Kuih Gunting Yang Terpinggir!

3:09 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.

Raya Aidil Fitri tahun lepas, kita buat kuih gunting. Kuih gunting ini memang kita suka dari zaman dulu lagi, zaman kanak-kanaklah. Kalau kita buat sendiri memang puas hatilah sebab ikut cita rasa kita hendak bubuh apa. Apabila sudah siap goreng dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam balang, kita pun rasalah sekeping.

Alamak!
Rasa pahitlah pula kuih gunting kita kali ini.
Kita pun letaklah balang kuih gunting jauh di sudut, di belakang balang-balang kuih yang lain. Tidaklah terusik kuih gunting itu kerana sengaja disorokkan.

Malam kelmarin kita sudah berkira-kira untuk sediakan balang-balang kuih, cuci dan keringkan untuk isi kuih-kuih raya tahun ini. Tiba-tiba kita terpandang sebuah balang yang masih penuh berisi 'kuih'. Kita buka balang dan terus teringat inilah kuih gunting yang pahit itu!

Kita ingin rasa sekali lagi 'pahit' kuih gunting. Oleh kerana keadaannya masih elok, jadi kita pun makanlah sekeping. Tidak masuk angin, dan tetap kekal rangup seolah-olah baru saja disejukkan dan masuk dalam balang. Rasanya pula tidaklah pahit! Isshh...isssh kenapalah lidah kita boleh  rasa 'pahit' pada tahun lepas? Kenapa setelah hampir setahun kuih gunting dipinggirkan, kelmarin malam rasanya normal pula? Sedap dan cukup rasa.

Kita pun makan lagi dan lagi. Tidak jumpa kuih gunting yang rasa pahit itu. Sporting betullah kuih gunting ini!

Selamat Hari Raya Kuih Gunting Yang Terpinggir. 
Maaf zahir dan batin.

Kuih Gunting Yang Terpinggir!







15 comments

  1. dulu masa kecik- kecik inilah kuih utama tiap kali Ramdhan..dulu Mak Pah selalu buat kuih raya..tahun ni tak merasa pun air tangan Mak Pah...

    BalasPadam
  2. tahan lama kuih nya...bertambah sedap pulak tu....hihi..

    BalasPadam
  3. mcm magic drpr rasa pahit kemudian dah tak rasa pahit hehe

    BalasPadam
  4. Dah setahun usianya
    Masih helok lagi dan dah hilang rasa pahitnyer

    BalasPadam
  5. Kesian dia terpinggar. Magik betul boleh ok pulak rasa dia. Lidah ni pandai pandai je dia menipu eh. hihi..Agaknya masa tu dah makan benda lain, jadi rasa kuih gunting terpahit pulak. Kuih gunting ni biasa mak mentua rajin buat. Cuma sekarang atas faktor kesihatan mungkin tak buat lah kot tahun ni.

    BalasPadam
  6. Uncle mesti tercari-cari daun kari untuk di kunyah sekali...

    BalasPadam
  7. Lamanya dipinggirkan, kesian dia hihi ..
    Syukur tak dibuang, rupanya masih elok dimakan 👍

    BalasPadam
  8. Magic betul tu. Hihi. Cie baru je buat weekend baru ni.

    BalasPadam
  9. Ahh dah tak pahit . Mujur tak masuk angin walaupun dah simpan lama tak terusik yer balang kuih gunting ni . Pandai sembunyi tanpa sengaja .hehe

    BalasPadam
  10. merajuk dia kak, dana buat kuih siput aritu pastu tak terbuat2 lagi adeh... tak siap menggentel lagi

    BalasPadam
  11. sedap tu ,,,kalo dh start mkn ralit

    BalasPadam
  12. Sedap kuih gunting ni. Wahh dah lama pun masih ok, Alhamdulillah dapat sambung makan. Betul ada kuih goreng macam tu memang tahan lama.

    BalasPadam
  13. Agaknya memang kena peram dulu baru tak pahit...hihihi...Apapun ni antara kudapan yang saya teringin sangat nak buat tapi belum terbuat

    BalasPadam
  14. rasa pahit yg macam mana tu kak?

    BalasPadam
  15. Hahahaha mungkin lidah kakak saat itu tengah sakit, jadi terasa pahit 🤭😄. Bagus juga dia tak rusak setelah setahun yaaa 👍👍

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe