Sarapan Apa Pagi Ini?
12:30 PTGSamosa Kentang, Bihun Goreng & Mi Goreng ala Mamak. |
Samosa Kentang |
Bihun Goreng |
Mi Goreng ala Mamak |
Kopi Cap Tupai kiriman Blogger Anies |
Bersiap sedia untuk menghadiri rumah terbuka di Silabukan. |
Sempat solat maghrib di rumah adik ipar sebelum bertolak ke sebuah lagi rumah terbuka iaitu rumah sepupu Encik Suami. Di sini, perut sudah tutup pintu! Apa pun kenalah jamah juga serba sedikit juadah yang sudah disediakan oleh tuan rumah. Perlu ambil kira penat lelah tuan rumah memasak makanan dan tujuan mereka untuk meraikan tetamu. Amie hanya meratah kerabu kaki ayam dan sotong kembang kuah kacang. Walaupun hanya meratah kerabu kaki ayam, tapi dua kali tambah!
Rasa-rasanya hari ini jadual kami hanya untuk santai di rumah. Esok ada tiga lagi jemputan rumah terbuka!
5 comments
Sama, buat bihun goreng jg harini...sedapnya kerabu kaki ayam..
BalasPadamwah cantik sedondon ke rumah terbuka
BalasPadamManisnya 3 beranak berpakaian sedondon Mata saya salfok bunga longan Brazil yang lebat di belakang tu🤭
BalasPadamEsok last jemputan rumah terbuka utk minggu ni.. hujung minggu dpn gerenti akn bersambung lg.. hehehe
BalasPadamWah, dah macam menu buffet, ada mee siam dan mee kuning. Bahagia nampaknya Daus dapat samosa.
BalasPadam