Satu Hari Melalui Enam Check Point
3:10 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Day 7 - 19 February 2024 - Monday
After breakfast we proceed to Dubrovnik (UNESCO) in Croatia. Stop for panaromic views of Dubrovnik hills and start of the city tour, visiting the old town. Free time in Dubrovnik and after that departure to Kotor in Montenegro (UNESCO). Ferry ride through the amazing Kotor Bay. City Tour of Kotor with a local guide and free time for shopping (visit of HRC Shop). Late in the afternoon prompt transfer to Shkoder. Dinner and overnight.
Waktu solat subuh di Neum pada pukul 5:09 minit pagi. Suhu di pagi hari tidaklah sedingin 1'C seperti di Bihac. Pukul 7:48 pagi sejuk Neum dalam bacaan 9'C. Selepas sarapan, tepat pukul 8 pagi, bas bergerak meninggalkan Neum menuju ke Dubrovnik, Croatia.
Eh, Croatia lagi? Bukankah sebelum ke Bosnia and Herzegovina sudah melawat Croatia?
Dubrovnik, Croatia. |
Peta Republik Croatia |
Mari baca peta Croatia yang terletak di persimpangan Mediterranean, Eropah Tengah dan Balkan. Sebelum ini kami sudah melawat Tasik Plitvice dan ibu negaranya iaitu Zagreb. Croatia berkongsi sempadan daratan dengan Slovenia dan Hungary di utara, Serbia di timur, Bosnia and Herzegovina dan Montenegro di selatan serta sempadan laut dengan Itali di barat.
Sepanjang perjalanan dari Neum ke Dubrovnik, mata tidak lepas dari memandang lautan yang dihiasi dengan pulau-pulau yang cantik. Rugi rasanya kalau terlelap seketika!
Hanya ini sahaja satu-satunya video pemandangan Laut Adriatik yang boleh dimuat naik.
Franjo Tuđman Bridge (Dubrovnik) Gambar guna HP dari dalam bas. |
Setelah puas menikmati pemandangan pinggir laut, tibalah masanya bas menghampiri Dubrovnik. Bandar Dubrovnik terletak di pesisir pantai laut Adriatik yang merupakan laut terbersih di dunia. Bandar yang dikelilingi oleh dinding batu untuk membentuk sebuah kubu pertahanan selama ratusan tahun ini telah diiktiraf sebagai warisan dunia oleh UNESCO kerana masih terdapat bangunan Zaman Renaissance dan Gothic yang masih terpelihara sehingga hari ini. Keindahan bandar Dubrovnik di pesisir laut Adriatik ini mendapat jolokan Mutiara Laut Adriatik.
Sepanjang hari ini dari pagi sampai ke petang, kami melalui enam check point:
- Keluar dari negara Bosnia and Herzegovina
- Masuk ke sempadan Republik Croatia
- Keluar dari Republik Croatia
- Masuk ke sempadan negara Montenegro
- Keluar dari negara Montenegro
- Masuk ke sempadan negara Albania
Setiap kali tiba di setiap check point, TGB mesti mengingatkan kami:
- Jangan bercakap-cakap.
- Jangan ambil gambar.
Jadi kerja kami sudah tentulah turun naik bas untuk cop passport! TGB juga memaklumkan pada hari ini memang kena kejar masa dan tidak boleh berlama-lama di satu-satu tempat!
Ketika berjalan kaki menuju ke pintu masuk kota lama Dubrovnik, rasa geram sangat melihat banyak pokok limau di sana sini! Dapatlah tangkap sekeping gambar dekat dengan pokok limau yang berdekatan.
Selepas ini berlarianlah kami di dalam kota lama yang penuh sejarah sejak ratusan tahun yang lalu. Teruja rasanya hendak mengetahui tentang kubu lama dengan tembok batu yang besar simbol kebanggaan penduduk Dubrovnik yang mempertahankan kemerdekaannya sejak berabad-abad lamanya.
Nanti kita cerita tentang kota lama Dubrovnik ya.
Jumpa lagi.
9 comments
Aduh, seram tak kak Amie setiap kali lalu check point. Risau pulak ditanya soalan sdgkan kita dilarang bercakap², hihi. Namun pemandangannya indah sungguh.
BalasPadamcantiknya pemandangan dari atas jambatan tu...
BalasPadamAdus sejuknya 9°C!
BalasPadamCantik betul pemandangan tasik tu 👍
Lebatnya buah limau tu . Geram juga tengok . Besar-besar limau . Tak ada orang petik ke buah limau tu ?
BalasPadamOrang kat sana agaknya dah tak heran nak makan limau ye Kak Amie. Geram rasa nak tolong petik je hehe
BalasPadamcantik cantik pemandangannya.. bangunan mereka pun terpelihara keasliannya
BalasPadamcantikkkkkk sangat!
BalasPadamkenapa laa produksi2 filem x shooting kat sini?
asyik2 swiss... sini pun apa kurangnya?
berapa lama masa kat setiap 1 check point tu kak kak?
Tapi biasanya kalo checkpoint darat ini tak seseram yg di bandara 😅. Biasa lebih cepat. Pengalaman saya lah. Kalo yg di bandara terkadang pun mau lebih banyak pertanyaannya 🤭
BalasPadamWow laut terbersih di dunia! Memang sayang kalau tak dinikmati. Memang cantik. Fuhh...Seram pulak nak melalui 6 check point. Risau je ada apa apa isu yang menghalang perjalanan.
BalasPadam