Nasi Dagang Sedap Warung Pak Ku Station!
12:05 PGBismillahirrahmanirrahim.
Sewaktu kami ulang-alik pada waktu pagi dari Penampang ke Stesen Keretapi Tanjung Aru awal bulan Mac lepas, mata terpandang Warung Pak Ku, dan ramai pelanggan yang terdiri daripada kaki tangan awam berpakaian seragam makan di situ. Rasa ingin tahu makanan apakah yang ditawarkan di situ, membuatkan kita teruja untuk ke sana. Jadi, untuk alas perut sebelum menuju ke Dewan Bahasa dan Pustaka di Likas, kami singgah di sini.
Rupanya makanan utamanya masakan pantai timur! Ada nasi kerabu. Ada nasi dagang. Dan nasi lain, tapi tak ingat nasi apa sebab hanya fokus nasi kerabu dengan nasi dagang sahaja. Ada juga makanan lain seperti soto.
Nasi Dagang Gulai Ikan Tongkol. Cukup rasa! |
Warung Pak Ku letaknya di Kepayan, Kota Kinabalu. |
Firdaus awal pagi lagi sudah minta milo tabur! |
Kopi O untuk Amie dan Encik Suami. |
Budak kecil ini hendak sarapan mi segera! |
Encik Suami : Nasi Kerabu |
Amie: Nasi Dagang |
18 comments
waduhh nasi dagang sedap di sabah baitu., hehe
BalasPadamOrang Kelantan yang berniaga di sini Wak.
PadamAda makanan Pantai Timur di Sabah. Alhamdulillah sedap.
BalasPadamRamai orang Kelantan yang rajin buka warung dan berniaga di Sabah. Itu pasal boleh jumpa nasi kerabu, nasi dagang dll.
PadamNampak sedap dua daua nasi kerabu dan nasi dagang tu..Daus tak cuba ke? hihihi
BalasPadamDia lagi tergoda dengan milo tabur yer🤭
Tak mahu dia makan nasi kerabu dan nasi dagang.
PadamAini makan nasi kerabu ok lagi
BalasPadamNasi dagang tak pandai makan sangat..hehe
Selera berbeza-beza kan Aini.
PadamMasa saya tinggal di Bintulu, kalau ada kedai makan menjual makanan pantai Timur yg asli mesti ramai pelanggan sebab Bintulu ni bandar perindustrian jadi ramai perantau atau orang dari Semenanjung bekerja di sana dan tak banyak kedai yang menjual makanna pantai timur
BalasPadamDi LD ramai juga orang pantai timur berniaga. Kalau rajin cari memang selalulah jumpa masakan orang sana.
PadamWahhhh.. kecur tengok Nasi Kerabu tu tapi lagi kecur menengok Nasi Dagang Gulai Tongkol. Tak sangka di sanun pun ada restoran masakan Pantai Timur.
BalasPadamBanyak tempat makan masakan pantai timur. Pemiliknya pun kebanyakannya orang pantai timur juga. Seperti biasa, ada yang ok dan ada yang sebaliknya sebab kita dah pernah biasa makan di Malaya, jadi sedikit sebanyak boleh tahu perbezaannya. Nasib-nasiblah kalau dapat yang tak ok, sabar sajalah.
Padamamboiii firdaus pg2 lagi dah mkn megi ya😀
BalasPadamBudak ni memang....
PadamMelampau daus tayang milo tabur petang2 puasa ni
BalasPadamSelamat berbuka Wak hihihiii.
PadamNasi dagang dnegan nasi kerabu dia mengancam.. Tapi win betul milo tabur Firdaus tu..
BalasPadamBestnya kalau dapat makan nasi kerabu...
BalasPadam