Apa Beza Sotong Kering dengan Sotong Kembang?

2:16 PTG

Bismillahirrahamanirrahim.
Dalam entri : RESIPI SAMBAL KACANG SOTONG KEMBANG, blogger Puan Faizahanum dari wife to @ jalan rebung meninggalkan pertanyaan dalam ruangan komen : Sotong kering ni sama ke dengan sotong kembang?

Jawapannya:
  • kedua-duanya dari jenis sotong
  • sotong kering ialah sotong yang dikeringkan
  • sotong kembang ialah sotong kering yang direndam sehingga menjadi kembang
Kebetulan untuk rumah terbuka raya tahun ini Amie bercadang untuk masak sambal sotong kering @ kembang. Jadi di sini Amie kongsikan proses menjadikan sotong kering supaya kembang. Kembang sebesen ye, bukan kembang semangkuk!

Amie beli 18 ekor sotong kering saiz sederhana. Tidak ada lagi sotong kering saiz besar seperti dahulu. Kalau sotong kering saiz besar apabila kembang, memang mengembang sungguh! Bertahun-tahun kami mencari sotong kering saiz besar, tapi tetap tak jumpa. Entah ke mana perginya. Maka gunakanlah sahaja sotong saiz sederhana.

Malam tadi, Amie bersihkan sotong kering sebelum direndam. Kena sediakan air abu atau air sotong untuk merendamnya. Tempoh merendam biasanya antara 5-6 jam. 

18 ekor sotong kering saiz sederhana.


Sotong kering yang telah dibersihkan, buang mulutnya dan pisahkan badan dari janggutnya.

Air Abu @ Air Sotong. Sebotol 640ml. Untuk merendam sotong, nisbah yang digunakan 1:10. Maksudnya sebotol air abu ditambah dengan 10 botol air biasa mengikut sukatan botol air abu. Senang cerita, Amie gunakan 640ml air sotong, darab sahaja 640ml x 10 = 6,400ml. Lebih kurang dalam 6.5 liter air. Itu anggaran untuk jumlah sotong kering yang Amie akan rendam. 

Sotong kering yang sedang direndam dalam air campur air abu.

Walaupun tempoh rendaman antara 5-6 jam, tetapi Amie rendam semalaman. Selepas sahur, Amie buang air rendaman sotong kering. Baunya....ya ampun! Jadinya, selepas bersihkan sotong tadi, teruslah mandi dari hujung rambut hingga ke hujung kaki!

Ini sotong kering yang telah dibilas bersih. Amie cuci berkali-kali. lebih 5 kali bilas!

Setelah dibilas bersih, jika hendak terus dimasak, bolehlah celur seminit di dalam air panas mendidih. Jika tidak mahu bolehlah rendam seketika dengan air panas dan tambahkan garam supaya hilang bau air abu @ air sotong, kemudian bilas bersih dan toskan. Selepas subuh, Amie hendak ke pasar, jadi Amie hanya rendam sahaja dengan air biasa. Sekembalinya dari pasar, Amie terus ke dapur untuk melihat sotong yang direndam. 
Hasilnya, sotong tambah kembang! Dan penuh sebesen.
Tidak pastilah berapa kilogram beratnya. Sotong kering asal lebih kurang 1.5 kilogram. Setelah kembang, beratnya berganda-ganda.

Sekian.
Semoga dapat menjawab pertanyaan Puan Faizahanum dan rakan-rakan yang masih keliru tentang sotong kering dan sotong kembang. Kalau sotong kering direndam tanpa air sotong, hasilnya sudah tentulah berbeza apabila diolah. Biasanya sotong rasa liat seperti tiub atau getah!

16 comments

  1. Ada sejenis lagi Kak Amie, sotong kembang jenis basah tu. Sy lagi suka yg tu daripada sotong kering.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, yang itu sudah tidak pernah jumpa lagi. Dulu ada dijual di pasaraya atau kedai tapi sekarang tinggal kenangan. Tu pasal terpaksa rendam sendiri walaupun hanya sotong kecil, tapi bolehlah kembang juga.

      Padam
    2. Eh, sotong kembang jenis basah🤔

      Padam
  2. Saya memang tak reti dan tak pernah masak sambal sotong kering macam cikgu rendam tu.Tak yakin nak buat Tapi lepas baca penerangan cikgu,sekurang2nya saya faham.
    Biasa dok guna sotong kembang basah yang orang makan dengan yong taufu tu ja...Tapi sotong tu agak tawar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sotong kembang basah yang orang makan dengan yong tau foo itu asalnya sotong kering yang direndam dengan air abu, tapi sotong saiz besar yang kami selalu cari tapi tak jumpa dah! Memang rasanya tawar sebab hanya dicelur saja.

      Padam
    2. Oooo...faham.
      Maksudnya yg sotong kembang tu asalnya sotong kering la..patut la warna dia macam tu.Selama ni dok ingatkan sotong kembang tu memang spesis special

      Padam
  3. sini ada jenis sotong basah tuk guna makan rojak sotong tu. dulu murah je rm10 tuk 3 ekor, skrg nak rm29-39 sekilo. kegemaran bapa, selalu ada stok, haritu pi KK sempat beli sotong kering lak, tu if nak makan basah, rendam dgn air kapur dia, atapun just bakar pastu cincang dgn alu lesung batu bagi dia lembut, mkn dgn cili, fuh sedap!!

    BalasPadam
  4. Perkongsian yang bagus. Baru tahu, kena rendam dengan air abu. Jujur, saya tak pernah masak sotong kering. Banyak ilmu dapat dari entri ni. 😊👍

    BalasPadam
  5. Maknanya sotong kembang basah tu asalnya sotong kering yg direndam ye Kak Amie? Mari belajar tentang jenis² sotong haha....

    BalasPadam
  6. Oh kejadian asal sotong kembang ni bermula dari sotong kering. By the way, sambal sotong kering paling sedap hihih

    Jemput Singgah :Cara Solat Sunat Witir

    BalasPadam
  7. kalau sy suka sotong kembang yg basah tu... masak kari sedap, sambal sotong pun sedap... tp harga mahal la sbb tu rojak sotong agak mahal... tp kalau sotong sabah mmg selalu buat yg kering dikembangkan.. mak usu selalu bawak kalau balik kuching

    BalasPadam
  8. dana tak pernah beli kot sotong kering yg bila direndam jd kembang besar gitu.... biasa beli yg kembang warna pink tu je hehehhe

    BalasPadam
  9. SA x pernah lagi masak guna sotong kering ni..biasa sotong kembang jenis basah tu...

    BalasPadam
  10. Belum pernah beli sotong kering,kalaupun ada di sini cumi asin kering,harus di rendam lama karena asin sekali saat mengolahnya

    BalasPadam
  11. Perkongsian yang menarik kak Amie. Ilmu sotong menyotong ni memang saya kurang sikit

    BalasPadam
  12. Terima kasih kak atas perkongsian. Terjawablah persoalan. Tak pernah lah beli lagi sotong kering tu dan proses sendiri. Biasa beli yang dah mengembang tu 😁😁.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe