Fuad Keracunan Makanan!
3:06 PTGMoga Fuad cepat sembuh. |
Jadi, Amie pun telefon Ziah untuk hantar air kelapa muda ke rumah sewa Fuad. Ziah terkejut, sebab ada Fuad beritahu kurang sihat tapi tidak beritahu keracunan makanan! Jadi, Ziah akan hantar air kelapa muda untuk Fuad.
Hari-hari Encik Suami telefon anak-anak termasuk Fuad, tapi Fuad tidak beritahu keadaannya. Semalam Fuad tanya, tahun ini hendak pakai baju raya warna apa? Tiket kapal terbang sudah dibeli. Katanya lagi, dia hendak cuti lama-lama di LD.
Sebenarnya, kami bercadang petang ini hendak ke Bazar Ramadan, tapi mengenangkan kami mengalami cerry berry selama dua hari selepas makan nasi beriani dan nasi dagang tempoh hari, tak jadilah hendak membeli lagi:JUADAH BERBUKA PUASA DARI BAZAR RAMADAN Ditambah pula setelah mendengar berita daripada Fuad, jadi buat masa ini tidaklah jejak kaki dulu ke Bazar Ramadan.
Firdaus tidak mengalami cerry berry sebab dia tak sentuh nasi. Dia hanya makan roti jala, dan itu pun hanya sekeping kerana katanya kuah kari ayam rasa lain macam!
Terkini:
Ziah bawa Fuad balik kampung. Nenek terkejut, terus telefon kita. Adik ipar pula segera turunkan tujuh biji buah kelapa muda untuk Fuad minum.
10 comments
Bagus dapat majikan bertanggungjawab macam tu... bawak ke hospital. Terbaik
BalasPadamAllah, semoga Fuad sudah semakin sihat hendaknya... doa yg baik-baik aje buat mereka
BalasPadamAllahu...
BalasPadamSemoga Fuad kembali sihat dan dapat kembali berpuasa serta dimudahkan urusan balik beraya ke LD.
Semoga Fuad lekas sembuh...anak2 jauh dimata mmg kita sbg ibu akan risau kan kak
BalasPadamAllahuakbar. Setiap kali waktu puasa setiap kali tu jugak ada kes keracunan makanan. Pihak syarikat patut ambik tindakan dgn pengusaha kantin tempat kerja, atau sekurang-kurangnya panggil jabatan kesihatan periksa premis tempat penyediaan makanan. Semoga Fuad cepat sembuh.
BalasPadamSemoga Fuad cepat sembuh. Ye, ye, kena minum air kelapa.
BalasPadamalahaiiii kesian fuad...tapi bgs majikannya👍
BalasPadamso hari ni mcm mn perkembangan dua kak? dah ok ke? dah boleh puasa mcm biasa?
Allahu.. semoga Fuad cepat sembuh. Memang lemah je badan kalau keracunan makanan ni.
BalasPadamAlhamdulillah, walaupun jauh dari mommy & baba, ramai saudara yg dekat dgn Fuad. Normal la tu Kak Amie, budak2 ni malu nak mintak tolong saudara. Semoga Fuad cepat sembuh ya.
BalasPadamBersyukurla ada saudara dekat ngn Fuad ye kak, kalau tidak risaunya tak keruanlah. Risaunya dengan musim puasa ini kalau makanan yg dah tak elok dijual atau dihidangkan yg susah nya pembeli tu lah. Sudah bila keracunan terus lemah jadinya, moga Fuad dan akak sekeluarga terus kembali sihat
BalasPadam