Ikan Jenahak Masak Sambal Cocos

9:39 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Kali ini Amie kongsikan resipi Ikan Jenahak Masak Sambal Cocos. Agak lama juga tidak menikmati lauk begini. Sewaktu hayat MIL masih ada, masakan begini merupakan salah satu lauk wajib sewaktu kenduri-kendara. MIL suka gunakan ikan dongol @ ikan kakak tua terutama bahagian kepala. FIL pula suka makan pipi ikan dongol yang gebu dan kenyal! Selain ikan dongol, jenis ikan lain yang sesuai termasuklah ikan merah atau ikan jenahak, ikan kerapu, ikan jepun @ ikan sulig dan sebagainya. Amie lihat MIL dan orang kampung Encik Suami suka gunakan ikan yang isinya putih lembut untuk masakan begini.

Walaupun berkuah santan, tetapi orang Cocos memanggilnya 'sambal'. Bahan perencah yang wajib untuk masakan ini selain cili kering, bawang dan santan ialah penggunaan ketumbar biji dan jus limau nipis. MIL tidak gunakan asam jawa atau asam keping.

Ikan Jenahak Masak Sambal Cocos

Ikan Jenahak Masak Sambal Cocos

Resipi Ikan Jenahak Masak Sambal Cocos
Bahan-bahan:
  • 2 kepingan ikan jenahak
  • 200 ml santan pekat
  • 500 ml santan cair
  • 1 biji limau nipis - perah jusnya
  • garam / perasa pilihan
  • serbuk kunyit
  • 1/2 cawan minyak
Bahan kisar:
  • 15 biji cili kering
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar ketumbar biji
Cara memasak:
  1.  Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng setengah masak dan ketepikan.
  2. Tinggalkan setengah cawan minyak bekas gorengan ikan di dalam kuali. 
  3. Tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak.
  4. Masukkan santan cair dan biarkan mendidih.
  5. Kemudian masukkan ikan.
  6. Setelah kuah mendidih sekali lagi, tambahkan santan pekat.
  7. Perasakan dengan garam / perasa pilihan secukup rasa.
  8. Akhir sekali tuangkan jus limau nipis. Kacau sekali dua.
  9. Ikan Jenahak Masak Sambal Cocos sedia untuk dihidangkan.

Nasi putih sayur bunga betik dan lauk Ikan Jenahak Masak Sambal Cocos.


Tak ingat entah hari apa Amie masak Ikan Jenahak Masak Sambal Cocos. Yang Amie ingat Firdaus pulang dari sekolah agama dan terus ke dapur : Mommy ada makanan tak? Daus lapar!

Firdaus begitu berselera makan nasi lauk Ikan Jenahak Masak Sambal Cocos. Sekarang Firdaus masih demam dan sedang tidur selepas makan ubat. Selera makannya hilang. Pada hari Selasa lepas, guru kelasnya telefon beritahu Firdaus hendak pulang sebab rasa tidak sihat. Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat Firdaus cuti sakit. Doakan semoga Firdaus cepat sembuh ya.

10 comments

  1. Masak sambal Cocos ni seakan2 gulai pun ada jugak ye Kak Amie. Kesian Firdaus, akhir2 ni selalu tak sihat ye. Mungkin kena ambik vitamin menguatkan antibodi badan.

    BalasPadam
  2. Masakannya seakan² masak panggang kuali, cuma ada perbezaan bab jus limau tu. Mesti sedap lain macam ni. Daus masih demam lagi ke hari ni? Semoga Daus lekas sembuh.

    BalasPadam
  3. Sedapnya lahaiiii... ikan jenahak pulak tu😋

    BalasPadam
  4. Pasti sedap tu dengan rasa lemak masam dan pedas.
    Ni agaknya kalau makan dengan nasi dagang pun ngam ni...hihihi
    Semoga Daus dikurniakan keafiatan

    BalasPadam
  5. so kalau sambal cili tu org Cocos panggil apa kak?

    BalasPadam
  6. Ikan jenahak fav SA kak amie...sedapnya...dah ada rupa macam asam pedas

    BalasPadam
  7. Rupa macam asam pedas tapi kelainannya sebab ada ketumbar, pasti wangi sambal cocos ni.

    BalasPadam
  8. Mesti sedap sebab ikan jenahak. Orang kata ikan banyak tulang ni sedap.
    Semoga Firdaus cepat sembuh seperti biasa. Aamiin...

    BalasPadam
  9. Wah.. Nampak mengancam sambal berkuah itu..
    Allah.. Semoga Firdaus diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik ye.. Aamiin.. Aamiin..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe