Jom asap-asapkan dapur.
Kita nak masak siput kahanga.
Kita suruh Encik Suami beli udang dan sotong. Katanya tak ada udang. Dibawanya pulang sotong dengan siput kahanga, juga sayur kacang buncis. Alhamdulillah. Terima kasih Encik Suami.
Siput kahanga yang Encik Suami beli sudah siap dikeluarkan dari cengkerangnya. Katanya 1/2 kilogram. Amie hanya perlu cuci bersih dan hiris-hiris sahaja.
Siput kahanga dari keluarga siput gonggong.atau siput tarik yang biasa Amie kongsikan. Kalau makan siput tarik, Amie hanya perlu rebus dan sewaktu makan tarik keluar dengan pencungkil gigi. Celup dalam air asam, terus masuk mulut....enaknya!
Bezanya siput kahanga ini saiznya lebih besar dan ada cabang-cabang tajam seperti duri. Boleh diolah ikut selera masing-masing, sama ada dibakarm ditumis dan sebagainya. Amie jadikan Siput Kahanga Masak Lemak Tempoyak Cili Padi.
Siput Kahanga Masak Lemak Tempoyak Cili Padi |
Bahan-bahan:
- isi siput kahanga - 500 gram - bersihkan dan potong ikut saiz yang digemari
- 2 batang serai - diketuk
- 10 batang kacang buncis - potong serong
- 200 ml santan kotak + 400 ml air
- 1 helai daun kunyit - siat-siat
- garam / gula / perasa pilihan secukupnya
- 20 biji cili padi
- 3 sudu besar tempoyak
- 2 cm kunyit hidup
- 1 cawan air
- Satukan santan, bahan kisar, dan serai ke dalam periuk.
- Didihkan dengan menggunakan api sederhana.
- Setelah mendidih, masukkan isi siput kahanga, kacang buncis dan daun kunyit.
- Teruskan kacau kuah sehingga mendidih sekali lagi.
- Kemudian perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
- Kacau sekali dua dan padamkan api dapur.
Siput Kahanga Masak Lemak Tempoyak Cili Padi |
Siput Kahanga Masak Lemak Tempoyak Cili Padi ini sedap diratah saja!
tak pernah lagi makan siput kahanga ni..tak pernah nampak kat pasar tapi kalau ke Sabak Bernam mungkin ada kot.
BalasPadamRasa dia mcm siput sedut ke tu
Sedapnya..memang nampak sedap sanagt- sangat ni....
BalasPadamNampak menyelerakan masakan Kak Amie, sy harap, tentu sedap siput tu kalau boleh diratah2.
BalasPadamOh..namanya siput kahanga.Saya tak kenal sangat hidupan marine tapi kalau dah cikgu cakap siput tu ada cabang-cabang tajam..saya boleh bayangkan sebab selalu tengok dalam chanel youtube " Daeng Lala"
BalasPadamGeram betul kalau tengok video2 yang dikongsikan
first time dengar pasal siput kahanga ni..
BalasPadamTak pernah cuba lagi siput kahanga ni..nnt kalau ke Tawau lagi boleh la cuba
BalasPadamSiput kahanga ni rasamya ada di Sabah aje kan?
BalasPadamsiput sedut je sy kenal he hee
BalasPadamsiput kahanga firstime dengar
Baru tahu siput kahanga boleh buat masak lemak.
BalasPadamboleh masak resepi siput ni guna pressure cooker ke?
BalasPadamTak pernah jumpa dan makan. Tetapi, hidangan Kak Amie ini nampak menyelerakan sangat!
BalasPadambila la nak merasa siput kahanga tu kak oi.... kene ke tempat akak baru dapat merasa ni
BalasPadamSenang dah siap dibuang cengkerangnya. Nak makan pun senang. Jenis siput ni kalau masak lemak cili api memang sedap. Belum pernah rasa versi masak lemak cili api versi tambah tempoyak.
BalasPadam