Kerisi Goreng VS Kerisi Asam Rebus

9:00 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Petang tadi gagahkan diri masuk ke dapur. Teringin hendak makan nasi lauk ikan kerisi. Dahulu, kalau arwah Ayahanda beli ikan kerisi di Sungai Buluh, memang seronok sangatlah kami dapat makan ikan segar. Selain masak pindang, Bonda akan goreng. Teringat garam yang digunakan garam kasar, dan kunyitnya pula kunyit hidup ditumbuk lumat kemudian digaul  bersama ikan kerisi. Biasanya arwah Ayahanda akan beli ikan dalam jumlah yang banyak, berkati-kati. Setelah Bonda goreng garing sampai hilang bunyi minyak menangis dalam kuali, Bonda simpan di tempat yang tersembunyi. Tak boleh simpan dalam gerobok sebab nanti akan diratah oleh kucing kepala hitam! Jadi Bonda masukkan dalam periuk besar yang bertutup rapat, dan di atasnya ditindih lagi dengan periuk lain. Begitulah cara orang dulu-dulu hendak catu makan ikan. Maklumlah, orang kampung macam kami biasanya makan nasi lauk ikan kering saja.

Aroma ikan kerisi goreng yang disimpan dalam bekas tertutup (periuk besar) memang sedapnya lain macam. Biasanya kalau sebelah pagi, Bonda akan rebus ubi kayu untuk sarapan dan dijadikan bekal menoreh getah. Apabila ubi kayu rebus bertemu dengan ikan kerisi goreng garing yang sudah semalaman di simpan, memang kami berasa seperti dapat makanan dari syurga! Ikan kerisi goreng yang sudah bermalam dalam periuk bertutup rapat tidak lagi garing tapi jadi lembut dan keluar aroma yang sungguh enak!

Sambil terkenang-kenang dan mengenang-ngenang nostalgia masa lalu, siaplah hidangan makan malam kami. Amie goreng seekor ikan kerisi, dan masak asam rebus seekor lagi. Amie tumis sayur taugeh campur lobak merah dan kacang panjang berperencah daging. Tambahkan lagi satu lauk iaitu telur dadar.

Sementara menunggu Encik Suami dan Firdaus pulang, tangkaplah dahulu gambar hasil air tangan hari ini. Dan sebelum maghrib, kami sudah selesai makan malam. Sayangnya, kurang berselera pula makan nasi lauk ikan kerisi, dan rasa hendak terkeluar pula isi perut!

Selepas makan, Amie makan ubat dan rasanya hendak berehat sahaja tetapi tidak boleh lelapkan mata. Mata sebelah kanan nampak merah dan sembab. Firdaus tolong titiskan eyemore.

Hidangan Makan Malam


Ikan Kerisi Masak Asam Rebus

Selalunya suka hirup kuah asam rebus ikan, tapi petang tadi hanya dua sudu saja masuk mulut.

Ikan Kerisi Goreng

Ikan kerisi goreng ini Encik Suami dan Firdaus yang habiskan.

Sayur Taugeh Goreng dengan Daging

Firdaus kata sayur taugeh ini sedap sebab ada daging. 

Telur Dadar


Itulah....
Bersungguh-sungguh masak, tapi apabila dihidangkan selera hilang! Agaknya sudah jemu makan hasil air tangan sendiri.
Biarlah Kerisi Goreng VS Kerisi Asam rebus sesama mereka.

15 comments

  1. setakad nii, kak ana selalu goreng je ikan kerisi ni Amie :)

    BalasPadam
  2. Membaca kenangan ikan kerisi yang disimpan semalaman akan dengan ubi rebus seakan tercium aroma nostalgianya...

    Ikan kerisi ni oreng tanpa buang sisik pun sedap kan makan masa panas-panas...lemak masin sisiknya

    BalasPadam
  3. sakit mata ke kak?saya dah lama tak ke pasar aissh terbayang2 juga kerisi goreng,zaman kecil dulu mak suka goreng ikan kerisi tak buang kulit

    BalasPadam
  4. Sy suka goreng berlada ikan kerisi ni, utk pancing selera anak²...jika goreng kosong, depa tak suka. Bersalut cili, bawang suka pulak 😅

    BalasPadam
  5. Kenapa tiba² hilang selera.. terlalu terbawa memori lamakah?

    BalasPadam
  6. menu amie terbaik tiasa tergoda selera

    BalasPadam
  7. Semoga selera makan bertambah baik kak.
    Gamaknya kenalah Encik Majid pula yang memasak ni.

    BalasPadam
  8. sy suka kerisi goreng berbanding msk berkuah. kalau panas2 tu lajuuuu je mkn hehehe

    BalasPadam
  9. Cantiknya sajian sayur dan lauk pauk dalam piring, seperti sajian di restoran...bikin selera makan kak

    BalasPadam
  10. Salah tau ikan kegemaran iaitu ikan kerisi. Saya suka masakn kerisi asam pedas selain goreng garing.. Gambar post Kak Amie menggoda.. :)

    BalasPadam
  11. antara ikan kegemaran, masak apa pun sedap kak

    BalasPadam
  12. Begitulah kaedah orang dulu-dulu. Tak pernah tak sedap air tangan mak-mak kita. Kalau ikan kerisi biasa saya goreng, belum pernah cuba masa asam rebus. Boleh cuba cara kak Amie pula. Sedap taugeh segar gitu tambah pulak ada daging. Ada pulak penggemarnya ye. Bagus Daus suka makan sayur. Agaknya memang camtu kot kak Amie. Kadang jemu masakan sendiri. Kena makan kat dapur orang lain sesekali.

    BalasPadam
  13. Sedapnya ikan kerisi goreng...semalam Pak Zain ada beli..tapi dia buat asam pedas..buat sampai 3 ekor..sudahnya x habis

    BalasPadam
  14. Tapi memang beberapa orang yg suka masak, terkadang selera nak makannya bisa hilang. Kayak mama saya. Masakannya enak, dan memang suka masak. Tapi kalo dah selesai, selalu bilang ke kami, selera makan dah hilang, alasannya terlalu penat 😅.

    Saya LBH suka ikannya digoreng , drpd yg masak kuah kak amie.apalagi kalo pakai sambal 👍

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe