Resipi Sambal Kacang Sotong Kembang
9:25 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Ini entri sambungan MALAM KETUPAT DATANG LAGI : TRADISI MELAYU COCOS MUNCUL SETAHUN SEKALI. Hari ini baru ada kesempatan kongsi resipi Sambal Kacang Sotong Kembang.
Hari-hari sebelumnya, setiap kali kita menumis perencah di dapur, akan terdengarlah jiran sebelah bersin. Sama saja orangnya yang bersin itu. Kelmarin, sewaktu menumis perencah Sambal Kacang Sotong Kembang, kita pula yang bersin! Eh, terdengar bunyi bersin lagi! Rupanya jiran sebelah yang bersin! Kita doakan sahajalah jiran yang bersin ini sentiasa sihat.
Hari-hari sebelumnya, setiap kali kita menumis perencah di dapur, akan terdengarlah jiran sebelah bersin. Sama saja orangnya yang bersin itu. Kelmarin, sewaktu menumis perencah Sambal Kacang Sotong Kembang, kita pula yang bersin! Eh, terdengar bunyi bersin lagi! Rupanya jiran sebelah yang bersin! Kita doakan sahajalah jiran yang bersin ini sentiasa sihat.
Amie selalu teringat sambal kacang orang kampung di Bukit Hijau. Tidak kiralah sambal kacang ayam, daging, sotong atau kerang. Semuanya sedap belaka. Lebih-lebih lagi kalau dapat punjungan jiran tetangga dan sanak saudara, sudah tentulah sambal kacang yang terbit minyak berlinang-linang itulah yang ditunggu-tunggu. Cerita tentang punjungan ini, sudah berpuluh tahun tidak melalui tradisi masyarakat di kampung kami. Rindu sangat! Rasa sebak pula apabila terkenangkan kemeriahannya apalagi ketika menjelang hampir raya. Hendak ditulis, takut gugur pula air mata. Mata pula hendak digunakan untuk kerja menoreh malam ini.
Mari kita cerita tentang Sambal Kacang Sotong Kembang yang sudah tinggal kenangan! Kami makan dengan ketupat pulut sebagai juadah berbuka puasa.
Sambal Kacang Sotong Kembang |
Sotong kering di gerai Kimanis. |
Sotong kering ini kami beli di Kimanis. Kami beli tiga bungkus. Dua bungkus dimasak sambal makan dengan nasi lemak sewaktu kami berada di Penampang : NASI LEMAK SAMBAL SOTONG. Sebungkus lagi, berisi tiga ekor sotong saiz sederhana inilah yang Amie masak Sambal Kacang Sotong Kembang.
Amie rendam dengan air sotong @ air abu semalaman supaya sotong kering menjadi kembang sempurna. Setelah itu Amie cuci dan bilas berkali-kali dengan air paip sehingga bersih. Amie potong sotong tadi dan celur seketika. Celur sekejap lebih kurang satu minit dalam air mendidih untuk buang bau. Kemudian toskan.
Sotong kering yang sudah kembang dan dicelur. |
Sambal Kacang Sotong Kembang |
Bahan-bahan:
- 3 ekor sotong kering - rendam dengan air abu /air sotong semalaman - hasilnya anggaran 500 gram
- 2 keping asam gelugur - boleh gantikan dengan asam jawa
- 1 cawan kacang tanah - sangai - tumbuk / kisar kasar (tidak lumat)
- 200 ml santan pekat
- 3/4 cawan minyak
- gula melaka / gula pasir secukupnya
- garam / perasa pilihan
- 10 tangkai cili kering
- 1 labu bawang besar
- 7 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 cm halia
- 2 cm lengkuas
- 2 batang serai - ambil isinya yang putih
- 1 sudu kecil belacan
- Cuci bersih sotong kering yang direndam semalaman. Bilas 3-4 kali dan kemudian rendam dengan air bersih selama 30 minit. Bilas lagi, dan kemudian toskan. Tujuan banyak kali bilas supaya kurangkan bau dan kesan air sotong / air abu. Didihkan air, dan celur sotong seketika. Angkat dan toskan.
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan gula melaka / gula pasir dan asam gelugur.
- Seterusnya masukkan sotong dan kacang tanah.
- Kacau rata dan kemudian masukkan santan pekat.
- Perlahankan api dapur. Kacau selalu supaya tidak berkerak di bahagian bawahnya.
- Setelah terbit minyak, taburkan garam / bahan perasa secukupnya.
- Masak seketika sambil kacau sekali-sekala.
- Padamkan api dapur.
Selain juadah ketupat dan sambal sotong, Amie sediakan mi goreng mamak. Tiga hari sebelumnya Amie masak mi goreng mamak tapi tak puas makan :MI GORENG MAMAK RESIPI CHEF HUSSIN KHAN MEMANG SEDAP! Amie goreng mi dengan daging. Mi Goreng Mamak memang sedap makan dengan sambal sotong!
Anak buah bukan sahaja hulur ketupat tapi dikirimkannya juga semangkuk bubur kacang. Lengkaplah juadah berbuka puasa kami.
Mi Goreng Mamak Daging. |
Bubur Kacang Hijau |
Lo Han Kuo Panas. |
Firdaus sudah mula berselera makan. Dia hendak minum lo han kuo panas. Dua tiga cawan jugalah dia hirup. Mudah-mudahan Firdaus kembali sihat setelah seminggu tidak bersekolah. Berat badannya turun beberapa kilogram. Sebelum bulan puasa, lebih kurang 34 kilogram. Apabila dibawa ke klinik dan ditimbang, beratnya turun menjadi 30 kilogram. Hari ini, mengikut timbangan di rumah, beratnya naik sedikit.
6 comments
Saya tak pernah lagi makan sambal kacang sotong kembang. Memang unik ni.
BalasPadamSotong kering ni sama ke dengan sotong kembang?
BalasPadamkak kat sana murah x sotong kembang ni? teringin pula nk buat juadah ms raya nnt
BalasPadamHari raya nanti sedap jugak kan kalau masukkan sotong kembang dalam sambal kacang makan dengan ketupat.
BalasPadammula-mula ingat akak guna sotong kembang,.... rupanya mmg sotong kering ya
BalasPadamMinggu nak beli sotong kembang, SA nak buat sambal di pagi raya..sebabnya En Tunang mintak buatkan...kalau guna sotong kering tu x pandai nak masak especially nak bagi dia betul2 lembut dan kembang
BalasPadam