Sarapan Pagi Sambil Menikmati Keindahan Teluk dan Laut Adriatik
3:40 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Dewan makan di Hotel Jardan kelihatan luas dan sangat selesa. Ramai pelancong dari negara Korea sedang menikmati sarapan bersama kami. Kami bukan sahaja disajikan dengan pelbagai jenis menu sarapan tetapi juga dihidangkan untuk menjamu mata dengan pemandangan indah Laut Adriatik yang dapat dilihat melalui tingkap!
Selamat pagi Neum! |
Antara buah-buahan yang disajikan termasuklah buah epal dan buah kiwi.
Selain itu, ada juga buah pisang.
Hirisan tomato dan daun salad. Manis rasa buah tomato di sini.
Ada pelbagai jenis roti.
Turut disediakan pelbagai pilihan jem, madu dan sebagainya.
Ada telur rebus.
Keju begini Amie selalu nampak dalam hidangan di Turkey.
Ada chicken slice.
Ada corn flakes & coco crunch.
Ini yang paling kita suka! Ada tiga jenis jus buah segar:
Nanas.
Apple.
Orange.
Jom sarapan. Alas perut memang sangat perlu sebelum meneruskan perjalanan.
Apabila hanya mengambil sedikit sarapan begini, memang perut akan menjadi pedih menjelang pukul 11 pagi. Tambahan pula biasanya waktu makan tengah hari pun asyik terlewat! Manalah kenyang makan sehelai daun salad dengan sehiris tomato, sebatang sosej ayam dan dua hiris sosej daging!
Kita ambil sekeping roti!
Dan tambah lagi chicken slice dengan keju, satu hirisan beef sausage, daun salad dan sehiris tomato. Harap kenyanglah.
Sebelum meninggalkan dewan makan, minum lagi segelas jus epal.
Dalam beg sandang sudah sarat dengan tisu basah, tisu kering, keropok dan kacang!
Keropok dan kacang ini dbeli dalam perjalanan dari Bihac ke Jajce ketika bas berhenti di stesen minyak Podbrdo.
Pintu masuk ke dewan makan Hotel Jardan. |
Seperti biasa, selepas kami selesai sarapan Lucy dan Nancy baru muncul dan duduk semeja dengan kami. Kami minta izin untuk tinggalkan dewan makan dan mengheret beg menuju ke bas.
Aksesori di pintu masuk Hotel Jardan. |
11 comments
banyak buahan segar boleh pilih nk mkn alas perut
BalasPadamAmbik telur rebus tu 5, 6 biji buat sarapan tentu kenyang
BalasPadamKena ada toyulah baru ngam
Lucy & Nancy tu sejiwa lambat ek. Kalau sy dpt member jenis lambat, rasa panas jer telinga 😂
BalasPadammacam2 ada.. :D
BalasPadamHehe memang tidak kenyang. Selalu ambil yogurt banyak-banyak buat makan dalam perjalanan.
BalasPadamNampak sihat, pilihan sarapan yang disediakan. Jus buah pun ada. Banyak kudap-kudapan ye, dalam beg. :)
BalasPadamBeraneka breakfast yang ada
BalasPadamMenarik mesin jus tu, ada jus nenas lagi.. best2
BalasPadamwahhh bet ni!
BalasPadammacam macam ada..
tapi kalau ada nasi lemak lagi nikmat kan kak?
hehehe
boleh tak kita tapau makanan ni diam-diam kak? ;-)
Saya sukaaa jenis2 hidangannya 😍😍. Apalagi ada banyak buah pula. Saya tak terbiasa sarapan Krn rutin intermittent fasting. Tapi saat traveling saya usahakan sangat utk sarapan supaya kuat nak jalan kemana2 😄
BalasPadamSeronoknya jamu mata pagi pagi melihat keindahan laut dan gunung-ganang di luar tingkap. Setuju tu kak Amie, portion begitu memang akan cepat lapar sebelum sampai waktu makan tengahari. Dia nak kena makan nasi juga pagi². Sampai petang pun boleh tahan lagi.
BalasPadam