Pakistani Chai @ Teh Pakistan & The Gang

6:30 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Selain kedai makan mamak, jom kita cari makan di kedai makan Pakistan pula. 
Biasanya kalau mesyuarat meleret sehingga ke petang, kami terus singgah cari alas perut di kedai makan Pakistan yang terletak tidak jauh dari sekolah, bersebelahan dengan gereja St. Dominic. Atau sekiranya sedang menunggu Firdaus balik dari sekolah, kami isi masa minum petang di sini juga.

Encik Suami memang akan cari Pakistani Chai @ Teh Pakistan.
Apa yang disukainya? Rasanya atau aromanya yang terbit dari campuran rempah-rempahan yang timbul dari buah pelaga, bunga cengkih, jintan manis dan kayu manis. Kadang-kadang ada pula terasa aroma halia yang agak kuat. Encik Suami sukakan halia!

Pakistani Chai @ Teh Pakistan

Roti Paratha

Tidak lengkaplah hanya minum Pakistani Chai sahaja tanpa makanan iringan yang lain. Kadang-kadang Encik Suami memesan roti nan, tetapi nampaknya Encik Suami lebih berminat dengan roti paratha.

Kari Kacang Tunggak

Kita pula suka makan roti nan atau roti paratha dengan kari kacang kuda, kacang dal atau kacang tunggak.nKadang-kadang kita makan roti canai sahaja.

Roti Canai


Ada pelbagai pilihan lauk untuk dinikmati bersama roti paratha dan roti nan seperti sayur kacang bendi, sayur kobis bunga, kari ayam, kari daging dan sebagainya. Selalu juga nampak pelanggan yang terdiri dari warga Pakistan menjamu selera di sini dengan menikmati roti nan dengan ikan goreng!
Satu hari nanti hendak cuba makan roti paratha atau roti nan dengan ikan goreng pula!


Kalau ada kari perut, memang kita akan minta sepiring kecil!

Kari Kacang Dal


Roti Nan ini nampak seperti terletak di atas meja tanpa alas. Di bawahnya ada piring. Oleh kerana saiz roti nan melebihi saiz piring, jadi tak nampaklah piring di bawahnya.

Kari Perut

Selain makan roti nan dengan lauk-pauk biasa seperti kari daging, perut dan kari pelbagai kacang, Amie paling suka makan dengan Kebab Pakistan! Kebab Pakistan yang masih panas memang sangat sedap, dengan rasa rempahnya yang sederhana dan beraroma, serta rasa dagingnya yang lembut!

Kebab Pakistan

Roti Nan & Kebab Pakistan


Nampaknya kenalah Amie belajar buat Pakistani Chai @ Teh Pakistan di rumah sendiri. Kalau kami ke kampung Encik Suami, biras Amie memang selalu hidangkan Pakistani Chai. 



Selalu belikan Firdaus susu segar, tapi tak pernah cuba untuk buat Pakistani Chai. Esok lusa kalau rajin hendak cuba buat. Mana tahu menjadi, dan sedap pula!

8 comments

  1. Menarik sungguh menunya untuk dicuba.
    Siap ada kari perut.

    Nampaknya teh Pakistan ni kira biasa di sana ya?
    Saya pulak baru pertama kali tau 😀

    BalasPadam
  2. Kat Puncak Alam pun ada kedai makan Pakistan. Tapi belum pernah mencuba menunya. Mungkin bila² boleh dicuba. Hihihi. Nak try kebab kalau ada.

    BalasPadam
  3. Owh.. kacang tu nama kacang tunggak. Info baru ni.
    Kalau asben order teh berempah ni biasa saya rasa sehirup je 😅

    BalasPadam
  4. X pernah jumpa kari perut..menarik

    BalasPadam
  5. roti pratha dia udah mcm roti puri ye kak lain ek mcm kita... kari perut tu nampak sedap betul lah kak

    BalasPadam
  6. Jarang banget makan makanan India /pakistan.padahal liatnya enak banget...teh nya mirip"bandrek kalau di sini

    BalasPadam
  7. Nikmat betul dapat menghirup teh berempah ni. Kari Kacang Tunggak tu macam baru pertama kali dengar dan tengok.

    BalasPadam
  8. Tak payah belajar buat Chai tea tu kak Amie, nanti tak ada alasan pulak nak minum teh di kedai pakistan, hahaha.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe