Buah Avokado dan Khasiatnya

10:31 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sekarang ini banyak buah avokado tempatan dijual di LD. Biasanya buah avokado yang dijual di pasar raya datangnya dari luar negara dan sudah tentu harga kayangan. Kita hanya mampu kelip-kelip mata melihat harganya, sambil berfikir 11 kali samada hendak beli atau sebaliknya.

Apabila tiba musimnya, banyaklah buah avokado dijual di gerai-gerai buah di tepi jalan dengan harga RM18.00 sekilogram. Beli tiga biji sudah mencecah berat sekilogram. Kita paling suka campurkan isi avocado cincang dengan ais krim vanilla. Sedap! Kalau sudah masuk mulut satu sudu, memang susah hendak berhenti.

Buah Avokado

Orang kita panggil buah avokado. Ejaan orang putih avocado. Di negara jiran kita, Indonesia memanggilnya dengan nama alpukat. Kalau di Sepanyol buah ini disebut aguacate. Di Mexico dan Smerika Tengah pun sebut aguacate juga. Dalam bahasa Belanda avokado bermakna advocaat.

Dengarnya ada yang panggil buah avocado dengan nama buah tempurung!
Ini merujuk kepada buahnya yang berwarna perang gelap ketika matang serta berkulit kesat dan keras seakan-akan rupa tempurung.

Buah Avokado


Buah yang mengandungi biji tunggal bersaiz besar dengan isi yang lemak lembut apabila cukup masak ini berasal dari Mesoamerika meliputi tengah negara Mexico dan Guatemala. Ia tersebar luas sehingga ke kawasan beriklim Mediterranean di seluruh dunia, dan tidak ke tinggalan di kawasan tropika seperti di Nusantara (Kepulauan Melayu).

Buah Avocado


Khasiat Buah Avocado 
Sumber
WIKIPEDIA

Avokado ialah sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi protein, zat besi, fosforus, kalsium, sodium, potasium, vitamin A dan C, dan niasin.

Sebiji avokado dipercayai mengandungi kira-kira 300 kalori, dengan 88% daripadanya terdiri daripada lemak. Ia bertindak dengan berkesan sebagai pelincir semula jadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul dan lutut sekali gus dapat menghindarkan penyakit sengal-sengal tulang. Di samping itu, amalan memakan buah ini setiap hari boleh menurunkan paras kolestrol di samping mengekalkan paras lipoprotein iaitu sejenis kolestrol yang baik yang bertindak melindungi seseorang itu daripada diserang sakit jantung.

Isi avokado yang kaya dengan vitamin A, minyak dan riboflavin amat berkesan untuk memulihkan kesegaran dan kelicinan kulit serta mengatasi masalah kulit kering.

Ada nama lain avokado selain yang disebutkan di atas?

6 comments

  1. SA kalau pi Indonesia mesti nak minum jus alpukat kat sana..rasa mak=cam orang sana buat lagi sedap...pernah order kat area KL rasa dia lain...

    BalasPadam
  2. dana tak boleh nk cuba suka avokado kak... mungkin belum jumpa yang berkenan dan suka buah ni lagi. Try tanam la kak pokoknya, pernah nampak orang tanam pokok ni berbuah lebat sangat tau.

    BalasPadam
  3. Jiran bawa balik dari kampung buah avocado. Diberinya saya 3 biji. Besar-besar pulak tu. Puas minum jusnya 3 hari berturut2. Hebat juga khasiatnya ya.

    BalasPadam
  4. Alpukat kalau di sini..kalau sudah matang di makan begitu saja lezat dan manis...memang banyak manfaat baiknya buah ini

    BalasPadam
  5. Dapat buah avokado lokal pun okay juga kak Amie. Sedap juga rasanya. Sedapnya buat air campur fresh milk. Nyaman tekak. Harga buah-buahan sekarang kadang kena berkira kira dulu nak membelinya. Mana yang mahal tu, sesekali bolehlah.

    BalasPadam
  6. Dalam peti sejuk sy ada juga buah avocako, adik bawa dari KL tapi bentuknya bulat macam bola tenis. Adik kata, buah tempatan. Tak tahu la nak diapakan, ada yang dah jadi jus, banyak sangat sampai tak tertelan, haha.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe