Nasi Lemak Kukus Juadah Berbuka Puasa
2:46 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Kelmarin, 29 Ramadan kami sekeluarga serta keluarga ipar duai yang lain berbuka puasa di kampung, rumah adik ipar. Masing-masing bawa juadah. Tak sangka pula lalu lintas begitu sesak, dan kami sampai ke kampung ketika azan maghrib berkumandang! Tak sempatlah hendak rakam suasana berbuka puasa di kampung sebab masing-masing sedang menjamu selera.
Amie masak nasi lemak kukus, lauk sambal sotong kembang. Alhamdulillah, semuanya licin. Anak-anak buah kata, kenapa Auntie tak masak banyak? Tak dapatlah kami hendak menambah. Eh, banyaklah juadah lain bersusun di atas meja seperti laksam, kuih akok, pecal, nasi goreng dan sebagainya.
Tak apalah, walaupun nampak sedikit tapi cukup dan yang penting tidak berlaku pembaziran. Encik Suami sudah pesan, jangan masak terlalu banyak sebab sampai kampung nanti banyak makanan lain dan takut tak habis pula.
Amie hanya sempat ambil gambar sewaktu di dapur, antaranya:
Nasi Lemak Kukus |
Ikan Bilis Goreng |
Telur Rebus |
Kacang Tanah dan Kacang Gajus Goreng |
Hirisan Timun dan Sambal Ikan Tongkol |
Sambal Sotong Kembang |
Fuad dan Fairuz mengangkat bakul berisi Nasi Lemak Kukus & The Gang |
Selepas berbuka puasa, kami solat maghrib dan isya' berjemaah. Setelah mendengar pengumuman anak bulan tidak kelihatan, kami sambung solat terawih berjemaah pula. Selepas itu sambung makan minum, dan tidak lama kemudian masing-masing meninggalkan rumah adik ipar.
Tengah hari tadi sempat siapkan kuih gunting. Tak buat banyak, sekati tepung saja... ahaks! Teringat timbangan dulu-dulu, sekati dua kati! |
11 comments
oh...nistalgianya sukatan tepung tu..
BalasPadamKat tempat saya takda kerepek gunting ni tapi adunan yang sama dibuat kerepek guna mesin mee dan buat kuih siput..Makih terbayang sekati tepung biasanya dapat kuih siput 1 tin Nestum..
Entah di mana letaknya mesin mi Encik Suami letak.
PadamDuku sewaktu rajin buat karipap dengan mesin mi itulah juga gelek kulit karipap.
Sedapnya nasi lemak kukus...
BalasPadamMemang sedap. Suami kata rasanya gurih.
PadamElok tidak buat banyak-banyak sebab banyak makanan lain ada. Lagilah puasa bukan boleh makan banyak.
BalasPadamYa, betul.
PadamYang lain pun bawa makanan juga.
Nasi lemak tu, selain kacang tanah, kacang gajus goreng pun ada ye? Pertama kali tengok. Sedapnya. Patut habis, sampai tak cukup nak tambah. 😋
BalasPadamCampur tu kacang tanah dengan kacang gajus.
PadamRajinnya menggunting!
BalasPadamSekati tepung jew tu Uncle.
Padamdpt ke sy ni mau diratah je ikan bilis k amie tu,🤭
BalasPadam