Resipi Serunding Kelapa Warisan Embah Buyutku

2:10 PTG

Entah dari mana datangnya angin rajin untuk buat serunding kelapa!
Barangkali sudah agak lama duduk di rumah mematuhi arahan PKP.
Barangkali suka melihat Firdaus makan nasi dengan serunding kelapa.
Barangkali susah sangat nak keluar untuk membeli barang dapur, jadi buat serunding untuk simpanan dan kegunaan bila diperlukan.
Barangkali juga, seperti musim-musim di kampung, jiran tetangga suka buat serunding sebelum menjelang Ramadhan.
Atau barangkali rindu nak makan nasi ambeng, nasi berkat yang mungkin tidak diadakan oleh masyarakat kampung kerana mematuhi arahan duduk di rumah terumata pada waktu malam!
Huurrmmm.... banyak sungguh barangkalinya.
Bila sudah ada simpanan serunding kelapa begini banyak, macam-macamlah buat kita buat. 
Serunding kelapa boleh gaul dengan nasi putih. Sedap rasanya. Itu sebab Firdaus menambah nasi dalam pinggan bila ada serunding kelapa!
Serunding kelapa boleh dibuat inti cucur badak.
Serunding kelapa boleh dijadikan inti pulut panggang.
Serunding kelapa boleh cecah dengan pulut, atau pulut cawan.
Senang-senang nanti, boleh nyahbeku kelupis, kukus dan boleh makan dengan serunding.
Macam-macamlah kegunaan serunding.
Jadi memang berbaloi kalau buat serunding gunakan 5 biji buah kelapa!
Berbaloi-baloi.
Taklah rasa penat mengacau serunding dalam kuali hingga kering.
Kalau disimpan pun, boleh tahan berbulan-bulan lamanya.
Inilah resipi serunding kelapa warisan nenek moyang kami, turun kepada Bonda, dan jatuh ke pangkuan anak-anaknya!
resipi serunding kelapa
 Serunding Kelapa Warisan Embah Buyutku (Warisan Nenek Moyangku)

resipi serunding kelapa
Dua hari lepas, sempat menyelinap ke pasar depan rumah sanun. Teringin nak buat nasi ayam penyet, tapi nak rebus tempe dan tauhu tak ada air kelapa pula. Tak ada orang jual kelapa muda. Saja-sajalah beli kelapa parut, sambil cuba nasib kalau boleh berikan sekali air kelapanya. Alhamdulillah. Tuan gerai kelapa kata boleh bagi. Rasa teruja sangat sampai tak boleh berfikir, terus kata nak 5 biji kelapa parut!
Ha.... hambik kau!
Kelapa yang tak berapa tua dan tak berapa muda.
Saiznya pun sedang-sedang saja, tak kecil dan tak besar!
5 biji kelapa parut!
Ni nak kalahkan Bonda di kampung! Biasanya Bonda buat serunding kelapa antara 5 hingga 7 biji! Serunding kelapa yang Bonda buat biasanya untuk nasi ambeng, atau untuk munjung jiran tetangga dan saudara mara sebelum Syawal. Terbayang Bonda parut kelapa dengan tangan. Bonda campur kesemua rempah ratus ke dalam besen. Rempah-rempahannya pula Bonda tumbuk dalam lesung. Zaman kami kecil-kecil dulu, belum ada pengisar seperti sekarang. Masih terasa, kalau makan serunding kelapa, kadang-kadang tergigit jintan manis atau ketumbar biji yang tidak hancur. Tapi sedaplah pula rasanya!
Bonda gaul bahan serunding kelapa hingga sebati dengan tangan. Gaul sungguh-sungguh, bukan main bubuh bahan rempahan lepas tu kacau-kacau sikit. Bukan macam tu, kata Bonda. Nak dapatkan serunding yang cukup rasa, kena gaul (macam uli) lama sikit. Kadang-kadang Amie lihat, hampir terkeluar pati santan dari celah-celah jari Bonda ketika menggaul kelapa parut itu. Dan kemudian Bonda tutup besen tersebut. 4 atau 5 jam kemudian, Bonda pindahkan bahan serunding kelapa yang diperap tadi ke dalam kuali! Semerbaknya aroma serunding kelapa dengan segala rempah-rempahannya, masih dapat dirasa, dan mampu membangkitkan nostalgia masa lalu!
Itulah agaknya mengapa serunding kelapa orang dulu begitu enak dicecah dengan ketupat ketika hari raya. Seingat Amie, di majlis kenduri kahwin, memang ada disediakan serunding kelapa sebagai salah satu lauk dalam talam hidangan. Hebatnya serunding kelapa nenak moyangku ini!
Sesungguhnya masyarakat Jawa dengan serunding kelapa berpisah tiada.... ahaks!

resipi serunding kelapa

Bahan-bahan:

5 biji kelapa parut
5 sudu besar rempah kari
2 sudu besar pati asam jawa
10 sudu besar gula pasir
garam / perasa pilihan secukupnya

Bahan tumbuk / kisar
10 ulas bawang putih
20 biji bawang merah
1 cawan udang kering - rendam hingga lembut - toskan airnya (pilihan - tak bubuh pun ok)
5 sudu besar ketumbar biji
1 sudu besar jintan putih
2 sudu besar jintan manis
6 cm halia
6 cm kunyit hidup
2 cm lengkuas
5 batang serai - hiris halus
3 batang serai - diketuk

Cara:
1. Gaul kesemua bahan di atas hingga sebati.
2. Letakkan serai ketuk di atas serunding kelapa. Gunakan api kecil.
3. Tutup periuk dan perap selama 4 hingga 5 jam.
4. Masukkan di dalam kuali dan goreng tanpa minyak sehingga kelapa menjadi ringan dan kering.
5. Keluarkan serai, dan biarkan seruding kelapa menjadi sejuk sebelum disimpan.


resipi serunding kelapa
Oleh kerana kuantiti serunding kelapa ini agak banyak, Amie gunakan Periuk Rendang Are Ikan 40 cm. Katanya periuk ini boleh mat 4-6 ekor ayam sekali masak. Memang periuk rendang ini sangat membantu kerana Amie tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mengeringkan serunding kelapa ini. Sambail masak hidangan tengahari di tungku api sebelah, sebelah lagi Amie tenggekkan periuk rendang berisi serunding kelapa ini.

resipi serunding kelapa
 Serunding Kelapa dah siap!

resipi serunding kelapa
Agak-agak sampai tak serunding kelapa ini sehingga hari raya?

4 comments

  1. oh serunding kelapa masakan jawa ye

    BalasPadam
  2. Mohon izin ambil resepi ni ya.. Terima kasih 😊

    BalasPadam
  3. Mama Tisya,
    masyarakat Jawa memang sinonim dengan serunding kelapa, serunding kelapa salah satu masakan tradisi Jawa tu.

    Unknown,
    silakan.
    Sama-sama kasih.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum, mohon izin saya ambil resepi ni.Terima kasih.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe