  4. Panaskan minyak dan goreng hingga masak.
Bahan tambahan:
  • 4 tangkai cili hijau
  • 7 tangkai cili padi
  • 1 labu bawang besar - mayang kasar
  • 1 pelepah daun kari - lurutkan
  • Goreng kesemua bahan di atas. Tutup kuali ketika menggoreng supaya cili hijau dan cili padi tidak meletup dan melompat keluar dari kuali. Hidangkan bersama Ikan Jenahak Goreng.
Jemput makan!


15 comments

  1. Nampak sedap laa ikan jenahak goreng rempah tu . Selamat menjamu selera

    BalasPadam
  2. sedapnye kak.. akak, ceker tu mcmn yer?

    BalasPadam
  3. Nama firdaus ada... foto firdaus takde... huhuhuhu

    BalasPadam
  4. Cili kalau digoreng suka melompat2 keluar. Ok gak tutup kuali tu, tak terfikir 😁
    Biasanya masuk air fryer tapi jadi keing pula. Kalau berminyak nampak menyelerakan.

    BalasPadam
  5. ikan jenahak ni masak apa pun sedap kan kak....

    BalasPadam
  6. untung jadi firdaus.. meh la nak jadi anak angkat kak Amie.. hahaha

    BalasPadam
  7. Susah nak jumpa budak² macam Daus ni suka makan ikan. Rupanya mommy pandai pikat selera Daus dengan ikan goreng berempah. Bawang dan cili tu, Daus pandai makan jugak ke, Kak Amie?

    BalasPadam
  8. tempting tgk nya Amie. makan nasi panas2 ni mmg boleh licin semua.

    BalasPadam
  9. Waduh sedapnya ikan goreng diletak cili bawang gini...

    BalasPadam
  10. Masakan kak Amie sedap'semua,tampilan pun selalu cantik...ikan goreng tepung panas" dimakan sungguh garing...

    BalasPadam
  11. Kak Amie.. Mari lah kita berjiran, geram tengok masakan Kak Amie ni semua sedap2. Apa lagi ikan goreng tu favorite sangat.

    BalasPadam
  12. jenahak ni masak apa-apa pun sedapppp
    saya suka yang berkuah...
    bila hirup kuahnya rasa manis
    hehehe

    BalasPadam
  13. Saya sejujurnya tak pernah masak ikan Krn tak pandai mengolahnya, apalagi kalo digoreng. Takut dengan percikan minyak 😅. Tapi sukaaa sbnrnya dengan ikan goreng seperti ini. Dulu paling sering dibuatkan mama makan dengan sambal kecap. Sedaap sangat memang

    BalasPadam
  14. Menarik olahan resipi ikan goreng berempah Kak Amie. Patutlah pun Firdaus suka makan ikan goreng sekarang. Baiklah, nanti boleh cuba. Terima kasih share resipinya kak Amie.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe