Makan Roti dengan Sup Tarhana
9:15 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Masih lagi cerita kembara di Balkan.
17 Februari 2024 - Sabtu
Selepas daftar masuk hotel, kami berehat seketika sebelum turun semula ke dewan makan pada pukul 7 petang. Seperti biasa, semua peserta mesti berada di tempat makan masing-masing barulah pelayan datang hidangkan makanan.
Hidangan Pembuka : Sup Tarhana |
Meja makan kami berempat : Amie, Kamsiah, Lucy dan Nancy.
Ada enam orang satu kumpulan meja makan. |
Ada lima orang satu kumpulan meja makan. |
Setiap meja dihiasi dengan bunga, dilengkapi dengan minuman air kosong, minyak zaitun dan cuka serta roti.
Hidangan asas yang disediakan hanyalah roti dan salad.
Salad terdiri daripada hirisan kobis, daun salad, timun dan tomato.
Salad sayur-sayuran. |
Sup Tarhana berasal dari Tanah Tinggi Anatolia, Turkey. Sup ini sangat terkenal di Eropah Tenggara. Bahan asas sup ini diperbuat daripada tomato dan rempah-rempahan, pasli dan daging cincang. Dalam keadaan perut yang lapar memang sedap sangatlah celup roti dalam Sup Tarhana. Amie makan dua keping roti!
Hidangan kedua ialah nasi goreng dengan kari daging.
Begini sahajalah kuantiti hidangannya.
Dessert : Bosanske Hurmasice |
Hidangan terakhir, pencuci mulut berupa manisan tradisional : Bosanske Hurmasice.
Begitulah hidangan makan malam kami di Hotel Exclusive di Sarajevo. Bosanske Hurmasice itu tidaklah habis dimakan kerana sangat manis. Apa pun memang hidangan malam memang seimbang dengan kandungan karbohidrat, protein dan fiber. Memang setiap malam hanya jumpa air kosong sahaja di setiap hotel yang kami inap.
Alhamdulillah. Tidaklah terlalu kenyang dan tidak pula rasa lapar.
Malam itu kami tidur lena. Tak sempat hendak melihat bacaan suhu! Tapi kalau sudah namanya musim sejuk, memang bertambah sejuklah apabila yiba waktu malam menjelang ke pagi.
13 comments
Bosanske Hurmasice? Macam mana nak sebut ni?
BalasPadamYummy.. kelihatan fancy banget kak amie...mbul jadi pengen cuba roti dengan sup yang lembut
BalasPadamSemua nampak sedap. Kak Amie pergi trip ni dgn travel agent ke? Nanti boleh share brp ongkos dan itinerary trip tak?
BalasPadamsedap nampak sup tarhana makan dengan roti
BalasPadamMaksudnya kena tunggu semua meja penuh baru makan. Jenuh juga nak menunggu semua. Daging cincang dikisar halus dalam sup ye, sebab tak kelihatan pulak daging cincangnya tu. Syukur dapat juga hidangan kedua nasi. Puas hati dapat makan nasi kan. Dessert bosanske hurmasice macam nekbat pula rupa dia.
BalasPadamAduh, kalau macam ni makannya, dengan berjalan² lagi, mahu hilang 5 kg sebelum balik Msia, Kak Amie.
BalasPadamcantik dan nampak sedap...
BalasPadamcantik table setting mereka.
BalasPadamkalau betul2 lapar, nasi dan lauk daging tu tak cukup 😁
nmpak sedap roti dengan sup tu kak
BalasPadamTapi biasanya saat winter ntah kenapa mudaaah sangat merasa lapar kan kak 😅. Untungnya saya biasa banyak jalan kaki jika traveling in winter. JD makan banyak pun terbakar juga dengan kalori jalan 😄
BalasPadamSemua nampak sedap. Musim sejuk memang cepat lapar kan. Bosanske tu macam gulab jamun kot memang manis.
BalasPadamSedap tu semuanya..makanan sihat namanya ni kan
BalasPadamWalau ringkas tapi semua makanannya memang bergizi kan..kalau saya tak cukup nasi goreng secoet tu🤣
BalasPadam