Siput Kahanga Masak Lemak Tempoyak Cili Padi

5:36 PTG

Jom asap-asapkan dapur.
Kita nak masak siput kahanga.
Kita suruh Encik Suami beli udang dan sotong. Katanya tak ada udang. Dibawanya pulang sotong dengan siput kahanga, juga sayur kacang buncis. Alhamdulillah. Terima kasih Encik Suami.
Siput kahanga yang Encik Suami beli sudah siap dikeluarkan dari cengkerangnya. Katanya 1/2 kilogram. Amie hanya perlu cuci bersih dan hiris-hiris sahaja.
Siput kahanga dari keluarga siput gonggong.atau siput tarik yang biasa Amie kongsikan. Kalau makan siput tarik, Amie hanya perlu rebus dan sewaktu makan tarik keluar dengan pencungkil gigi. Celup dalam air asam, terus masuk mulut....enaknya!

Bezanya siput kahanga ini saiznya lebih besar dan ada cabang-cabang tajam seperti duri. Boleh diolah ikut selera masing-masing, sama ada dibakarm ditumis dan sebagainya. Amie jadikan Siput Kahanga Masak Lemak Tempoyak Cili Padi.

Siput Kahanga Masak Lemak Tempoyak Cili Padi



Bahan-bahan:

  • isi siput kahanga - 500 gram - bersihkan dan potong ikut saiz yang digemari
  • 2 batang serai - diketuk
  • 10 batang kacang buncis - potong serong
  • 200 ml santan kotak + 400 ml air
  • 1 helai daun kunyit - siat-siat
  • garam / gula / perasa pilihan secukupnya
Bahan kisar:

  • 20 biji cili padi
  • 3 sudu besar tempoyak
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1 cawan air
Cara memasak:

  1. Satukan santan, bahan kisar, dan serai ke dalam periuk.
  2. Didihkan dengan menggunakan api sederhana.
  3. Setelah mendidih, masukkan isi siput kahanga, kacang buncis dan daun kunyit.
  4. Teruskan kacau kuah sehingga mendidih sekali lagi.
  5. Kemudian   perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
  6. Kacau sekali dua dan padamkan api dapur.
Siput Kahanga Masak Lemak Tempoyak Cili Padi

Siput Kahanga Masak Lemak Tempoyak Cili Padi ini sedap diratah saja!



13 comments

  1. tak pernah lagi makan siput kahanga ni..tak pernah nampak kat pasar tapi kalau ke Sabak Bernam mungkin ada kot.

    Rasa dia mcm siput sedut ke tu

    BalasPadam
  2. Sedapnya..memang nampak sedap sanagt- sangat ni....

    BalasPadam
  3. Nampak menyelerakan masakan Kak Amie, sy harap, tentu sedap siput tu kalau boleh diratah2.

    BalasPadam
  4. Oh..namanya siput kahanga.Saya tak kenal sangat hidupan marine tapi kalau dah cikgu cakap siput tu ada cabang-cabang tajam..saya boleh bayangkan sebab selalu tengok dalam chanel youtube " Daeng Lala"
    Geram betul kalau tengok video2 yang dikongsikan

    BalasPadam
  5. first time dengar pasal siput kahanga ni..

    BalasPadam
  6. Tak pernah cuba lagi siput kahanga ni..nnt kalau ke Tawau lagi boleh la cuba

    BalasPadam
  7. Siput kahanga ni rasamya ada di Sabah aje kan?

    BalasPadam
  8. siput sedut je sy kenal he hee
    siput kahanga firstime dengar

    BalasPadam
  9. Baru tahu siput kahanga boleh buat masak lemak.

    BalasPadam
  10. boleh masak resepi siput ni guna pressure cooker ke?

    BalasPadam
  11. Tak pernah jumpa dan makan. Tetapi, hidangan Kak Amie ini nampak menyelerakan sangat!

    BalasPadam
  12. bila la nak merasa siput kahanga tu kak oi.... kene ke tempat akak baru dapat merasa ni

    BalasPadam
  13. Senang dah siap dibuang cengkerangnya. Nak makan pun senang. Jenis siput ni kalau masak lemak cili api memang sedap. Belum pernah rasa versi masak lemak cili api versi tambah tempoyak.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe