Bismillahirrahmanirrahim.
Kali ini Amie kongsikan resipi Ikan Jenahak Masak Sambal Cocos. Agak lama juga tidak menikmati lauk begini. Sewaktu hayat MIL masih ada, masakan begini merupakan salah satu lauk wajib sewaktu kenduri-kendara. MIL suka gunakan ikan dongol @ ikan kakak tua terutama bahagian kepala. FIL pula suka makan pipi ikan dongol yang gebu dan kenyal! Selain ikan dongol, jenis ikan lain yang sesuai termasuklah ikan merah atau ikan jenahak, ikan kerapu, ikan jepun @ ikan sulig dan sebagainya. Amie lihat MIL dan orang kampung Encik Suami suka gunakan ikan yang isinya putih lembut untuk masakan begini.
Walaupun berkuah santan, tetapi orang Cocos memanggilnya 'sambal'. Bahan perencah yang wajib untuk masakan ini selain cili kering, bawang dan santan ialah penggunaan ketumbar biji dan jus limau nipis. MIL tidak gunakan asam jawa atau asam keping.
Walaupun berkuah santan, tetapi orang Cocos memanggilnya 'sambal'. Bahan perencah yang wajib untuk masakan ini selain cili kering, bawang dan santan ialah penggunaan ketumbar biji dan jus limau nipis. MIL tidak gunakan asam jawa atau asam keping.
Boleh lihat resipi dalam entri yang lepas:
Ikan Jenahak Masak Sambal Cocos |
Ikan Jenahak Masak Sambal Cocos |
Bahan-bahan:
- 2 kepingan ikan jenahak
- 200 ml santan pekat
- 500 ml santan cair
- 1 biji limau nipis - perah jusnya
- garam / perasa pilihan
- serbuk kunyit
- 1/2 cawan minyak
- 15 biji cili kering
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3 sudu besar ketumbar biji
- Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng setengah masak dan ketepikan.
- Tinggalkan setengah cawan minyak bekas gorengan ikan di dalam kuali.
- Tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak.
- Masukkan santan cair dan biarkan mendidih.
- Kemudian masukkan ikan.
- Setelah kuah mendidih sekali lagi, tambahkan santan pekat.
- Perasakan dengan garam / perasa pilihan secukup rasa.
- Akhir sekali tuangkan jus limau nipis. Kacau sekali dua.
- Ikan Jenahak Masak Sambal Cocos sedia untuk dihidangkan.
Nasi putih sayur bunga betik dan lauk Ikan Jenahak Masak Sambal Cocos. |
Tak ingat entah hari apa Amie masak Ikan Jenahak Masak Sambal Cocos. Yang Amie ingat Firdaus pulang dari sekolah agama dan terus ke dapur : Mommy ada makanan tak? Daus lapar!
Firdaus begitu berselera makan nasi lauk Ikan Jenahak Masak Sambal Cocos. Sekarang Firdaus masih demam dan sedang tidur selepas makan ubat. Selera makannya hilang. Pada hari Selasa lepas, guru kelasnya telefon beritahu Firdaus hendak pulang sebab rasa tidak sihat. Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat Firdaus cuti sakit. Doakan semoga Firdaus cepat sembuh ya.
Masak sambal Cocos ni seakan2 gulai pun ada jugak ye Kak Amie. Kesian Firdaus, akhir2 ni selalu tak sihat ye. Mungkin kena ambik vitamin menguatkan antibodi badan.
BalasPadamMasakannya seakan² masak panggang kuali, cuma ada perbezaan bab jus limau tu. Mesti sedap lain macam ni. Daus masih demam lagi ke hari ni? Semoga Daus lekas sembuh.
BalasPadamSedapnya lahaiiii... ikan jenahak pulak tu😋
BalasPadamJenahak! Feveret tu!
BalasPadamPasti sedap tu dengan rasa lemak masam dan pedas.
BalasPadamNi agaknya kalau makan dengan nasi dagang pun ngam ni...hihihi
Semoga Daus dikurniakan keafiatan
so kalau sambal cili tu org Cocos panggil apa kak?
BalasPadamIkan jenahak fav SA kak amie...sedapnya...dah ada rupa macam asam pedas
BalasPadamRupa macam asam pedas tapi kelainannya sebab ada ketumbar, pasti wangi sambal cocos ni.
BalasPadamMesti sedap sebab ikan jenahak. Orang kata ikan banyak tulang ni sedap.
BalasPadamSemoga Firdaus cepat sembuh seperti biasa. Aamiin...
Wah.. Nampak mengancam sambal berkuah itu..
BalasPadamAllah.. Semoga Firdaus diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik ye.. Aamiin.. Aamiin..