Lebaran Hari Keempat

9:41 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Jumpa lagi di hari lebaran keempat. Apa khabar semua? Hari ini semua sambung tidur selepas bangun subuh. Masing-masing letih setelah membantu membuat persiapan untuk rumah terbuka kami pada malam hari raya ketiga. Encik Suami tidak sambung tidur sebaliknya turun ke dapur mengemas apa yang patut. Amie dan Aseeyah pula mengisi balang yang sudah kosong dengan kuih-muih yang ada. Kalau tiba-tiba ada tetamu datang bertandang, tidaklah kelam-kabut.
Hari raya keempat ini kami hendak berehat-rehat sahaja di rumah kerana sejak raya pertama dan kedua sudah berziarah ke rumah sanak saudara.

Sebelum ini Fuad dan Abang Farid yang mengisi balang-balang kuih.

Balang yang kosong diisi semula, yang berkurang ditambah pula.

Memandangkan semua lewat bangun pagi, jadi tidaklah Amie sediakan sarapan. Amie bersama Encik Suami bersarapan laksa asam baki salah satu menu rumah terbuka malam semalam. Amie masak nasi, kemudian masak kicap lada hitam sotong kembang, tumis sayur kobis bunga dan Aseeyah bantu panaskan gulai ikan tongkol.

Tiada hidangan ayam, rendang dan yang sewaktu dengan hidangan raya. Makan nasi putih lauk begini sudah cukup menyelerakan!

Bismillah. Makan tengah hari lengkap seisi keluarga.

Selepas makan, sambung isi kuih-muih ikut sempat.  Azan asar mula berkumandang. Nanti boleh sambung semula.

Makan tengah hari kami agak terlewat, kira-kira pukul tiga petang. Jadi, sebelah petangnya Amie kata tak perlulah masak nasi lagi. Kalau lapar, boleh makan lebihan nasi tengah hari. Lauk pun masih berbaki. Semua setuju Amie akan buatkan cucur jagung campur udang sebagai minuman petang.

Pada masa yang sama, Abang Aznan datang beraya ke rumah. Jadi kami sama-sama minum petang dengan menikmati cucur jagung campur udang, popia dan samosa. Sementara Amie dan Aseeyah goreng-menggoreng di dapur, Abang Farid sediakan teh panas aroma pandan. Encik Suami pula renihkan air kopi Tenom untuk Abang Aznan.


Cucur Jagung Campur Udang, Popia & Samosa

Sama-sama minum petang.

Firdaus kurang sihat dari kelmarin.

Fairuz pun sama, demam!
Sambung kembali kerja isi balang kuih yang terbengkalai. Oleh kerana tidak perlu masak untuk makan malam, jadi kita pun senang hati buat kerja sendiri!

Selepas solat maghrib, Abang Farid, Fuad dan Fairuz tiba-tiba tiada di rumah! Encik Suami sibuk mencari dan salah sebuah kereta memang tiada di tempatnya. Apabila Encik Suami menelefon, mereka kata pergi ke kedai membeli air badak untuk Firdaus!
Rupanya, sambil membeli air badak ambil kesempatan membeli di KFC!

Rupa-rupanya anak-anak tak boleh makan tanpa ayam!
Walaupun hari raya, sanggup beli KFC!


Sekian.
Coretan lebaran keempat.
Sudah beberapa hari tidak menulis, tak tahu pula hendak mula dari mana. Ikutkan hati, sudah tidak menulis dua tiga hari, memang akan berterusanlah hingga hari-hari seterusnya. Jadi, mulakanlah mencoret apa yang berlaku pada hari yang sedang dilalui supaya semangat untuk menulis tetap berterusan.

17 comments

  1. Nampak susut Firdaus. Semoga anak2 Kak Amie cepat sihat semuanya. Cuaca panas kering dan sesekali hujan pastinya mudah demam dan selsema.
    Adehhh... masing2 dah ketagih ayam!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin ya Allah.
      Setakat ini, kita seorang yang masih bertahan. Moga sihat sahajalah hendaknya.

      Padam
  2. Setuju, lauk-lauk biasa juga lebih selera makan. Cucur jagung dan udang nampak sedap. 😋

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.
      Raya kedua memang dah mula cari nasi putih dan lauk biasa.

      Padam
  3. Semoga Firdaus cepat sembuh demamnya...sedapnya cucur jagung & gorengan semuanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin ya Allah.
      Harap begitulah. Makin susut pula badannya.

      Padam
  4. wah.....meriahnya dah beropen house dah...
    Nampak susut benar dah Daus tu...Semoga Allah kurniakan keafiatan..
    Fairuz pun dah potong rambut ke? Hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Menyelit pada malam raya ketiga open house kami.
      Lega dah selesai.
      Mana-mana yang tak dapat datang, boleh berkunjung pada hari-hari lain.

      Padam
  5. betul..masuk raya ketiga, keempat..memang nak yg simple2 jer.. moga cepat sembuh yer.. SIL MA pun demam satu keluarga, cuaca sekarang ni kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.
      Ramai betul yang demam sekarang ni. Moga SIL cepat sembuh.

      Padam
  6. Kita masa kat PJ hari tu order ayam kfc by GF tapi dibatalkan selepas 1/2 jam menunggu, tak ada driver katanya. Semoga cepat sembuh anak2 yg demam tu ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. GF pun nak beraya juga ye SK.
      Terima kasih doanya. Mudah-mudahan semuanya segera sembuh.

      Padam
  7. Balasan
    1. Memang sedap!
      Tak sampai berapa minit, licin.

      Padam
  8. dan lagi ya kak 'mencucur' di hari raya👍👍👍

    rajin betul dok isi kuih... saya isi masa pagi raya je. lepas tu kalau habis org lain yg isi. 😀sbb sy dah buat kerja lain

    BalasPadam
  9. salam aidilfitri buat k amie sekeluarga nunnnn jauh di LD. maaf zahir & batin🫰

    BalasPadam
  10. cucur jagung tempat mbul disebut bakwan jagung kak...enak karena pake jagung manis...samosa juga enak...biasanya isi kacang kapri dan ada curry pedasnya sikit

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe