Putu & The Gang

9:12 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini sibuk sepanjang hari tetapi dapat juga cari masa untuk siapkan juadah petang. Selepas sesi menoreh, ada mesyuarat yang wajib dihadiri termasuk aktiviti Kem Kepimpinan, Sukantara dan Larian Gemilang. Tak sempat hendak makan tengah hari! Balik rumah sekejap hendak mandi dan tukar baju tetapi jam sudah menunjukkan pukul 2:15 minit. Sepatutnya pukul dua sudah kena berada di padang untuk memantau latihan sukan. Tak jadi mandi dan tak jadi tukar baju. Terus solat zohor dan sempat ambil dua tiga biji kuih raya untuk alas perut. Sambil mengunyah kuih sambil isi air minuman dalam tabung air.

Tertinggal pula topi lebar! Buka pintu semula dan kelam-kabut capai topi. Walaupun pakai topi, dalam cuaca panas terik begini tetap juga tembus panas sampai ke muka! Nampaknya selepas sukan nanti, hanya nampak warna gigi sajalah sebab muka rentung di tengah padang..... ahaks!

Berkira-kira kalau sempat sampai rumah sebelum maghrib mungkin boleh masak. Encik Suami kata, masaklah apa yang ada. Tak sempat masak pun tidak mengapa.  Katanya dia bukan cerewet makan juga. Asalkan ada air da kurma, cukuplah untuk berbuka. Tapi kasihanlah pula kan.

Kita singgah di gerai dekat taman perumahan dan beli putu dengan kilau dan kerabu rumpai laut. Sempat beli ikan kayu segar. Sampai rumah boleh terus panggang. Sambil tunggu ikan panggang masak, carilah bahan-bahan lain dalam peti sejuk. Terjumpa mi kuning dan samosa. Maka, gorenglah mi dan samosa. Tentu Firdaus seronok sangat balik sekolah dapat makan samosa kegemarannya!

Putu & The Gang

Hidangan Berbuka

Mi Goreng

Samosa

Putu & The Gang

Putu - Makanan Tradisi Masyarakat Bajau

Kerabu Rumpai Laut

Kilau

Ikan Kayu Panggang

Jemput makan sama!

Kepala kita masih lagi memikirkan kejadian yang tak terduga yang berlaku dan sedang viral di media sosial tentang :Anak Ketua Polis Daerah Lahad Datu Maut Tertembak Diri Sendiri


Jenazahnya sudah melalui proses bedah siasat dan selamat dikebumikan petang tadi. Innalillahiwainnailaihiraajiun! Moga tenang di sana, dilapangkan kubur, sentiasa sejuk dan nyaman serta diampunkan dan dicucuri rahmat Allah. Arwah baru saja berpindah ke LD dan belajar di sekolah kami.

Allah ya Allah!


13 comments

  1. Judul tu.... Ingat kan nama kumpulan rock baru, tadi...

    BalasPadam
  2. Jadi teringin pula coba putu nya. Apa sama dengan kue putu di sini 😄.

    Sediiih baca berita terakhir. Memang dah takdir meninggal, tapi pastilah ada rasa penyesalan sangaaaat anaknya bisa terkena 😔

    BalasPadam
  3. Unik hidangan putu ni dengan lauk pauknya. Mi goreng dengan taugeh segar tu tergoda tengok bila puasa ni.
    Inalillahi wainailaihi rajiun...
    Allahuakbar sampai macam tu sekali. Tak tahu pula berita tu.

    BalasPadam
  4. Putu and the gang tu memang nampak tempting sangat2. Kalau la LD dekat, hari2 ketuk pintu Kak Amie hehe. Kalau ke LD, sudi tak terima kami sebagai tetamu? Hehe.

    BalasPadam
  5. Berita anak KPD LD tu saya baru tahu bila tengok berita TV3 malam tadi. Lagi bila disebut anak ni bersekolah di sekolah cikgu.
    ooo.. baru berpindah sekolah situ.
    Sedih dengar bila mengenangkan anak ini sama macam Wafi, bongsu dan umur sama.

    BalasPadam
  6. bila baca berita tu paling sedih mesti ibu bapa kan.. btw menu kak Amie sedap woo

    BalasPadam
  7. mesti sedap tu kak... rasa camne putu tu ye kak?
    Kisah anak polis yang tertembak tu, kenapa la bawak balik rumah senjata api kan. Kesian budak tu. inalillah

    BalasPadam
  8. Putu tu mula bayangkan macam putu mayam. Sedap hidangan utk orang nak berbuka puasa tu. Wpun sibuk, sebagai isteri tetap juga cari masa dan kekuatan.

    Nak baca kisah anak polis tu jap.

    BalasPadam
  9. Sedap sedap menu Amie. Sedih jugak mendengar berita remaja yang tertembak itu. Sedih kerana suami saya jugak polis. Faham situasi bila pistol bersama nya. Alhamdulillah.., kini ada beberapa tahun lagi nak pencen. Hopefully, Allah beri kami kemudahan dan menua dengan tenang.

    BalasPadam
  10. Teringin nak makan putu ubi kayu tu..
    Kalau kat Kelantan ada putu halba....kat sabah ada putu & the gang..hihihi
    Pasti sedap gu dengan ikan bakar tu

    BalasPadam
  11. Terlalu banyak kesedihan kan Kak Amie yang emlibatkan mereka yg terdekat ngan Kak Amie...sedap plak tengok ikan bakar tu..cantik kejadiannya, kak amie bakar dalam air fryer ke atau oven?

    BalasPadam
  12. putu tu apa ye kak.. ubi ke. tak pernah nampak .. mula2 saya ingatkan putu piring ke apa

    BalasPadam
  13. saya terbayang kuih putu kacang hijau sebab masih mood raya..rupanya putu&gang lain hihi

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe