Buka Puasa 30 Ramadan dengan Nasi Minyak & The Gang

11:12 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Memenuhi permintaan Fuad dan Fairuz yang ingin berbuka puasa dengan air tangan kita, maka kita pun masaklah nasi minyak tapi tersalah bubuh pewarna. Jadilah nasi minyak kuning oren! Fuad kata, biar warna apa sekalipun, masakan Mommy tetap sedap. Alhamdulillah. Pandai Fuad ambil hati Mommy. Nasi minyak ini dihidangkan bersama ayam goreng salut tepung adunan sendiri, rendang daging dan acar. Rendang daging ini Amie sengaja tidak keringkan sebab anak-anak suka mencari kuahnya yang manis asli disebabkan jumnlah bawang besar yang banyak!

Nasi Minyak

Ayam Goreng Salut Tepung

Rendang Daging

Acar Timun & Nanas

Jus Nanas

Petang ini Encik Suami sediakan satu jug besar jus nanas. Sampai ke malam kami minum sambil menyiapkan kerja-kerja di dapur. Maklumlah esok hari raya. tentu semua orang sibuk membuat persiapan untuk menyambutnya.


Inilah kuih raya kami kali ini. Tidak banyak biskut walaupun rajin belajar dan menuntut ilmu tapi apabila di dapur sendiri, mambang pun lari balik sanun tak mahu bantu kita mengadun tepung apalagi menjaga api oven. Fuad dan Fairuz bawa pulang beberapa jenis kuih. Amie pula tambah kerepek, keropok dan kekacang. Cukuplah. Nanti kerja susun kuih dalam bekas kita serah kepada anak-anak bujang.

Rakan-rakan pula tentu meriah kuih-muih rayanya! 
Sebelum undur diri, sempena di bulan nan mulia ini Amie mohon ampun dan maaf seandainya selama tempoh kita teman berteman di alam maya, ada perkataan Amie samada di dalam entri atau komen yang mengguris rasa tanpa Amie sedari. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat maya, sahabat berkongsi suka duka. Moga ukhuwah kita terus berpanjangan.
Selamat Lebaran 1444. Maaf zahir & batin.

16 comments

  1. Sedapnyaa
    Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.
      Sama-sama kita beraya dan bermaaf-maafan.

      Padam
  2. selamat hariraya maaf zahir batin dari wak.. aminn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya juga Wak.
      Mohon maaf zahir dan batin ye Wak.

      Padam
  3. Selamat hari raya idul Fitri kak Amie 🎉🎉. Mohon maaf lahir batin. 🙏.

    Saya takjub liat kue raya kak Amie, banyak sangaat itu 😄👍. Macam2 pula jenisnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya juga Fanny.
      Saya sudah sediakan kuih raya, anak-anak membawa pulang lagi oleh-oleh rayanya. Jadi, bertambahlah jumlahnya.

      Padam
  4. Wow...banyaknya kuih raya..tentu cikgu bersemangat raya kali ni semua ahli keluarga balik LD..
    Semalat Hari Raya..maaf zahir dan batin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuad, Fairuz, Abang Farid masing-masing bawa oleh-oleh raya. Itu yang jadi banyak kuihnya.

      Padam
  5. Selamat hari raya aidilfitri puan. Maaf zahir dan batin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya juga Encik Fairuz.
      Maaf zahir dan batin.

      Padam
  6. Selamat hari raya Amie..maaf zahir & batin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya juga NOHAS.
      Maaf zahir dan batin.

      Padam
  7. pandai anak amik hati mummy yer... nampak sedap je semua pun
    wah..kuih raya bertingket2..geng ngan Ibu ,...semua tupperware jer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehee... jangan amik hati kita ada makna sudahlah.

      Padam
  8. setuju dgn fuad janji sedap kak👍👍👍 mana tau boleh buka resto nasi myk special nnt

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe