Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini sibuk sepanjang hari tetapi dapat juga cari masa untuk siapkan juadah petang. Selepas sesi menoreh, ada mesyuarat yang wajib dihadiri termasuk aktiviti Kem Kepimpinan, Sukantara dan Larian Gemilang. Tak sempat hendak makan tengah hari! Balik rumah sekejap hendak mandi dan tukar baju tetapi jam sudah menunjukkan pukul 2:15 minit. Sepatutnya pukul dua sudah kena berada di padang untuk memantau latihan sukan. Tak jadi mandi dan tak jadi tukar baju. Terus solat zohor dan sempat ambil dua tiga biji kuih raya untuk alas perut. Sambil mengunyah kuih sambil isi air minuman dalam tabung air.
Tertinggal pula topi lebar! Buka pintu semula dan kelam-kabut capai topi. Walaupun pakai topi, dalam cuaca panas terik begini tetap juga tembus panas sampai ke muka! Nampaknya selepas sukan nanti, hanya nampak warna gigi sajalah sebab muka rentung di tengah padang..... ahaks!
Berkira-kira kalau sempat sampai rumah sebelum maghrib mungkin boleh masak. Encik Suami kata, masaklah apa yang ada. Tak sempat masak pun tidak mengapa. Katanya dia bukan cerewet makan juga. Asalkan ada air da kurma, cukuplah untuk berbuka. Tapi kasihanlah pula kan.
Kita singgah di gerai dekat taman perumahan dan beli putu dengan kilau dan kerabu rumpai laut. Sempat beli ikan kayu segar. Sampai rumah boleh terus panggang. Sambil tunggu ikan panggang masak, carilah bahan-bahan lain dalam peti sejuk. Terjumpa mi kuning dan samosa. Maka, gorenglah mi dan samosa. Tentu Firdaus seronok sangat balik sekolah dapat makan samosa kegemarannya!
|
Putu & The Gang |
Judul tu.... Ingat kan nama kumpulan rock baru, tadi...
BalasPadamJadi teringin pula coba putu nya. Apa sama dengan kue putu di sini 😄.
BalasPadamSediiih baca berita terakhir. Memang dah takdir meninggal, tapi pastilah ada rasa penyesalan sangaaaat anaknya bisa terkena 😔
Unik hidangan putu ni dengan lauk pauknya. Mi goreng dengan taugeh segar tu tergoda tengok bila puasa ni.
BalasPadamInalillahi wainailaihi rajiun...
Allahuakbar sampai macam tu sekali. Tak tahu pula berita tu.
Putu and the gang tu memang nampak tempting sangat2. Kalau la LD dekat, hari2 ketuk pintu Kak Amie hehe. Kalau ke LD, sudi tak terima kami sebagai tetamu? Hehe.
BalasPadamBerita anak KPD LD tu saya baru tahu bila tengok berita TV3 malam tadi. Lagi bila disebut anak ni bersekolah di sekolah cikgu.
BalasPadamooo.. baru berpindah sekolah situ.
Sedih dengar bila mengenangkan anak ini sama macam Wafi, bongsu dan umur sama.
bila baca berita tu paling sedih mesti ibu bapa kan.. btw menu kak Amie sedap woo
BalasPadammesti sedap tu kak... rasa camne putu tu ye kak?
BalasPadamKisah anak polis yang tertembak tu, kenapa la bawak balik rumah senjata api kan. Kesian budak tu. inalillah
Putu tu mula bayangkan macam putu mayam. Sedap hidangan utk orang nak berbuka puasa tu. Wpun sibuk, sebagai isteri tetap juga cari masa dan kekuatan.
BalasPadamNak baca kisah anak polis tu jap.
Sedap sedap menu Amie. Sedih jugak mendengar berita remaja yang tertembak itu. Sedih kerana suami saya jugak polis. Faham situasi bila pistol bersama nya. Alhamdulillah.., kini ada beberapa tahun lagi nak pencen. Hopefully, Allah beri kami kemudahan dan menua dengan tenang.
BalasPadamTeringin nak makan putu ubi kayu tu..
BalasPadamKalau kat Kelantan ada putu halba....kat sabah ada putu & the gang..hihihi
Pasti sedap gu dengan ikan bakar tu
Terlalu banyak kesedihan kan Kak Amie yang emlibatkan mereka yg terdekat ngan Kak Amie...sedap plak tengok ikan bakar tu..cantik kejadiannya, kak amie bakar dalam air fryer ke atau oven?
BalasPadamputu tu apa ye kak.. ubi ke. tak pernah nampak .. mula2 saya ingatkan putu piring ke apa
BalasPadamsaya terbayang kuih putu kacang hijau sebab masih mood raya..rupanya putu&gang lain hihi
BalasPadam