Menjamu Selera Kampung di Restoran Bakso Legend

11:11 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Jom cari makan selera kampung di Restoran Bakso Legend yang terletak di Perdana Square Lahhad Datu. Bertahun-tahun jugalah tidak jejak ke sini walaupun kedudukannya tidaklah sampai satu kilometer dari rumah kami. Dulu pernah beberapa kali makan bakso di sini. 

Untuk menikmati hidangan makan tengah hari memang sangat sesuai memilih tempat ini. Apalagi untuk orang yang baru nak baik dari demam seperti Amie dan terjumpa pula sup kosong yang sangat sedap. Memang puaslah menghirupnya. Pilihan makanan pun pelbagai dan sudah tentulah kami memilih hidangan ala-ala kampung yang sudah semestinya enak-enak belaka. Selain bakso, ada set nasi pilihan seperti set nasi dengan ikan basung, ikan tuna, ikan keli, ikan bolu, set nasi ayam penyet dan sebagainya.

Amie : Set Nasi Ikan Basung

Amie : Cendol Durian


Set Nasi Ikan Basung


Set Nasi Ikan Basung RM13 didatangkan bersama nasi putih, lima ekor ikan basung @ ikan selayang goreng panas-panas, latok, kilau mangga, kacang bendi rebus, hirisan timun, telur masin dan sambal. Untuk sup panas, pelanggan kena ambil sendiri. Oleh sebab supnya sangat sedap, jadi tiga kali Encik Suami tambahkan untuk kita!

Latok & kilau mangga berpisah tiada.

Gandingan mantap, lauk ikan basung goreng dengan ulaman latok serta pencecah.

Encik Suami : Set Nasi Ikan Tuna RM10.90

Set Nasi Ikan Tuna dihidangkan bersama lauk-pauk termasuk ikan tuna goreng, latok, kacang bendi, hirisan timun, tempe goreng dan sambal serta semangkuk kecil sayur pucuk ubi kayu,

Cendol Durian : RM16.00

Buah durian direnjis dengan gula melaka.

Sesiapa yang hendak makan nasi lauk seperti di rumah yang ringkas tapi menyelerakan ini  bolehlah datang ke Restoran Bakso Legend pada pukul 11:00 pagi ke atas. Banyak lagi hidangan lain yang sedap-sedap menanti anda di Restoran Bakso Legend

9 comments

  1. Saya catat tempatnya ini. Lahad datu itu Sabah kan kak Amie? Nanti kalo ke Malaysia lagi, nak sangat mampir. Sabah Kuching serawak memang dah ada dalam bucket list saya utk di visit

    Yg set ikan saya penasarn sangaaat. Apalagi pakai anggur laut. Apa namanya dlm BHS Melayu ya? Yg warna hijau tuh, mirip anggur.

    BalasPadam
  2. Masyaa Allah..terliurnya set nasi ikan basung tu..
    Terbayang kerangupan latok dan lemak masin ikan basung rasa lapaq dan dan

    BalasPadam
  3. Freshnya latok tu, rasanya 2 kali je saya makan, suka gak sebab macam meletup2 dalam mulut 😁

    BalasPadam
  4. terbayang ikan selayang / sardin ni buat masak balado..sedapnya

    BalasPadam
  5. geramnya nengok latok2 tu kak nampak fresh dan besar.... abc durian tu dia punya kacang bukan main banyak dah besar2

    BalasPadam
  6. haihhh dugaan org puasa hari ni tgk makanan sedap sedap belaka hehehe

    BalasPadam
  7. Macam ikan sardin goreng garing tu kak amie..alaaaa kenapa sedap sanagt tu...

    BalasPadam
  8. Hidangannya kelihatan tidak mengecewakan.. boleh berlama² di restoran nak menghabiskan semua yg dipesan.

    BalasPadam
  9. Macam menarik hidangan Set Nasi Ikan Basung tu Kak Amie. hidangan lengkap dah tu. Wahh sedapnya cendol penuh mangkuk. Nasib baik baru mencendol juga. hihi...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe