Yang Penting Ada Jus Tembikai Untuk Berbuka!

9:31 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini kerja-kerja menoreh berlanjutan sampai ke petang sedikit. Ada mesyuarat itu dan ada mesyuarat ini. Tidak ada masa untuk memikir hendak masak apa untuk berbuka. Sudah beritahu Encik Suami, buka puasa nanti mesti ada jus tembikai. Ada sedikit masa sebelum menjelang asar, kami mencari buah tembikai. Dua tiga hari Encik Suami asyik sebut hendak makan tembikai kuning. Ada tembikai kuning tapi berbiji pula. Untuk tidak hampakan Encik Suami, kami pun beli dua jenis. Sebiji tembikai merah tanpa biji dan sebiji tembikai kuning yang berbiji sebab yang kuning tak ada yang tak berbiji. Hah.... ayat pun dah macam apa ntah...hiks! Oh, ya tambah lagi sebiji! Sebiji buah tembikai susu pula.

Tanya Encik Suami, hendak makan apa buka puasa nanti? Masaklah apa-apa saja, katanya. Kalau begitu tak payahlah masak nasi. Nak fikir lauknya lagi. 

Sempat pula kita terlelap! Apabila terjaga sudah hampir pukul lima petang! Terburu-buru masuk dapur. Goreng mi kuning sajalah. Encik Suami dan Firdaus memang suka sangatlah dapat makan mi goreng. Kita pula hendak makan sup! Cari dan kumpul sikit-sikit bahan yang ada dalam peti sejuk, dapatlah seperiuk kecil sup campur. Teringat Firdaus suka makan samosa, jadi kita gorenglah samosa. Aduhai! Rentung pula samosanya! Tapi masih boleh dimakan kot.


Hidangan Berbuka Puasa

Tembikai di Kelantan sewaktu kami jalan-jalan ke sana awal bulan Mac - RM2.00 sekilogram.

Harga sekilogram tembikai merah tanpa biji di LD RM5.80 sen. Sekilas pandang tengok harga sebiji tembikai yang dibeli tadi RM28.00. Berapa kilogram tu? Amie pesan dengan Encik Suami, jangan tambah banyak air sewaktu kisar tembikai. Tak perlu bubuh ketulan ais. Masukkan saja daam freezer dan sejuk tanpa ais. Barulah puas minum!

Jus tembikai tanpa ais! Sejuk dari freezer. Tiga gelas kita minum. 

Sup Campur

Sup Campur - Lobak Merah + Bebola Ikan + Putih Jagung + Tauhu Telur + Sayur Sawi + Tomato.
Ratah-ratah saja sambil hirup kuahnya! Lupa hendak bubuh daun kemangi untuk timbulkan aroma segar. Cukuplah begini saja.

Mi Goreng Ayam


Asam Lada air tangan Encik Suami untuk dimakan bersama mi goreng.


Walaupun samosa rentung, tapi habis licin terlebih dahulu sebelum makan yang lain!

Kurma

Selamat Berbuka Puasa.
Bismillah.


13 comments

  1. Sedapnyer jus semangka
    Selamat berbuka puasa

    BalasPadam
  2. Saya juga lebih suka semangka yg dimasukkan saja dalam kulkas, ga perlu tambah es batu. Krn nanti rasanya jadi kebanyakan air. Manis berkurang.

    Memang paling segar semangka untuk berbuka kan kak 😄👍

    BalasPadam
  3. Senang goreng je mi kalau tak ada idea nak masak apa. Tudiaa 3 gelas cawan air tembikai masuk perut. Orang kata never judge a book by its cover, rentung pun sedap habis dulu. Inti samosa sedap kot, tu yang Daus suka tu.

    BalasPadam
  4. boleh makan lagi tu kak garing bukan rentung tu ehhehehe... ye air tembikai kalau dapat minum musim panas ni memang syok

    BalasPadam
  5. Tembikai kat Seremban mahal betul..SA beli sebelah aje RM19, Tapi puas hati sebab tembikai tu xde biji dan manis leting...samosa goreng macam tu confirm licin awal..itu yang sedap tu Kak Amie

    BalasPadam
  6. Ana pun paling suka jus tembikai untuk berbuka! samosa tu mcm si Bong juga minta tlg tengokkan roti john pastu TERhangit sikit tp licin juga org makan hehehe

    BalasPadam
  7. dah cukup sempurna ni walaupun start masak jam 5... mcm2 ader.. yumm yumm yummm

    BalasPadam
  8. Meriah sungguh sup campur kak Amie 😋

    Sedap segar dapat minum jus tembikai. Kat rumah saya ada orang beri tembikai besar, memang asyik buat jus berbuka jelah. Cuma kena kerja lebih sikit sebab tembikainya ada biji 😄

    BalasPadam
  9. Bulan puasa tahun ni memang tiap minggu ada jus tembikai. Sejuk sedap Alhamdulillah. Sedapnya semua menu Kak Amie.

    BalasPadam
  10. sedapnya hidangan berbuka samosa garing daus mesti suka

    BalasPadam
  11. Sejuk pun letak la ais sebagai hiasan... baru menggiurkan!

    BalasPadam
  12. Setuju....yang penting jus tembikai ..
    asam lada tu macam sedap nampak tu..apa bahannya cikgu

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe