Bubur Berlauk
7:42 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Jumpa lagi setelah beberapa hari menghilangkan diri dari dapur maya. Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Maaf dipinta penuh keikhlasan andainya terdapat kekasaran bahasa dan kesilapan kata yang tidak disedari sepanjang tempoh kita berinteraksi sesama kita di alam maya.
Petang tadi Fuad Fairuz sudah berangkat menuju ke sarang masing-masing. Kedua-duanya melalui jalan darat dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu. Esok pagi, Fairuz akan hantar Fuad ke Kota Kinabalu Airport. Fuad akan terbang ke Pulau Pinang.
Sebaik sahaja kenderaan yang dipandu Fairuz hilang dari pandangan, Encik Suami berkata: Rumah kita kembali sunyi!
Begitulah adatnya. Yang jauh datang mendekat. Apabila berpisah tentulah rasa seperti ada batu tersekat di dada. Biarlah anak-anak terbang berdikari mencari kehidupan masing-masing. Sampai waktunya sebagai orang tua pasti kita akan meninggalkan mereka jua.
Entri kali ini Amie paparkan cerita berbuka puasa hari terakhir di bulan Ramadan. Keluarga sebelah Encik Suami mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama di kampung. Masing-masing membawa juadah untuk dinikmati bersama. Amie masak bubur berlauk sahaja. Tambahkan isi ayam, lonak merah dan sengkuang.
Bubur Berlauk |
Lauk Bubur Nasi |
Setelah siap, macam-macam pula lauk bubur nasi:
- Ikan Bilis Goreng
- Kacang Tanah Goreng
- Telur Masin
- Egg Century
- Bawang Goreng
- Daun Sup
- Lobak Jeruk
- Ikan Masin Goreng Tumbuk
- Serondeng Daging
- Kangkung Tumis
- Kicap Lada
Lauk Bubur Nasi |
Alhamdulillah. Bubur Nasi Berlauk mendapat sambutan hangat sehingga licin hanya tinggal bekas. |
Hari-hari terakhir Ramadan Amie kurang sihat. Encik Suami yang sibuk membersihkan rumah termasuk bilik anak-anak. Hari ini suasana kembali sepi. Sewaktu Fuad dan Fairuz hendak pulang, Firdaus lari masuk ke bilik menangis tersedu-sedu. Hibanya rasa hati melihat air matanya. Kita pula tidak tahan hati apabila menjengok ke bilik mereka! Allah ya Allah. Jagakanlah anak-anak kami. Amin.
18 comments
Jika dipanjangkan usia, Ldy akan melalui juga saat2 ini.. huhuhu.. sekarang riuh dengan suara kenakalan mereka, nanti bila dah besar akn terasa rindu dengan suara2 itu.. :(
BalasPadamSekejap saja sebenarnya anak-anak bersama kita. Apabila sudah mula melangkah sambung belajar dan bekerja seterusnya berumahtangga, memang tinggallah kita dengan kenangan semasa mereka kecil.
PadamSelamat Hari Raya Aidilfitri kak Amie sekeluarga. Maaf zahir & batin. Mestilah licin tinggal bekas kalau sudah begitu rupanya Kak Amie. Banyak lauk pauk untuk bubur tu.
BalasPadamSayu rasa bila rumah dah kembali sunyi. Sedih Daus bila abang abang dah balik.
Semoga kesihatan Kak Amie bertambah baik. Aamiin…
Selamat hari raya juga Fizah.
PadamAlhamdulillah, semua sukakan bubur nasi berlauk itu.
Firdaus tanya : Kenapa Abang Fuad dan Fairuz sekejap sangat balik LD?
Kak Amie bertambah sihat sekarang. Alhamdulillah.
Kesian Daus tak puas bermanja dengan abang².
PadamAlhamdulillah Kak Amie dah bertambah sihat.
Menyelerakan tengok bubur berlauk tu . Banyak betul condiments
BalasPadamSikit-sikit lauknya, sekali terkumpul jadi banyak pula.
PadamSwmoga Kak Amie terus sihat..alahai Firdaus sedih kembali..baru nak seronok dengan abang2 ye..x per nanti bertemu lagi ye..
BalasPadamAlhamdulillah, Kak Amie semakin sihat.
PadamItulah, kita pun ikut sedih tengok Firdaus menangis.
Saya belum pernah icip bubur lauk yg khas Malaysia. Di Indonesia lauknya berbeda soalnya. Tapi kalo melihat aneka topping yg ada, saya yakin akan suka dengan rasa bubur ini.
BalasPadamDaus memang jauuh beda usia dengan semua abangnya yaa, jadi pasti terasa sepi saat semua abang2 dia dah balik ke kota masing2 🤗.
Kak Amie, minal Aidin wal Faizin, saya mohon maaf jika ada Kata2 tak baik atau membuat tersinggung selama berkomentar yaa 🙏🤗
Asas lauk bubur nasi biasanya hanya ikan bilis goreng, kacang tanah, telur masin, jeruk lobak , daun sup dan kicap lada. Yang lain itu boleh tambah ikut citarasa.
PadamYa, beza usia dengan abangnya yang ketiga 12 tahun.
Sama-sama bermaafan ya Fanny andai Kak Amie pun ada menyentuh perasaan dalam komen-komen.
Daus bikin sebak. Betullah, lumrah kehidupan begitu, kan.. Kak Amie 🥹🥹🥹
BalasPadamBetul SK.
PadamBertemu dan berpisah adat manusia biasa.
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa.
Alhamdulillah..jauh anak anak kerana Allah kurniakan rezeki mereka dikejauhan..Sesekali bertemu pasti lebih bermakna..
BalasPadamAllah hadirkan Daus sebagai peneman..
Sedapnya bubur verlauk.Teringin nak makan telur pitan tu tapi belum tertelan..Menarik warnanya
Ketika berbuka tempohari jika adik potluck bubur, memang terkam yang itu dulu.
BalasPadamAlololo Firdaus, sedih ya sebab abang-abang sudah pulang ke sarang masing-masing.
time demam demam makan bubur mcam ni kompem terus baik
BalasPadammeriah betul ádik beradik' bubur ni...
hehehe
sedap nengok bubur berlauk tu kak... aduhla
BalasPadamSedapnya Kak Amie Bubur berlauk tu. Dia punya bahan2 punya la banyak memang sedap tu.
BalasPadam