Jom Berkenalan dengan Hidangan Tradisional Bosnia : Hercegovački Mješanac

11:59 PG

Bismillahirrahmanirahim.
Ketika melihat jam,  sudah pukul 3:26 petang. Patutlah rasa lapar yang teramat sangat. Kelibat Kamsiah dan Nancy memang tidak kelihatan di celah-celah orang ramai. Amie dan Lucy berjalan arah tempat letak bas, tetapi pada masa yang sama meninjau-ninjau kalau ada kafe atau restoran yang berkenan di hati. Cadangan kami, nanti kami akan telefon Kamsiah atau Nancy untuk makan di tempat yang sama sekiranya mereka pun belum isi perut.

Kami berhenti di hadapan pintu masuk Jivan Restaurant.

Hercegovački Mješanac - Herzegovina Mix Plate


Inilah Jivan Restaurant. Hairan juga, di mana tempat makannya? Nampak pintu masuk sahaja. Ada WC berbayar, tetapi sekiranya kita pelanggan di situ, percumalah untuk menggunakannya.


Di pintu masuk restoran, terdapat paparan menu dan gambar makanan yang ditawarkan. Seorang pelayan wanita yang sangat cantik memberi penerangan bahawa makanan di Jivan Restaurant adalah halal. Ada hidangan tradisional vegetarian food, pasta and risotto, dessert dan sebagainya.


Kami dijemput masuk ke restoran dengan menuruni tangga berkarpet hijau. Apabila sudah sampai di ruang makan, kami diarahkan meneruskan perjalanan menuruni lagi satu tangga berpusing yang juga dialas dengan karpet hijau. Eh, restotran bawah tanahkah ini?

Kedudukan Jivan Restaurant.


Sementara menunggu makanan yang dipesan tiba, Amie cuba telefon Kamsiah dan beritahu kami berada di Jivan Restaurant. Rupanya mereka berada di muzium. Amie beri panduan supaya Kamsiah dan Nancy boleh menjejaki kami. Cuma patah balik mengikut jalan asal dan perhatikan ada Jivan Restaurant di sebelah kiri jalan.

Pelayan restoran sedang mengambil pesanan daripada pelanggan.

Traditional Bosnian Meals.

Hidangan tradisional Bosnia ini tidaklah asing bagi Amie. Amie tidak mencadangkan kepada kawan-kawan untuk mencubanya, takut tidak menepati selera. Biarlah mereka memilih sendiri mengikut cita rasa masing-masing. Amie memilih Hercegovački Mješanac atau Herzegovina Mix Plate. Hidangan ini mengandungi dolma, iaitu nasi dan daging cincang sumbat. Ada tiga jenis bahan yang disumbat dalam hidangan Amie iaitu capsicum, daun anggur dan zucchini. Selain itu, dihidangkan bersama mashed potato.

Fish Specialties - Amie pernah makan menu ikan trout dan calamari di Blagaj Buna.


Pelbagai pilihan dessert.


Amie memesan minuman panas berupa teh. Dihidangkan segelas air panas, bersama seuncang teh dan hirisan lemon.


Nama teh : Jagoda & Vanilija dan berwarna merah.


Setelah hampir separruh gelas teh dihirup, sampailah Kamsiah dan Nancy untuk makan bersama kami. Rupanya mereka berdua tidak menyeberang Jambatan Mostar untuk bergambar. Jadi, selepas makan kami cadangkan mereka kembali semula ke tempat tersebut. Nanti Amie akan tunjukkan jalannya. Aduhai... sayangnya kalau tidak ambil gambar kenangan di situ!




Beginilah pemandangan di tepi sungai tempat kami menjamu selera. Kiri kanan dan depan belakang kami dipenuhi pelanggan yang terdiri daripada orang kulit putih.


Memang asyik sungguh, sambil makan dan minum sambil mendengar bunyi air sungai yang mengalir  di bawah tempat duduk kami.


Panorama yang dapat dilihat  dari Jivan Restaurant.


Lucy : Mixed Meat - 25,000KM

Lucy kata dia peminat daging. Jadi Lucy pesan Mixed Meat yang penuh sepinggan dengan kebab, sausages, chicken, fries, salad dan roti pita.

Kamsiah : Chicken Fillet - 13,000 KM

Amie : Traditional Bosnian Meals 15,000KM.



Kiraan mata wang Bosnia ialah KM (marka) iaitu 1 EURO bersamaan dengan 2 KM (marka). Senanglah untuk mengira sebab sebab sudah dibundarkan. 

Selepas makan kami hendak ke tandas tetapi Amie batalkan saja sebab terlalu ramai orang di situ. Rasa tidak selesa pula sebab satu pintu masuk untuk dua jantina walaupun tandas asing-asing! Jadi kami hantar Kamsiah dan Nancy kembali semula ke lorong pejalan kaki untuk menuju ke seberang Jambatan Mostar.


Sementara menunggu Kamsiah dan Nancy ke seberang, Amie dan Lucy jalan-jalan di sekitar dan membeli ais krim. Aduhai... banyaknya orang berbaris hendak beli aiskrim. Setelah bersabar menunggu beberapa minit, dapatlah juga aiskrim yang dihajati.


Sambil menikmati aiskrim, sambil-sambil mata menjamu pandangan lapik meja dan berkira-kira untuk membelinya. Hanya tinggal 10 minit sahaja untuk kami kembali semula ke tempat letak bas. Kami masih menunggu Kamsiah dan Nancy muncul dari seberang Jambatan Mostar. Oleh kerana tidak nampak kelibat mereka berdua, akhirnya Amie telefon Kamsiah. Jawapannya: Kami sudah menuju ke tempat letak bas! 
Allahu Akbar! Maknanya mereka tinggalkan kami yang sedang menunggu mereka.
Kami cepat-cepat berlari-lari anak di atas jalan berbatu untuk segera sampai. Alas meja yang hendak dibeli hanya mampu dipandang sahaja. Menepati masa lebih penting dari segalanya.

Alas meja ... dua kali terlepas beli.


Apa pun kami sempat sampai ke tempat letak bas sebelum pukul 5 petang. Alhamdulillah. 

8 comments

  1. Cantiknya warna Teh tu...
    Apa rasanya daun anggur tu Kak Amie? Maaf bertanya sbb baru tahu daun anggur boleh dimakan.

    BalasPadam
  2. Dekat Istanbul pun ada dolma jugak, tapi bak kata Kak Amie, citarasa masing2 berbeza. Dolma di Istanbul tak kena dengan tekak saya.

    BalasPadam
  3. Makan sambil menikmati pemandangan yang sangat cantik.
    Lepas ni kalau nampak barang yang teringin dibeli kena beli terus, takut terlepas lagi.

    BalasPadam
  4. best tu makan dengan suasana yang cantik. Tu lah kalau travel masa yang penting. Alahaiii saya pandang alas meja tu pun dah tersuker apa lagi amie yang berhajat tapi tidak dapat dibawa pulang

    BalasPadam
  5. Cantiknya semua view di sana. Makanan tu semua sedap nya. Thanks for sharing Kak Amie seronok baca. Moga diizinkan kami ke sana nanti.

    BalasPadam
  6. Unik sangat restorannya. Dapat pulak tu menjamu mata dan menjamu selera dengan alunan air mengalir. Seronok rasanya begitu. Aduhaiii... mereka dah ke bas rupanya. Kesian pula kena berlari menuju ke bas.

    BalasPadam
  7. Baguuus view restorannya kak. 😍. Td saya pikir juga dalam tanah, Krn turun ke bawah. Ternyata masih terbuka yaa. Tak lah pengab sangat

    Belum rezeki beli taplak mejanya 😅

    BalasPadam
  8. Uniknya restoran ni Kak Amie. Dari atas nampak pintu, tak nampak restoran. Turun tangga dan kena buat satu pusingan lagi, ingatkan bawah tanah, rupanya tersorok pemandangan yg indah.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe