Otak Lembu Masak Lemak Cili Padi

8:27 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Bertemu lagi di hari Jumaat nan mulia, penghulu segala hari. Semoga sepanjang hari ini dilalui dengan penuh keberkatan. In syaa Allah.

Cerita dari dapur kali ini tentang resipi Otak Lembu Masak Lemak Cili Padi. Amie pernah makan menu otak lembu tapi bukan olahan sendiri. Kali ini Amie kongsikan hasil air tangan dari dapur sendiri. Bagi yang tidak pernah makan otak lembu, rasanya tidaklah terlalu pelik. Rasanya lemak-lemak, lebih kurang rasa telur itik masak lemak tapi Otak Lembu MLCP lebih berkrim dan sangat lembut. Tidak juga ada bau hanyir atau aroma yang kurang menyenangkan. Sebelum mengolahnya kenalah cuci bersih, dan mesti buang selaput darahnya. Boleh cuci dengan tepung gandum atau bahan lain seperti daun limau purut yang diramas-ramas.

Amie sediakan bahan perencah menggunakan cili padi, kunyit hidup, halia, lengkuas, daun kunyit, bawang putih, bawang merah dan asam gelugur serta santan kelapa. Sudah tentu menghasilkan aroma yang enak dan segar!

Otak Lembu Masak Lemak Cili Padi

Hidangan Berbuka Puasa

Ikan Gerut-Gerut Goreng Berempah

Firdaus sudah pesan supaya goreng ikan berempah. Ada baki seekor ikan gerut-gerut. Jadi Amie pun gorenglah mengikut selera Firdaus. Katanya lagi, jangan lupa bubuh cili hijau dan cili padi.

Ikan gerut-gerut ini siap dibersihkan di pasar. Tak persan pula masih ada sisiknya di tepi-tepi. Sudah digoreng baru nampak. Maklumlah warna kulit ikan dan sisik pun senada!

Sayur Picai Panjang Tumis dengan Udang

Sambal Belacan


Honeydew

Otak Lembu Masak Lemak Cili Padi

Resipi Otak Lembu Masak Lemak Cili Padi
Bahan-bahan:
  • 350 gram otak lembu - rendam 30 minit dengan daun limau purut yang diramas - buang / bersihkan selaput darah - potong ikut saiz yang disukai - toskan
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 helai daun kunyit - siat-siat
  • 1 biji tomato - belah 4
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 keping asam gelugur
  • 7 tangkai cili padi
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar:
  • 20 tangkai cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Masukkan serai dan bahan kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan santan cair dan asam keping.
  3. Apabila kuah mula mendidih,dengan api sederhana.
  4. Seterusnya masukkan santan pek
  5.  masukkan otak lembu bersama daun kunyit.
  6. Biarkan masak selama 15 minit 
  7. at, tomato dan cili padi.
  8. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
  9. Kacau perlahan-lahan sehingga kuah mendidih sekali lagi.
  10. Padamkan api dapur.

Jemput makan.
Bismillah.


11 comments

  1. Seperti biasa masakan kak amie inspirasi Mbul...ikan kelihatan crispy dan lezat...belum yang lainnya...dalam tampah itu kok menerbitkan liurku huhu

    BalasPadam
  2. lauk eksotik ni..saya belum pernah makan otak lembu tapi pernah tengok nenek masak,nak buang urat darah tu sangat hati-hati&teliti

    BalasPadam
  3. Uncle rasa uncle takde keberanian nak makan ni....

    Uncle la....

    BalasPadam
  4. Pertama kali dengar lauk berasaskan otak lembu. Makanan exotic yang jarang orang buat. Ohh rasa dia tak pelik sangatlah ye. Bolehlah untuk cuba-cuba makan. Comel pulak nama ikan tu. Sayur Picai Panjang tu pun baru dengar juga. hihi...Daus mesti makan habis ikan tu kan.

    BalasPadam
  5. Ini betul² buat sy telan ailio lama². Daus makan ke otak lembu tu, Kak Amie. Sebab dia dah ada ikan gerut² goreng.

    BalasPadam
  6. otak ayam dengan ikan pernahla makan kak, tapi otak lembu tak pernah dana makan atau jumpa...

    BalasPadam
  7. makanan eksotik ni.
    belum pernah cuba lagi.

    BalasPadam
  8. Suami saya sukaaaa sangat otak sapi. Tapi saya sekali coba dan tak bisa telan kak 🤣😅. Mungkin Krn saya terbayang otak yg belum dimasak, jadi ada perasaan geli sangat. Jadi sampai skr saya memang tak sentuh hidangan otak sapi 😅. Suami saja

    BalasPadam
  9. Sedapnya semua sedap sangat tengok. Bila la dapat makan dari air tangan Kak Amie ni :)

    BalasPadam
  10. Ya rabbi..SA paling suka otak lembu ni Kak Amie...tapi tu la kandungan kolestrol dia tinggi...sesekali boleh la makan

    BalasPadam
  11. Makanan exotic yang lama dah tak jumpa ni...mana nak cari otak ni...huhuhu

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe